🌥️ Senin
📅 24 Dzulhijjah 1445 Hijriah
📅 01 Juli 2024 Masehi
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillāh..
Segala puji bagi Allāh ﷻ, shalawat dan salam semoga senantiasa tercurahkan kepada Rasūlullāh ﷺ.
🔓 Kita buka grup ini dengan membaca *بِسمِ الله* dan berdoa:
*اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً*
*"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rizki yang halal dan amal yang diterima."*
(HR. Ibnu Majah)
🇫🇦🇪🇩🇦🇭 🇵🇦🇬🇮
*Jangan Sampai Terlalu Fokus Mikirin Hidup Enak, Tapi Lupa Mikirin Bahagia Di Akhirat*
Dari Zaid bin Tsabit Radhiyallahu anhu, ia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua pelupuk matanya, dan ia tidak mendapatkan dunia kecuali menurut ketentuan yang telah ditetapkan baginya.
Barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allah akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.” (HR. Imam Ahmad dalam Musnadnya V/ 183; Ibnu Majah no. 4105)
Mencintai dunia membuat manusia tidak sempat (terhalang dari) melakukan sesuatu yang bermanfaat baginya di akhirat sebagai akibat dari kesibukannya dengan dunia dan segala yang dicintainya.
--------------
Demikianlah faedah yang ringkas ini semoga bermanfaat bagi kita semua.
🌈 Selamat beraktivitas
Semoga apa2 yg kita lakukan bisa bernilai ibadah di sisi Allah ﷻ
بَارَكَ اللهُ فِيْكُم
ADMIN GRUP
Kredit sahabat maya
#IslamForU 🌷☝️
•┈◎❅❀❦ *🔘* ❦❀❅◎┈•
╔═••••••🌿🌹💖🌹🌿••••••═╗
🍃💓🌸🍃💗🍃🌸💓🍃
﷽HATI BERKARAT
Sahabat yang baik sentiasa menjaga aib sahabatnya. Kalau mahu aib sendiri ditutup, maka tutupilah aib sahabatmu.
Didik diri untuk menilai orang lain dengan baik. Nanti ALLAH akan menilai kita dengan baik juga. Yang penting, bukan siapa yang kita lihat tapi "siapa kita" ketika melihat dia.
Bila nafsu berjaya ditundukkan, hamba Allah boleh jadi setanding sifat malaikat. Namun bila nafsu dipertuhankan, hamba Allah jadi jauh lebih rendah daripada syaitan. Sebab apa? Sebab nafsu adalah makhluk tidak pernah tunduk kepada sesiapa pun termasuk ALLAH yang menciptanya.
Kaki tergelincir tidak sama dengan lidah tergelincir. Kaki bila tergelincir, kita boleh bangun dan berjalan balik. Namun, bila lidah tergelincir, mustahil bagi kita untuk menarik balik perkataan yang telah diucapkan.
Itulah sebabnya bila hendak berkata sesuatu, fikir dulu masak-masak dengan akal, tilik di dalam hati baik buruk, manfaat dan mudarat benda yang kita hendak ucapkan itu.
Kalau akal dan hati kita sudah sepakat maka ucapkanlah. Kalau tidak, tahanlah daripada berkata-kata. Diam lebih baik. Menjaga diri dan orang lain daripada mudarat juga adalah ibadah.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air.
Seorang sahabat bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?”
Maka jawab Rasulullah,
“BANYAKKAN MENGINGATI MATI DAN MEMBACA AL-QURAN.”
[HR Baihaqi dari Ibn Umar]
#perkongsianmaya
#IslamForU 🌷☝️
🍃🌸🌸🍃💖🍃🌸🌸🍃
╚═••••••••🍃🌈💖🌈🍃••••••••═╝
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR.
NORHAFIZAH MUSA
ALLAH S.W.T. tidak pernah jemu menunggu hambaNYA kembali datang bertaubat kepadaNYA.
Subhanallah....
Maha Suci Allah.
Datanglah hamba Allah yang penuh dosa sepenuh bumi sekalipun,keampunan ALLAH S.W.T. seluas langit dan bumi untuk hambaNYA.
Renung - renungkan
Ingatan buat diri sendiri.
Semuga bermanfaat.
Bi Iznillah.Fi Amanillah.
Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin
#cp
#IslamForU 🌷☝️.
🦓🦓🦓🦓🦓🦓🦓🦓
﷽
Assalamualaikum dan Selamat Pagi ISNIN 1 hb Julai 2024/24 Zulhijjah 1445H yang *DIBERIKAN*. "Ya sahabat sesungguhnya Allah SWT berfirman (Surah an-Nahl, ayat 78) bermaksud: “Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberikan kepadamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur.”
Ya Rabb, sesungguhnya tiada apa yang dapat hambaMu ini dustakan dan kami amat bersyukur akan nikmat pemberian Mu. 🕌🕋
#ukhuwwahtiljannah
#jommuhasabahdiri
#IslamForU
ASSALAMUALAIKUM WBT
💚 MUTIARA PAGI 💚
Jangan mudah menyerah, kerana kamu tidak tahu sebenarnya kamu sudah hampir menang.
Jangan menunggu kehilangan baru belajar menghargai, kerana tidak semua penyesalan boleh dibayar dengan kata maaf.
”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, ibu ayah kami, pasangan hidup kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami dan kuatkanlah iman kami, tetapkanlah hati kami atas agamaMu, kasihanilah ibu ayah kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
#copipaste
#IslamForU
🌷Zikir Hari Isnin:🌷
لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم
Laa haula wala quwwata illaa billa hil aliyyil'azim
🔖Maksud:“Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.
📍Fadhilat: Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar bukit uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.
💌Rasulullah SAW bersabda tentang anjuran membaca kalimat tersebut
“Mahukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga? Maka sahabat menjawap, Tentu wahai Rasulullah; Rasulullah menjelaskan, 'Bacalah Laa haula wala quwwata illaa billa.' ”
(Hadis Riwayat Muslim)
🍁 ⋮ #ZIKIRHARIAN
#IslamForU
Saudara seagamaku.. Jom Selawat kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad ﷺ
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Semoga kita semua mendapat syafaat daripada baginda Rasulullah ﷺ
di akhirat kelak,aamiin🤲🏻✨
#IslamForU
Syukur nikmat IMAN dan NAFAS yg diberi oleh ILAHI kpd kita pagi ni, Semuga kita semua bersemangat dan berinspirasi dalam menjalani kehidupan hari ini dengan keimanan dan redha ALLAH, semuga apa yang berlaku dihari semalam dijadikan nasihat diri dan sebagai pelajaran dan menyungsung hikmah.
Jadikanlah disetiap nafasmu, adalah permata yang tidak ternilai harganya, Sentiasa muhasabah diri kita, kerana Allah sentiasa mengawasi pergerakan kita, Semuga kita dapat memelihara dan menjaga diri serta hati kita pada setiap detik dan waktu untuk terus mempunyai kekuatan hubungan dengan Allah, terpelihara segala lisan, perbuatan, niat dan amal. Aminn
#perkongsianilmu
#IslamForU
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Penyebab Ramai Masuk Syurga Atau Neraka
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Nabi SAW pernah di tanya; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk syurga?" baginda menjawab: "Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Baginda di tanya lagi; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk neraka?" baginda menjawab: "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan." (HR Ibnu Majah No: 4236) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Bertaqwa kepada Allah dan memiliki akhlak yang mulia antara perkara yang banyak menyebabkan orang masuk syurga dengan rahmat Allah.
2. Dua perkara yang banyak menyebabkan orang masuk neraka ialah dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan.
3. Syeikh Abdullah al-Talidi dalam Jawahir al-Bihar menyatakan: maksud mulut di dalam hadis adalah orang yang tidak menjaga serta berusaha untuk menjaga daripada dosa-dosa mulut seperti mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengejek, menipu, mengumpat, mengadu domba, persaksian palsu dan sebagainya. Selain itu, makna kemaluan pula adalah orang yang tidak menjaga kemaluannya daripada zina, liwat, tidak menjaga auratnya di hadapan selain daripada mahramnya seperti isterinya dan sebagainya.
4. Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi menyatakan: makna mulut di dalam hadis ini ialah menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada ciri ketaqwaan.
Jadilah orang yang bertaqwa dan memiliki akhlak yang mulia. Peliharalah mulut dan kemaluan.
01hb Julai 2024
24hb Zulhijjah 1445H
Kredit :- Abu Imtiyaz
#IslamForU
*◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*
KAEDAH MENENTUKAN WAKTU SOLAT APABILA DAJJAL KELUAR
Keluarnya Dajjal kelak akan membawa banyak kekacauan kerana dia merupakan sebesar-besar fitnah. Kekacauan yang berlaku bukan hanya berkaitan persoalan akidah, tetapi juga persoalan waktu, yang mana ada 1 hari yang lamanya bagaikan 1 tahun.
Menunggu matahari terbit, sungguh lama. Menunggu matahari condong ke arah barat, sungguh lama. Menunggu matahari setinggi bayangan, sungguh lama. Dan menunggu matahari terbenam juga sungguh lama.
Pada waktu itu juga waktu-waktu solat menjadi kacau, kerana ia tidak lagi berjalan sesuai kebiasaan waktu menggunakan panduan matahari, kerana matahari berada dalam keadaan melambat.
