Sunday, 27 August 2023

 TIDAK BERAGAMA JIKA



 sebuah Hadits Rasulullah SAW 

"AWAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH."


Berertinya, seandainya kita tidak MENGENAL ALLAH. Maka kita tidak akan BERAGAMA ! 


MA'RIFAH itu bermakna adalah MENGENAL...


Yakni, kita dikehendaki MENGENAL ALLAH SWT yang DISEMBAH terlebih dahulu, kemudian baharulah kita dikehendaki MENYEMBAH-NYA...


Kedapatannya, lumrah dan lazim MENYEMBAH-NYA tanpa terlebih dahulu mengenali objek yang disembah !


Justeru, mana mungkin kita berupaya mencapainya ‘KHUSYUK’ didalam Solat tanpa kaedahnya yang betul !


Juga pengertiannya bahawa dengan BERMA'RIFAH baharulah BERAMAL, dan bukannya dengan BERAMAL baharulah BERMA'RIFAH ! 


Oleh yang demikian itu, Rasulullah SAW telah BERJIHAD atau BERJUANG selama 13 tahun untuk menegakkan KALIMAH TAUHID dan Menyemarakkannya...


Khususnya, dikalangan Keluarga, Para Sahabat, dan sekelian Umat Islam pada zaman itu bagi PENYEMPURNAAN IMAN, TAUHID dan MA'RIFAH mereka...


Kemudian daripada itu baharulah Rasulullah SAW di Isra’ dan Mi’raj kan untuk menerima Watikah dan perintah Mewajibkan Solat 5 waktu keatas Umat Islam seluruhnya daripada Allah Jalla waAzza...


Dengannya sahajalah kita Umat Islam ini dapat MENGENALI ALLAH SWT dengan secara ‘TAHKIK’ disamping dapat MENGENALI DIRI KITA yang Sebenar-benarnya ‘Diri ..


"Barangsiapa MENGENAL DIRINYA, MENGENAL ia akan TUHANNYA."


Sila bertanya kepada AHLINYA ataupun duduklah belajar dengan sepenuh ADAB kepada GURU MURSYID...

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...