🌹Zikir Hari Selasa:🌹
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Allahumma solli a'la muhammad wa'ala aali muhammad wasohbihi wasallim
🔖Maksud: “Ya allah , kurniakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad , keluarganya dan para sahabatnya”
📍Fadhilat: Setiap satu bacaan , Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun
💌Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”
(Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)
🍁 ⋮ ZikirTime
26 Safar 1445H
12 september 2003
#perkongsian_ilmu
#IslamForU
*Bergaul Dengan Orang Soleh*
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ
_*Daripada Abu Sa'id RA ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah berteman kecuali dengan orang mukmin dan jangan ada yang memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa."*_ (Sunan Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan
*Pengajaran:*
1. Bergaullah dengan mereka yang beriman dan berakhlak mulia.
2. Syarah Sunan Abi Daud menjelaskan: Tabiat atau kebiasaan itu adalah sesuatu yang dicuri (diambil) dari orang lain (dibimbangi bila bergaul dengan orang yang tidak berakhlak akan menyebabkan seseorang meniru akhlak buruk tersebut).
3. Berilah makan kepada orang-orang yang soleh dan bertakwa.
4. Al-Khathabi menyatakan: Larangan memakan makanan kecuali orang yang bertakwa hanya berlaku pada makanan undangan bukan makanan kerana keperluan (kita disuruh membantu kepada sesiapapun lebih-lebih lagi kepada yang memerlukan termasuk non muslim juga binatang).
Pastikan teman karib kita orang yang soleh. Moga kesolehannya menjangkit pada kita.
Semuga bermanfaat...
#tazkirah2
#IslamForU
☆Tadabbur Kalamullah 26 Safar 1445H☆
حَتَّىٰۤ إِذَا مَا جَاۤءُوهَا شَهِدَ عَلَیۡهِمۡ سَمۡعُهُمۡ وَأَبۡصَـٰرُهُمۡ وَجُلُودُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ
"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan"
وَقَالُوا۟ لِجُلُودِهِمۡ لِمَ شَهِدتُّمۡ عَلَیۡنَاۖ قَالُوۤا۟ أَنطَقَنَا ٱللَّهُ ٱلَّذِیۤ أَنطَقَ كُلَّ شَیۡءࣲۚ وَهُوَ خَلَقَكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةࣲ وَإِلَیۡهِ تُرۡجَعُونَ
"Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)" [Surah Fussilat 20-21]
#Antara semua saksi, anggota tubuh kita ialah saksi penentu di hari kiamat kelak. Mereka sangat dekat dengan kita dan turut terlibat dalam setiap dosa yang kita lakukan. Di akhirat nanti, Allah akan meminta penyaksian mereka atas semua perbuatan kita di dunia.
#Mahkamah akhirat mirip mahkamah dunia. Setiap kali sesuatu tuduhan ditimpakan kepada manusia, bukti-bukti dan saksi-saksi segera dihadirkan terutamanya apabila pihak tertuduh mengingkari tuduhan tersebut. Semua ini dilakukan agar hak setiap manusia terjaga daripada kezaliman di mahkamah Allah Yang Maha Adil.
#Pelbagai riwayat menyebut bahawa saksi-saksi dan bukti-bukti itu cukup banyak. Ia terdiri daripada para malaikat, jin, manusia, bahkan termasuk juga benda-benda yang kita anggap tidak bernyawa seperti tanah, batu dan sebagainya. Semua ini akan dihadirkan pada hari kiamat kelak sebagai saksi, sama ada untuk membela ataupun sebaliknya, mengecam kita.
#Saksi-saksi dihadirkan bukan hanya sebagai bukti. Mereka juga menjadi sebab kebanggaan bagi orang yang berbuat kebaikan, sekali gus menjadi sebab kehinaan bagi orang yang melakukan kesalahan. Oleh sebab pengadilan di mahkamah akhirat ini berlaku di hadapan semua makhluk, maka setiap dosa dan pahala akan didedahkan secara terbuka. Tiada rahsia lagi.
