Sunday, 27 August 2023

 RAHASIA NUR*


Menurut pembahagian, NUR itu terbahagi kepada dua, iaitu;


1) NUR LAHIR (HISSI).


Iaitu CAHAYA yang menolong kita melihat segala sesuatu dengan Mata Kepala kita sendiri, seperti Cahayanya Matahari yang memberi kita Cahaya Terang dikala siang...


2) NUR BATIN (MA’NAWI).


Iaitu CAHAYA yang menolong kita melihat dengan Mata Hati terhadap sesuatu yang Ghaib ataupun memahami sesuatu Hakikat atau Pengertian...


NUR BATIN itu terbahagi kepada lapan jenis, iaitu;


1) NUR AL-IMAN.


CAHAYA KEIMANAN, 


Iaitu Cahaya Sejati yang dapat menembusi segala kegelapan, dimana akan ternyata KEAGUNGAN dan KEESAAN ALLAH SWT Menyinari Hati Insan...


2) NUR AL-QALB.


CAHAYA HATI, 


Iaitu Cahaya yang Wujud dengan Sempurna, dengan memperolehi Sinaran Cahaya daripada NUR AL-IMAN...


3) NUR AR-RUH.


CAHAYA RUH (Jiwa), 


Iaitu Cahaya yang diperolehi dengan sebab Kepatuhan yang bersungguh-sungguh kepada Allah SWT,


Dan Menyucikan Peribadi daripada perlakuan liar dan adat resam yang merugikan, sehinggakan Ruhnya dapat berhubung dengan Alam Malaikat...


4) NUR AN-NAFS.


CAHAYA PERIBADI, 


Iaitu Cahaya yang Wujud dengan Sempurna berikutan dengan memperolehi Sinaran daripada NUR AR-RUH...


5) NUR AS-SIRR'.


CAHAYA RAHASIA, 


Iaitu Cahaya yang diperolehi dengan Mengenal Allah SWT dengan sebenar-benarnya Pengenalan, yang di ikuti dengan Hubungan kepada Maha Pencipta tanpa Selain-Nya...


Sehinggakan dapat Menyaksikan Kebesaran ILAHI di Alam Malakut, Alam Mulk dan Syahadah...


6) NUR AL-AQL.


CAHAYA AKAL, 


Iaitu Cahaya yang Wujud dengan Sempurna, dengan memperolehi Sinaran Cahaya daripada NUR AS-SIRR'..


7) NUR AL-QUR'AN.


CAHAYA AL-QUR'AN, 


Iaitu Cahaya yang merupakan NUR ALLAH SWT yang berhubung rapat dengan Dzat-Nya yang Maha Tinggi...


Hakikat Nur ini adalah diserahkan kepada Allah SWT. Cuma diketahui bahawa Nur inilah yang menimbulkan NUR AS-SIRR' dan Nur yang lain-lainnya..


8) NUR AL-KAYSF.


CAHAYA SINGKAPAN,


Iaitu Cahaya Nur Al-Qur'an yang merupakan Nur yang paling tinggi dan memberi kesan Istimewa. Nur ini dapat menggilap Cermin Hati para Insan dengan membaca Ayat-Ayat Suci serta Dzikirullah..


Juga dengan memakan makanan yang Halal, berlaku Ikhlas, Berpuasa, meninggalkan sesuatu yang memesongkan, sentiasa membersihkan diri dan peribadi dengan mengekalkan Wudhu' dan menjaga segala waktu untuk Ketaatan dan Berbakti kepada Allah SWT..


NOTA Catatan Syeh


Menurut golongan SUFI, bahawa NUR ini memungkinkan mengangkat pandangan kepada Arasy dan Kursi,


Dan Menyaksikan segala NUR-NUR yang Indah sehinggakan terbuka segala RAHASIA-RAHASIA ALAM dan bermacam-macam lagi rupa ALAM GHAIB...

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...