DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR.
NORHAFIZAH MUSA
Sebanyak apa pun dosa kita....
Betapa pun kita masih terus-menerus menganiaya diri sendiri,
TETAP....
Ada harapan meraih ampunan ALLAH Ta’ala selagi diri ini tak mempersekutukan Allah ‘Azza wa Jalla...
Maka sebesar apa pun dosa kita yang kita perbuat, pintu ampunan masih terbuka...
Kita ini adalah hamba ALLAH yang sentiasa membuat dosa baik dalam keadaan kita sedar ataupun tidak.
Oleh itu, mari lah sama-sama kita muhasabah diri dan sering meminta keampunan daripada ALLAH S.W.T kerana sesungguhnya ALLAH S.W.T. Maha Pengampun dan Maha Penyayang
Renung - renungkan.
Ingatan buat diri sendiri.
Semuga bermanfaat.
Allahumma Salli'ala Sayyidina Muhammad Wa ‘ala Aalihi Wasahbihi Wasallim.
Bi Iznillah.Fi Amanillah.Allahul Musta'an.Insya Allah.
Aamiin.
Kredit :
perkongsian sahabat maya
#IslamForU 🌷☝️
🥒🥒🥒🥒🥒🥒🥒🥒
No comments:
Post a Comment