#Berkata Imam At-Tahir Ibn ‘Ashur rahimahullah: “Penyaksian anggota tubuh ialah penyaksian untuk menafikan dan mendedahkan aib mereka sendiri. Ini kerana apabila para pendosa ini melihat neraka, mereka berusaha menyelamatkan diri sendiri dengan menafikan sebahagian dosa itu. Padahal Allah mengetahui semua amal perbuatan mereka, malah para malaikat pun telah merekodkan secara rapi setiap amalan itu. Semestinya mereka tidak dibawa ke neraka, melainkan kerana dosa-dosa itu. Maka, penyaksian anggota tubuh hanyalah untuk menambahkan kehinaan dan penyesalan di hati mereka.” (Lihat: Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir)
#Selain itu, penyaksian tubuh ini juga mengajarkan kita suatu pengajaran berharga. Ia mengingatkan bahawa kita tidak pernah bersendirian. Di mana-mana juga kita berada, walau di tempat yang paling sunyi sekalipun, saksi-saksi Allah sentiasa mengawasi kita. Insaf!!.
♡Tidak terbayang betapa malunya kita apabila anggota tubuh kita sendiri menjadi saksi atas semua perbuatan dosa yang pernah kita lakukan. Pada waktu itu baru kita tersedar, anggota tubuh ini sebenarnya bukan milik kita. Mereka juga hamba Allah swt. Hakikatnya, anggota tubuh ini tidak sesekali bersetuju dengan kita apabila kita melakukan maksiat. Jika mereka mampu pasti mereka ingin menolak, namun mereka terpaksa tunduk kepada iradat kita kerana itu sunnatullah di muka bumi. Insafilah dan bertaubatlah!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
Setiap anak adam berdosa. Namun Allah Maha Pengampun, Penyayang masih memberi peluang, dijentiknya hati² yg bermasaalah utk menyesali segala dosa, mengerjakan amal sholeh sebelum kembali BERTEMUNYA. saya doakan agar kita semua diberi kesempatan bertaubat dengan taubatan Nasuha dn mendapat kematian Husnul Khatimah.. Aamiin²
#IslamForU
JIWA TARBAWI 871
Akhirnya nanti, bila manusia dijemput oleh kematian dan dibangkit di hari akhirat, barulah mereka faham dan sedar bahawa hidup sebenarnya adalah soal HAMBA dengan TUHAN.
Ibnu ‘Umar, beliau mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ يُدْنِي الْمُؤْمِنَ فَيَضَعُ عَلَيْهِ كَنَفَهُ وَيَسْتُرُهُ فَيَقُولُ أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا فَيَقُولُ نَعَمْ أَيْ رَبِّ حَتَّى إِذَا قَرَّرَهُ بِذُنُوبِهِ وَرَأَى فِي نَفْسِهِ أَنَّهُ هَلَكَ قَالَ سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ فَيُعْطَى كِتَابَ حَسَنَاتِهِ وَأَمَّا الْكَافِرُ وَالْمُنَافِقُونَ فَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ
Aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah mendekati seorang mukmin, lalu meletakkan padanya tabir dan menutupinya (dari pandangan orang lain), lalu (Allah) berseru : ‘Tahukah engkau dosa ini? Tahukah engkau dosa itu?’ Mukmin tersebut menjawab,’Ya, wahai Rabb-ku,’ hingga bila selesai meyampaikan semua dosa-dosanya dan mukmin tersebut melihat dirinya telah binasa, Allah berfirman,’Aku telah rahsiakan (menutupi) dosa itu di dunia, dan Aku sekarang mengampunimu,’ lalu ia diberi kitab kebaikannya. Sedangkan orang kafir dan munafik, maka Allah berfirman : ‘Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Rabb mereka’. Ingatlah, kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim”.
(HR Bukhari, 2261)
Beruntunglah mereka yang hidupnya dalam keadaan beriman, matinya dalam keadaan beriman dan dibangkitkan dalam keadaan beriman.
Justeru, jagailah dan suburkanlah iman dalam dirimu.
ABi
Walaupun mak telah pun meninggalkan dunia dan meninggalkan rumah ini ..
Kerusi di bilik air ini kegunaan mak tiada siapa pun berani keluarkan .
