Saturday, 24 August 2024

 Tadabbur Diri 23



Ada 4 perkara yang sering membimbang dan menyibukkan hati manusia:


 1 REZEKI


Kebimbangan dan kesibukan hati tentang rezeki sering menyebabkan manusia terpaling hatinya dari ibadah dan dari mengingati Allah ta’ala. Sedangkan persoalan rezeki manusia telah ditentukan oleh Allah ‘Azza wa Jalla .


وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ


“Tidak ada satupun yang bergerak di muka bumi ini kecuali Allah yang menanggung rezekinya”. 


( Hud: 6)


اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ‎﴿الرعد: ٢٦﴾‏


Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.


(Ar Ra’d : 26 )


نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ ‎﴿الأنعام: ١٥١﴾‏


Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka,


( Al An’am : 151 )


 1 LINTASAN DAN BISIKAN HATI (KHAWATIR)


Adakalanya lintasan dan bisikan itu datang dari keinginan nafsu. Ini adalah dorongan syahwat. Biasanya diumpan dengan keseronokan dan keduniaan.


وَ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ ﴿يوسف: ٥٣﴾


Dan sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan,


(Yusuf: 53)


Dorongan syahwat sering ditunggangi pula oleh hasutan syaitan iaitu was-was. 


فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَّا يَبْلَىٰ ‎﴿طه: ١٢٠﴾‏


Kemudian syaitan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?" 


( Thahaa: 12 )


Was-was syaitan amat merbahaya jika dilayan dan dituruti kerana boleh menjerat hati kepada syak dan keraguan. Tambah lagi jika sampai tahap membawa kepada kufur, syirik dan nifaq.


فَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَهُوَ وَلِيُّهُمُ الْيَوْمَ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ‎﴿النحل: ٦٣﴾‏


syaitan menjadikan mereka itu memandang baik perbuatan mereka (yang buruk), maka syaitan menjadi pemimpin mereka di hari itu dan bagi mereka azab yang sangat pedih. 


( An Nahl : 63 )


Ketika itu syaitan  akan menghiasi keburukan dilihat sebagai kebaikan. Begitulah sebaliknya.


Namun, ada juga lintasan hati yang baik. Iaitu dari malaikat yang disebut sebagai ilham. Ilham dibisikkan oleh malaikat dalam mendorong kepada perkara kebaikan. Begitu juga ilham dari Allah ‘Azza wa Jalla dalam bentuk furqan dan irsyad.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ ‎﴿الأنفال: ٢٩﴾‏


Hai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan. Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. 


( Al Anfal: 29 )


 1 MUSIBAH


Bimbang dan sibuk hati tentang musibah yang telah berlaku atau yang belum berlaku juga akan menyebabkan hati jadi resah dan gelisah. Hati jadi hampa dan kecewa. Hilang kewarasan dan pertimbangan.


Yang lebih membimbangkan hatinya terputus dari pergantungan kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Timbul berbagai lintasan berupa sangkaan buruk padaNya.


 1 TAKDIR


Apabila sesuatu takdir yang memenuhi kehendaknya, manusia tersangat gembira. Namun apabila yang dia mahu, tiba-tiba takdir ketententuan Allah tidak seperti kehendaknya, maka dia kecewa dan putus harapan.


Inilah yang sering terlintas dalam hati manusia kerana bimbangkan takdirnya yang tidak menentu menurut sangkaannya. 


Sedangkan Allah ‘Azza wa Jalla hanya menyuruh beramal dan berusaha bersungguh-sungguh kerana amal dan usaha itu ada pahala dan dosa dariNya.



مَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ السَّعَادَةِ، فَسَيَصِيرُ إِلَى عَمَلِ أَهْلِ السَّعَادَةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ، فَسَيَصِيرُ إِلَى عَمَلِ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ، فَقَالَ: اعْمَلُوا فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ، أَمَّا أَهْلُ السَّعَادَةِ فَيُيَسَّرُونَ لِعَمَلِ أَهْلِ السَّعَادَةِ، وَأَمَّا أَهْلُ الشَّقَاوَةِ فَيُيَسَّرُونَ لِعَمَلِ أَهْلِ الشَّقَاوَةِ


“Barangsiapa daripada kalangan orang yang bahagia, maka dia akan beramal dengan amalan orang yang bahagia.


Adapun, sekiranya dia daripada kalangan orang yang derita, maka dia akan beramal dengan amalan orang yang derita. Sabda Nabi SAW lagi: “Beramallah dan setiap orang itu akan dipermudahkan (oleh Allah SWT). Adapun orang yang bahagia akan dipermudahkan dalam beramal dengan amalan orang yang bahagia. Manakala orang yang derita akan dipermudahkan dalam beramal dengan amalan orang yang derita.” 


( HR Muslim, 2647)


Justeru, bekalkanlah hati dalam menghadapi  :


Rezeki , maka hendaklah tawakal yakni tetap yakin dengan janji rezeki dari Allah.


b. Khawathir, maka hendaklah dikenali dengan suluhan ilmu dan mohonlah perlindungan dan pertolongan Allah.


c. Musibah, hendaklah yakin bahawa dirinya adalah sebenarnya milik mutlak Allah, yakin bahwa hidup di dunia adalah ujian, sabar dan kembalikan hati kepadaNya.


d. Qadha' dan ketentuan Allah, hendaklah redha dengan ketentuanNya.



قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

 ‎﴿يوسف: ٨٦﴾‏


(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya”


(Yusuf: 86)




ABi






No comments:

Post a Comment

  PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Apabila Sakit  عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّهُ...