Imam AL-GHAZALI berpesan;
Ilmu makrifat ini ada 2 tahapan, iaitu;
1) MAKRIFAT AWAM.
- Ilmu makrifat awam atau umum ini semua manusia mampu untuk belajar dan memahamiNya, seperti kebanyakan orang mempelajari Nya. Seperti kata makrifat tahap kulit...
2) MAKRIFAT KHUSUS.
- Yang paling tinggi tahap isi itu ialah makrifat khusus, hal-hal dalaman berkenaan KETUHANAN.. Sampaikan Imam AL-Ghazali memberitahu, " Jika kamu tidak pandai bercakap tentangNya kepala kamu akan dipancung " . Begitu sulitNya makrifat khusus ini, untuk yang benar-benar AhliNya saja yang mampu memahamiNya.. Dan Imam AL-Ghazali juga berkata, ada 3 ciri untuk seseorang itu untuk dapat menguasai makrifat khusus iaitu;
a) Orang ini mesti memiliki Ilmu AKIDAH yang mantap atau dia menguasai Ilmu Akidah itu keseluruhanNya...
b) Orang ini mesti HATI- Nya BERSIH. Tidak sombong, angkuh, riak, takabur dan lain-lain.. Dan perjalanan HatiNya yang suluk menuju Allah swt ..
c) Orang ini mestilah CERDIK, mengolah ilmu, mentafsir, dapat membezakan yang mana Hak dan yang mana Batil....
Jika dapat menguasai ketiga-tiga ciri ini, seseorang itu mampu menguasai ilmu makrifat khusus, dengan adap dan tertibNya, mesti bertahap-tahapan memahami ilmu....
Dan pesan Iman AL-Ghazali " Jangan kamu ingat kamu sudah memahami suatu ilmu itu, kamu sudah menjadi AHLI-Nya, kerana ada lagi 1 bab, jika aku buka bab ini, pasti kamu akan mengatakan aku Gila, sesat dan sebagaiNya ". Jadi fahami ilmu itu betul-betul, proses dan diperhalusi betul-betul ilmu itu....
No comments:
Post a Comment