Pada ketika itu, waktu solat hanya dapat ditentukan melalui perkiraan berikut:
• Meskipun matahari belum terbit, jika rasa yakin telah masuknya waktu solat Zuhur, maka dilaksanakanlah solat Zuhur.
• Meskipun matahari belum terbit, jika rasa yakin telah masuknya waktu solat Asar, maka dilaksanakanlah solat Asar.
• Begitu juga jika menemui siang di tengah panas matahari, jika rasanya telah masuk waktu solat Maghrib dan Isya', maka dilaksanakanlah solat Maghrib dan Isya' pula.
Secara kiraan Matematik, 1 hari dirasakan seperti 1 tahun bermaksud waktu memanjang sehingga 360 kali ganda. Kesannya, kelak solat Subuh dalam 1 hari itu boleh sampai 360 kali pelaksanaannya. Begitu juga dengan solat-solat lain. Mungkin saja dilaksanakan ratusan kali dalam 1 hari tersebut.
Hal ini sepertimana disebutkan di dalam hadith, dari Nawwas berkata:
"Kami bertanya, "Berapa lama Dajjal tinggal di bumi? Rasulullah ﷺ menjawab, "Empat puluh hari, satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti satu minggu dan hari-hari lainnya seperti hari-hari kalian."
Kami bertanya:
"Wahai Rasulullah, bagaimana menurut Tuan tentang satu hari yang seperti satu tahun, cukupkah bagi kami solat sehari? Rasulullah ﷺ menjawab, "Tidak, tapi perkirakanlah ukurannya." (HR. Muslim, no. 2137)
💡Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan:
"Sabda Nabi ﷺ (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti satu minggu dan hari-hari lainnya seperti hari-hari kalian). Para ulama mengatakan bahawa hadith ini difahami menurut zahirnya. Pada hari-hari itu terdapat 3 hari yang panjang atas perkiraan yang disebutkan.
Lafaz hadith: (Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurut Tuan tentang satu hari yang seperti satu tahun, cukupkah bagi kami solat sehari?Rasulullah ﷺ menjawab, "Tidak, tapi perkirakanlah ukurannya)."
💬Al-Qadhi dan lainnya berkata:
"Ini adalah hukum khusus bagi kita di hari-hari itu dari sang pembuat Syari'at."
Mereka berkata:
"Kalaulah bukan kerana hadith ini, hal itu diserahkan pada ijtihad kita, yang kita tidak akan memperpendek atas waktu solat 5 waktu, yang telah diketahui."
Makna: (Perkirakanlah ukurannya).
"Jika setelah Fajar berlalu waktu yang masanya sama seperti waktu antara Subuh dan Zuhur seperti hari-hari biasa, maka solatlah Zuhur.
Jika berlalu waktu yang masanya seperti antara Zuhur dan Asar, maka solatlah Asar. Jika berlalu waktu yang masanya seperti antara Asar dan Maghrib, maka solatlah Maghrib.
Demikian yang dilakukan untuk solat Isya' dan Subuh, kemudian Zuhur, Asar dan Maghrib diperlakukan demikian sampai berlalu waktu yang terasa panjang itu."
📚 Minhaj Syarah Sahih Muslim, 18/375.
#AkhirZaman
#AbuFaqihCentre
#MengajiSepanjangHayat
#MogaBermanfaat
#SebarkanIlmu
--------------------------------------
✨ “Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”(HR. Muslim, no. 1893)
Kredit :- Abu Fiqh centre
#IslamForU
Sultan Abdul Hamid II, semoga Allah merahmati beliau terkenal kerana tidak menandatangani sebarang dokumen berkaitan kerajaan tertinggi melainkan baginda berwuduk.
Malah penulis pertama Diwan, Asad Bey, mengetuk pintu bilik Sultan pada tengah malam untuk meminta Sultan menandatangani laporan dan kertas yang sangat penting?
Namun, pintu tidak dibuka!!
Dia mengetuknya beberapa kali, dan menunggu dengan cemas!
Selepas beberapa ketika, pintu terbuka dan Sultan Abdul Hamid keluar dengan senyuman di wajahnya, mengarahkan perbualannya kepada Asaad Bey, sambil berkata:
Jangan salahkan aku wahai anakku, ketika pertama kali engkau mengetuk pintu, aku tersedar dari tidurku dan menyedari bahawa engkau datang atas urusan penting, maka aku segera berwuduk. Selama ini, saya tidak menandatangani mana-mana kertas negeri tanpa berwuduk.
Kemudian Abdul Hamid mengambil kertas itu, membacanya dengan teliti, kemudian mula membaca basmalah dan menandatanganinya.
——————
Kredit : Omar Baihaki
#IslamForU