Saturday, 7 October 2023

 MENGAPA PENYAKIT AIN DISEBUT DALAM AL QURAN DAN HADITH


Penyakit Ain adalah penyakit yg diakibatkan oleh kekaguman melampau, kebencian atau dendam kesumat yang melampau seseorang itu kepada seseorang yg lain. Lalu menyebabkan orang yg dibenci itu ditimpa mudarat dari segi hartanya perasaan emosi jiwa mahu pun jasadnya dengan izin Allah


Penyakit ‘ain adalah thabit di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman didalam Al Quran 


وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ


Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang  kafir itu, hampir-hampir menggelincirmu dan menjatuhkan kamu dengan pandangan mata jahat mereka yang penuh dengan permusuhan dan kebencian

- Surah al-Qalam


Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) "Dengan melalui pandangan mata mereka sahaja  maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka nescaya engkau tidak akan selamat


Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A Nabi SAW bersabda:


الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا


*Maksudnya: Penyakit Al-‘Ain itu benar benar ada Jika ada sesuatu yang dapat menjangkaui qadar maka ‘ain lah yang dapat menjaungkauinya Jika diminta kepada kamu semua untuk mandi untuk penyembuhan diri maka mandilah*

- Riwayat Muslim


#IslamForU






No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...