Saturday, 26 August 2023

 SUFI


Orang Sufi sememangnya sukar dikenali. Dalam kalangan orang awam terdapat orang Sufi, yang amat beruntung bagi mereka. Mungkin yang membaca doa dan yang menjadi ketua dalam satu majlis tahlil di rumah atau di surau orang biasa dan doanya tidak terangkat, tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (kemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat.. 


Ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu seperti yang dikehendaki Allah swt. Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan, dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yang lain sebab mereka saling mengenal (roh mengenal roh). Oleh itu orang Sufi tak sunyi daripada urusan belajar dan mengajar di mana pun mereka berada.. 


Jika mereka menziarahi kubur, mereka akan mengucapkan "Assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah."


Mereka dapat memasukkan “cahaya” kepada si mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si mayat. Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu, si mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur..


Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dalam jalan kewalian. Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah swt, mereka dikenali di langit dengan nama itu. Jika mereka gunakan nama itu ketika berhadapan dengan para makhluk yang jahat, makhluk jahat dan halus itu akan tunduk kepada mereka. Sebab itu mereka tidak diuji seperti manusia lain, sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakan mereka tugasnya berat...



No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...