Sunday, 27 August 2023

 RAHSIA INSAN*


(AL-QALBU, AR-RUHU, AN-NAFS, AL-AQLI)


Didalam kalangan Ulama terkemuka, jarang sekali kita melihat ada yang mendalami pengetahuan tentang nama-nama ini, baik dalam segi perbezaan ertinya, batas-batasnya dan apa yang dinamakan dengan nama-nama tersebut...


Banyak sekali kesalahan-kesalahan yang terjadi, disebabkan kelemahan didalam memahami erti dari nama-nama tersebut, juga kerana ketidaktahuan bahawasanya nama-nama itu tidaklah hanya memiliki satu erti. 


Disini saya akan cuba jelaskan mengenai perbezaannya...


Pertama, AL-QALBU iaitu memiliki dua pengertian yakni;


1) AL-QALBU (Jantung).


Yang berupa segumpal daging yang berbentuk bulat memanjang seperti buah sanubari, yang terletaknya dipinggir dada sebelah kiri, yaitu segumpal daging yang mempunyai Tugas Khusus, yakni mengempam darah.


2) AL-QOLBU (Hati didalam erti secara harfiah).


Yang berupa sesuatu yang halus (Lathifah), Bersifat Ketuhanan (Rabbaniyah) dan Kerohanian yang ada hubungannya dengan Hati Jasmani.


Hubungan antara Hati Jasmani dan Hati Rohani itu seperti halnya benda yang dijadikan perkakas dengan perkakasnya, atau seperti akar pohon dengan tempat dia berakar.


Penjelasan ini dijelaskan secara hati-hati disebabkan oleh dua hal;


a) Sesungguhnya Hati Rohani itu berhubungan erat dengan Ilmu Mukasyafah (Ilmu yang diperoleh dari ILHAM Allah SWT). 


Sedangkan tujuan dijelaskannya Rahasia Hati disini, ditekankan kepada Ilmu Mu’amalah (Ilmu yang diperolehi dengan belajar).


b) Sesungguhnya mendalami Hakikat Hati Rohani memerlukan terbukanya Rahasia Ruh, sedangkan didalam masalah ini tidak pernah disampaikan oleh Rasulullah saw.


3) AR-RUHU (Nyawa).


Ini juga digunakan untuk sesuatu yang berhubungan dengan jenisnya yang digolongkan menjadi dua pengertian, iaitu;


a) Ruh yang merupakan jenis yang halus, yang bersumber dari Rongga Hati Jasmani, lalu tersebar ke seluruh tubuh melalui perantara otot dan urat. 


Yang dijelaskan disini bukanlah bererti darah. Akan tetapi semacam unsur halus berupa 'Wap' yang berasal dari pemanasan didalam hati.


b) Ruh yang berupa sesuatu yang halus, yang ada pada manusia, yang dapat mengetahui segala sesuatu dan yang dapat menangkap segala pengertian.


Hal ini dijelaskan tadi pada pengertian “Hati”. Dan itulah yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala dengan firman-Nya;


“Katakan! bahawa Ruh itu termasuk urusan Allah” 

(QS. Al-Isra’ : 85)


Ruh didalam pengertian ini termasuklah urusan Ketuhanan yang menakjubkan, dimana Akal manusia dan pemahamannya tidak sanggup mengetahui Hakikatnya.


Kata-kata Nafsu mempunyai beberapa makna tetapi yang berhubungan dengan pembahasan ini ada dua pengertian, iaitu;


a) Nafsu yang dituju disini adalah tempat berkumpulnya kekuatan Amarah dan Syahwat pada diri manusia yang nantinya akan dijelaskan kemudian. 


Pengertian ini digunakan oleh Para Ahli Tasawwuf kerana mereka berpendapat bahawa Nafsu itu tempat berkumpulnya sifat-sifat tercela pada manusia, oleh kerana itu mereka berkata; 


“Nafsu mahu tidak mahu harus dilawan dan dihancurkan.”


b) Nafsu didalam erti halus yang telah disebutkan diatas, yaitu Hakikat Manusia, yakni Diri manusia dan Dzat-Nya. Nafsu didalam pengertian ini bermacam-macamnya sesuai dengan keadaannya.


Apabila Nafsu tersebut Tenang pembawaannya dan jauh dari gangguan yang disebabkan oleh Syahwat maka Nafsu yang demikian itu disebut NAFSU MUTMAINNAH (Nafsu yang Tenang).


Sebagaimana firman Allah Ta’ala;


“Hai nafsu yang tenang! kembalilah kepada Tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan” 

(QS. Al-Fajr : 27-28)


Apabila melihat Nafsu didalam pengertian pertama diatas, Nafsu tersebut tidaklah memiliki gambaran untuk kembalinya kepada Allah Ta’ala, malah selalu menjauhi-Nya dan termasuklah didalam golongan Syaitan.


Apabila Nafsu itu tidak sempurna Ketenangannya, namun ia selalu menentang dan melawan Nafsu Syahwat, maka Nafsu yang demikian disebut NAFSU LAWWAMMAH (Nafsu pencela), oleh kerana itulah ia selalu mencela Dirinya ketika cuai dan lalai berbakti kepada Tuhannya.


Firman Allah Ta’ala;


“Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela (kejahatan)” 

(QS. Al-Qiyamah : 2)


Apabila Nafsu tersebut telah melepaskan dirinya dari tentangan dan tidak mahu lagi melawan, malah tunduk dan patuh saja kepada kehendak Nafsu Syahwat dan panggilan Syaitan, maka Nafsu yang demikian disebut NAFSU AMMARAH Bissu’ (Nafsu penganjur kejahatan).


Allah ta’ala menceritakan tentang Yusuf as dan isteri Fir’aun dalam firman-Nya;


“Dan aku tidak akan membiarkan Nafsuku, kerana nafsu itu suka memerintah kepada yang jelek”. 

(QS. Yusuf : 53)


4) AL-AQLI (Akal).


Ini mempunyai erti yang bermacam-macam. Dari berbagai erti itu yang berhubungan dengan pembahasan Rahasia Hati ini adalah;


a) Akal yang bererti pengetahuan tentang Hakikat segala keadaan, maka Akal itu ibaratnya sifat-sifat Ilmu yang tempatnya didalam Hati.


b) Akal yang bererti, menangkap dan mendapatkan segala Ilmu, maka Akal disini adalah Hati Rohani.


Kita ketahui bahawa kata “Akal”,


Kadang-kadang diertikan sebagai sifat orang yang Berilmu, dan kadang-kadang bererti tempat pengetahuan yakni,


“Yang Mengetahui”....

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...