Ada Kisah kerusi ini dengan aku .
Sebelum ini , mak , kami mandikan . Kami adalah aku dan Ira . Mak sebelum ini , pernah strok sebelah Badan nya . Tiub kencing di pasang di pundi kencing dia . Bermacam macam ikhtiar aku buat untuk mak ketika itu . Ada Nurse yang aku ambil untuk menukar kan tiub kencing mak, ada Budak Budak fisioterapi yang datang untuk membantu mak menjalankan fisioterapi di rumah .
Lebih kurang setahun , mak kembali kuat dan sihat , dan alangkah terkejutnya aku, pada satu pagi , awal
Pagi , aku mendengar bunyi air di bilik air bawah .
Dengan segera aku Menuruni tangga, dan aku lihat mak sedang mandi sendiri di dalam bilik air .
“Mak , macamAna mak buat mak ? Kata ku ..
“Mak Cuba perlahan Lahan Melea , kan Budak fisio ada ajar mak macamana nak masuk tandas za
Kata mak …
“Allahuakbar ., baik baik tau mak ., , nak adik Tolong tak ? Kata ku lagi ..
“Nanti kau belikan mak kerusi , duduk dekat mangkuk tandas nie tak selesa sikit . bergoyang goyang .. , kata mak ..
Dan aku belikan mak kerusi untuk mak mandi di dalam bilik air .
Mula mula Kerusi kayu , tak tahan lama , goyang , kayu mereput apabila basah di gunakan.. Di ganti baru . Aku carikan Kerusi besi pula , mak tak suka , licin dan berjalan jalan kata dia .. dan akhirnya aku belikan Kerusi ini buat kegunaan mak .
Kisah tandas ini tak berakhir di sini .
Sistem pembuangan air besar mak sudah tidak seperti kita . Mak sentiasa akan tercirit dan najis mak pasti merata rata di lantai bilik air ini .
Sudah pastilah ini tugas ku , setiap hari , apabila mak ke tandas , aku lah orang nya yang akan membasuh tandas ini sehingga ke dinding tandas terperciknya.
Baru baru ini , aku Pakai tandas di bawah ini , aku pandang sekeliling tandas itu .
Walaupun ianya bersih tanpa najis , tapi aku rasa kosong .
Kosong Kerana di sini Lah juga aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak kepada Aminah Amid .
Aku akan basuh bersih bersih tandas ini , aku akan gosok dan pastikan tiada najis pun di lantai Kerana di sini Lah mak akan mandi dan mengambil wuduk ya .
“Mak, apa dasyat sangat mak berak , Sampai ke dinding dinding, aku bergurau dengan mak .
Ketawa besar mak ..
“Rezeki kau lah , mak ketawa lagi ..
Ya , walaupun ianya najis mak , tidak pernah sekalipun aku geli .
Kerana , suatu masa dahulu , mak lah yang membersihkan najis aku ketika aku kecil dahulu.
Fitrah mak berusia dan tidak berdaya , aku lah sebagai anak yang patut membalas nya Semula .
“Mak , walaupun tandas mak bersih sebab mak takde , adik tetap suka tandas yang kotor sebab adik akan cuci sebersih bersihnya .
Bila mak masuk tandas semula , adik tahu , mak suka .
Sebab dalam rumah ini , adik lah satu satunya yang Akan menjaga kebersihan mak supaya mak boleh solat Dan mengaji dengan bersih dan Wangi sentiasa .
Mak , adik dah rindu mak …, terdengar dengar suara mak panggil adik .. tapi sayup sayup sahaja.
Kredit: Amelia Tamby Hussin
#IslamForU
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Bergaul Dengan Orang Soleh
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ
Daripada Abu Sa'id RA ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah berteman kecuali dengan orang mukmin dan jangan ada yang memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa." (Sunan Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Bergaullah dengan mereka yang beriman dan berakhlak mulia.
2. Syarah Sunan Abi Daud menjelaskan: Tabiat atau kebiasaan itu adalah sesuatu yang dicuri (diambil) dari orang lain (dibimbangi bila bergaul dengan orang yang tidak berakhlak akan menyebabkan seseorang meniru akhlak buruk tersebut).
