Wednesday, 9 April 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 11 Syawwal 1446H☆


إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرࣰا فِی كِتَـٰبِ ٱللَّهِ یَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضَ 


"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi..." [Surah at-Tawbah 36]


#Dalam kitab Tahzib al-Lughah disebutkan bahawa hari raya dinamakan dengan aid (عيد) kerana hari raya datang dengan kegembiraan pada setiap tahun. Setelah sebulan berpuasa bersabar menahan lapar dan dahaga maka pada hari raya umat Islam dianjurkan untuk bergembira. Hari raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. 


#Bagaimana pula bagi rakyat Malaysia yang menyambutnya selama sebulan atau lebih? 


#Menyambut hari raya dengan melakukan ziarah menziarahi pada sepanjang Syawal merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam. Suasana di Malaysia, orang ramai akan meneruskan aktiviti menziarahi saudara mara dan rakan taulan sehinggalah akhir Syawal dengan mengadakan rumah terbuka dan sebagainya. 


#Terdapat banyak hadis yang menyebut berkenaan anjuran Islam untuk menyambung hubungan siaturahim, ukhuwah dan memuliakan tetamu. Dalam sebuah hadis Nabi saw bersabda:


مَن أحَبَّ أنْ يُبْسَطَ له في رِزْقِهِ، ويُنْسَأَله في أثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ


"Siapa yang suka untuk diluaskan rezkinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim" (HR al-Bukhari)


#Maka, dapatlah kita fahami bahawa hari raya yang disyariatkan hanyalah pada 1 Syawal. Walau bagaimanapun ia tidak menafikan kebaikan untuk saling menziarahi dan menyambung silaturahim sama ada pada sepanjang bulan Syawal mahupun pada bulan-bulan yang lain. Adat kebiasaan di Malaysia pada bulan Syawal orang ramai akan melakukan ziarah menziarahi dan ini merupakan adat kebiasaan yang baik. Mana-mana adat yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak maka hukum asalnya adalah harus. 


#Pun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melupakan puasa sunat 6 hari dibulan Syawal, disamping sibuk melakukan ziarah-menziarahi sepanjang bulan Syawal serta tidak membazir atau melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak sepanjang aktiviti atau majlis ziarah.


♡Tidak menjadi kesalahan bagi sesiapa yang meraikan hari raya selama sebulan Syawal atau di bulan-bulan yang lain atas dasar ziarah-menziarahi, berkasih sayang dan menyambung silaturrahim sesama saudara dan rakan taulan. Selamat berkunjung mengunjung sesama jiran dan sahabat handai!!♡


🐊Ust Naim

*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...