Friday, 8 September 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 23 Safar 1445H☆


هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن یَبۡخَلُۖ وَمَن یَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا یَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِیُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَاۤءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡا۟ یَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَیۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا یَكُونُوۤا۟ أَمۡثَـٰلَكُم 


"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu" [Surah Muḥammad 38]


#Allah swt mengatakan bahawa orang Islam diseru melalui Nabi saw untuk infak harta pada jalan Allah swt. Memang ini adalah tanggungjawab kita semua sebagai orang Islam. 


#Harta yang diminta infaq itu bukanlah secara keseluruhan. Bagi mengikut kadar kemampuan dan perlu bijak menguruskan harta agar ada bahagian keluarga, infaq dan Hal yang lain.


#Terdapat manusia yang memang mengikuti perintah Allah ini dengan menginfaqkan harta di jalan Allah seikhlas hati demi mencari keredhaanNya. Tetapi Allah swt memaklumkan bahawa ada diantara manusia yang memang bakhil (kedekut). Ini adalah kerana hati mereka terikat dengan dunia dan jauh dengan akhirat. 

 

#Bagi sesiapa yang kedekut sebenarnya kedekut bagi dirinya sendiri. Ini kerana segala infak itu akan menjadi hartanya di akhirat kelak. Maka jika dia bakhil, dia sebenarnya menidakkan bekalan untuk dirinya di akhirat kelak. Dia sendiri yang akan rugi.


#Dan ketahuilah bahawa Allah swt tidak ambil percuma sahaja infak kita, tetapi Allah swt akan balas di dunia dan di akhirat dengan ganjaran yang berlipat ganda. Jadi, bagi mereka yang bakhil itu, mereka sebenarnya merugikan diri mereka sendiri. Mereka tidak merebut kelebihan yang banyak dari infak itu. Mereka nampak harta mereka tidak berkurang sebab mereka tidak infak, tetapi mereka tidak nampak yang harta mereka pun tidak bertambah. Padahal, kalau mereka infak, harta mereka akan bertambah.


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ 


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" [Surah Ibrahim 7]


...Bersambung...


♡Bersedekahlah dijalan Allah swt demi memperolehi keredhaan Allah swt. Jangan sesekali bakhil dengan nikmat Allah swt, kerana mereka akan menyesal dengan penyesalan yang dahsyat di mahsyar kelak♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Kebaikan dan Dosa


عَنْ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْبِرِّ وَالْإِثْمِ فَقَالَ: الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ.


Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa." Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah berakhlak yang mulia. Manakala dosa adalah sesuatu yang mengelisahkan hatimu (ketika dosa tersebut dilakukan, hati gementar dan bimbang) serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya." (HR Muslim, No: 2553) Status: Hadis Sahih 


Pengajaran:


1.  Fitrah manusia sukakan kebaikan juga inginkan kebaikan. Kebaikan itu adalah akhlak yang baik. 


2.  Akhlak yang baik terhasil daripada ketaatan kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.


3.  Hati yang tenang adalah jiwa yang memiliki nur (cahaya) sehingga dapat membezakan antara perkara yang benar dan salah, perkara yang jujur dan yang bohong, perkara yang terpuji dan tercela, kerana itulah petunjuk yang datang daripada jiwa seseorang yang sentiasa melakukan kebaikan. Sabda Nabi SAW:


الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ


Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu. (HR Ahmad No:18006)


4.  Manusia yang fitrahnya suka melakukan kebaikan akan menyebabkan hati tenang. Manakala perkara dosa pula akan menggementarkan hati. Apabila melakukan dosa, hati akan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan, berdebar-debar, resah gelisah, cemas, bimbang dilihat atau diketahui oleh orang lain.


5.  Pelaku dosa sentiasa bimbang dan tidak mahu jika perlakuan buruknya diketahui oleh orang lain.


Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.


"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


09hb September 2023

23hb Safar 1445H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram



Doa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai zikir Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun.


Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, iaitu manfaat dikeluarkan kita daripada kesusahan atau bencana.


Antara kelebihan mengamalkan Doa/Zikir Nabi Yunus ialah:


1. Dimakbulkan doa dan hajat.

2. Doa yang terbaik. 

3. Mendapat Ampunan dari Allah SWT. 

4. Dikeluarkan dari kesulitan. 


@kitabdoa 📚📚📚


Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Matinya manusia maka terputuslah hubungan antara jasad dan roh dan merupakan detik permulaan manusia menuju ke negeri akhirat yang merupakan garis permulaan bagi satu perjalanan yang sangat panjang.


Alam barzakh merupakan alam yang berbeza dengan kehidupan di alam dunia yang serba indah. Kematian dan masuknya manusia ke alam barzakh adalah ketentuan Allah SWT yang pasti akan terjadi.


Manusia tidak boleh lari daripada kematian. Masa, tempat, keadaan kematian telah ditentukan dan hanya menunggu tanpa diketahui 🥹


Allah SWT berfirman maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali-Imran ayat 185)


Credit Video : Ikmalhj


#AbbasySharing





No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...