3. Berilah makan kepada orang-orang yang soleh dan bertakwa.
4. Al-Khathabi menyatakan: Larangan memakan makanan kecuali orang yang bertakwa hanya berlaku pada makanan undangan bukan makanan kerana keperluan (kita disuruh membantu kepada sesiapapun lebih-lebih lagi kepada yang memerlukan termasuk non muslim juga binatang).
Pastikan teman karib kita orang yang soleh. Moga kesolehannya menjangkit pada kita.
Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia 2023.
"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
12hb September 2023
26hb Safar 1445H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Bila Rasulullah Sayang Seseorang
===========
1. Sekiranya kita sayang kepada seseorang, kita sepatutnya mengajarkan kepada mereka perkara yang baik dan bukannya mendedahkan kepada mereka perkara yang tidak baik.
2. Ini dapat difahami dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud. Dalam hadis ini, Rasulullah pernah menzahirkan rasa sayang Baginda kepada Muaz bin Jabal. Sabda Rasulullah:
يَا مُعَاذُ ! وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ
“Wahai Muaz, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau.”
3. Namun ucapan Rasulullah tidak terhenti di sini sahaja. Baginda seterusnya berpesan kepada Muaz agar sentiasa membaca satu doa khusus di penghujung solat atau setelah selesai dari solat. Pesan Rasulullah: “Wahai Muaz, janganlah kamu lupa untuk membacakan doa ini di penghujung solat:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
4. Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa apabila Rasulullah sayang kepada seseorang, Rasulullah menzahirkan rasa sayang Baginda kepada mereka. Bahkan apa yang lebih utama adalah Baginda mengajarkan perkara yang baik kepada orang yang disayangi.
5. Begitu juga apabila kita sayang seseorang, kita seharusnya mengajarkan kepada mereka perkara yang baik. Bukan mengajak atau mendedahkan mereka kepada perkara yang tidak baik.
6. Malah apabila kita sayang kepada seseorang, kita juga hendaklah menegah mereka dari melakukan kepada perkara yang tidak baik. Perkara ini dapat diperhatikan apabila Rasulullah menegur Muaz dalam situasi yang lain. Baginda membidas Muaz dengan lafaz yang agak keras apabila Muaz membaca surah yang panjang dalam solat. Sabda Rasulullah:
يَا مُعَاذُ، أَفَتَّانٌ أَنْتَ - ثَلاَثًا - اقْرَأْ: وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا وَسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَنَحْوَهَا
“Wahai Muaz, apakah engkau ingin menimbulkan fitnah?! (Sebahagian riwayat menyebutkan bahawa kata-kata ini diulang Rasulullah sebanyak tiga kali. Seolah Baginda ingin memberikan kesan mendalam kepada pemahaman Muaz) Bacalah surah asy-Syams atau al-A’la atau surah sepertinya.
7. Perhatikan hadis ini bagaimana Rasulullah menegur Muaz dengan nada yang agak keras ketika Muaz melakukan kesilapan. Ia adalah semata bagi memastikan orang yang disayangi tidak terjebak kepada kesalahan yang berterusan.
8. Melalui hadis ini, dapat kita fahami bahawa apabila kita sayang seseorang, kita hendaklah mengajarkan kepada mereka perkara yang baik. Apabila mereka melakukan kesilapan, kita tegur dan perbaiki mereka.
9. Bukan kita yang mengajak mereka melakukan kejahatan. Andai sekiranya kawan kita yang mengajarkan kejahatan, kita perlu menegur mereka. Kerana kawan yang baik membimbing kepada kebaikan.
Semoga Allah membimbing kita
Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Simpan Baik-Baik
30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM
1. Orang yang Pertama Menulis Bismillah: Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang Pertama Meminum Air Zamzam: Nabi Ismail AS.
3. Orang yang Pertama Berkhatan: Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang Pertama diberikan Pakaian pada hari Qiamat nanti: Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang Pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat nanti: Nabi Adam AS.
6. Orang yang Pertama mengerjakan Saie antara Safa & Marwah: Sayyidatina Hajar.
7. Orang yang Pertama dibangkitkan pada hari Qiamat nanti: Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang Pertama menjadi khalifah Islam: Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang Pertama menggunakan Tarikh Hijrah: Umar bin Al-Khattab.
10. Orang yang Pertama meletakkan Jawatan sebagai Khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang Pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW: Thuwaibah RA.
12. Orang yang Pertama Mati Syahid di dalam Islam dari kalangan Lelaki: Al-Harith bin Abi Halah.
13. Orang yang Pertama Mati Syahid di dalam Islam dari kalangan Wanita: Sumayyah binti Khabbat.
14. Orang yang Pertama menulis Hadis di dalam Kitab/Lembaran: Abdullah bin Amru bin Al-Ash.
15. Orang yang Pertama Memanah dalam Perjuangan Fisabilillah: Saad bin Abi Waqqas.
16. Orang yang Pertama menjadi Muazzin dan Melaungkan Adzan: Bilal bin Rabah.
17. Orang yang Pertama Sembahyang dengan Rasulullah SAW: Ali bin Abi Tholib
18. Orang yang Pertama membuat Minbar diMasjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary.
19. Orang yang Pertama Menghunuskan Pedangnya dalam Perjuangan Fisabilillah: Az-Zubair bin Al-Awwam
20. Orang yang Pertama Menulis Sirah Nabi Muhammad SAW: Ibban bin Othman bin Affan.
21. Orang yang Pertama Beriman dengan Nabi Muhammad SAW: Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang Pertama Mengasaskan Usul Fiqh: Imam Syafei RH.
23. Orang yang Pertama Membina Penjara di dalam Islam: Ali bin Abi Tholib.
24. Orang yang Pertama Menjadi Raja di dalam Islam: Muawiyah bin Abi Sufyan.
25. Orang yang Pertama Membuat Perpustakaan Awam: Harun Ar-Rasyid.
26. Orang yang Pertama mengadakan Baitulmal: UmarAl-Khattab.
27. Orang yang Pertama Menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW: Ali bin Abi Tholib
28. Orang yang Pertama Membina Menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang Pertama diGelar Al-Muqry: Mus'ab bin Umair
30. Orang yang Pertama akan Masuk ke dalam Syurga Allah SWT nanti: Nabi Muhammad SAW.
Rugi tidak SHARE. Peluang Berdakwah yang MUDAH
Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama
#demi_masa
#IslamForU
💖"Menuntut ilmu adalah takwa. 💙Menyampaikan ilmu ❤️adalah ibadah.
💜Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. 🤍Mencari ilmu adalah jihad."
~ Imam Al-Ghazali ~
#IslamForU
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
👳🏻♀️DAKWAH DI SOSMED📲
🔖Gunakan media sosialmu sebagai Ladang ilmu, Ladang dakwah, menjadi perantara hidayah untuk orang lain.
Sungguh zaman sekarang, antara kemaksiatan dengan ketaatan itu saling kejar kejaran. maka, Jangan sampai kita biarkan kemaksiatan jauh lebih unggul dari pada ketaatan.
#perkongsian_sahabat
#IslamForU
┈┉┅•❖❁🤍❁❖•┅┉┈
🔹Kalam Ulama
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
🖤🌹🤍
❝ Di akhir zaman ini, jangan kalian tinggalkan istighfar dan bersholawat kepada Rasulullah ﷺ. Tidak ada perkara yang lebih besar daripada dua perkara ini di akhir zaman.❞
[Habib Ahmad Yunus Al-Muhdor]
#perkongsiantazkirah
#IslamForU
Dikala hati sedang gundah gulana. Maka Ingatlah Allah! kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang
Jadikan yang tebal itu IMAN, yang nipis itu LIDAH, yang tajam itu AKAL, yang lembut itu HATI, yang ringan itu SOLAT, yang berat itu PAHALA, yang halus itu SUARA, yang luas itu ILMU, yang manis itu SENYUMAN .
-----
#selfReminder
#perkongsian_ilmu
#IslamForU
No comments:
Post a Comment