Sunday, 5 November 2023

 ☆Tadabbur Kalamullah 21 Rabiul Akhir 1445H☆


وَضُرِبَتۡ عَلَیۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَاۤءُو بِغَضَبࣲ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ یَكۡفُرُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ وَیَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَ ٰ⁠لِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ یَعۡتَدُونَ 


"Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Demikian itu disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat Allah (perintah dan mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya) dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh" [Surah al-Baqarah 61]


#Ayat ini dan terdapat banyak lagi ayat al-Quran dan juga hadis Nabi saw berkaitan sifat radikal, degil serta perangai buruk orang Yahudi yang menunjukkan unsur 'Zionisme' sudah pun wujud lama sebelum munculnya fahaman itu yang dikatakan muncul baru sekitar 150 tahun yang lalu. 


#Perangai buruk golongan Yahudi ini juga dirakam jelas dalam al-Quran tatkala mereka dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu. Namun, mereka menggunakan helah dengan memasang jaring sebelum Sabtu dan mengambil ikan yang terperangkap pada jaring itu selepas tamat hari berkenaan. 


#Firman Allah swt:


وَسۡـَٔلۡهُمۡ عَنِ ٱلۡقَرۡیَةِ ٱلَّتِی كَانَتۡ حَاضِرَةَ ٱلۡبَحۡرِ إِذۡ یَعۡدُونَ فِی ٱلسَّبۡتِ إِذۡ تَأۡتِیهِمۡ حِیتَانُهُمۡ یَوۡمَ سَبۡتِهِمۡ شُرَّعࣰا وَیَوۡمَ لَا یَسۡبِتُونَ لَا تَأۡتِیهِمۡۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ نَبۡلُوهُم بِمَا كَانُوا۟ یَفۡسُقُونَ 


"Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik" [Surah Al-Aʿraf 163]


#Perangai buruk, jahat dan kejam mereka berterusan hingga ke saat ini. Semalam Israel Zionis mengakui bahawa mereka telah menjatuhkan 10,000 bom sejak serangan bermula ke atas Gaza dan menganggarkan bahawa jumlah bahan letupan dijatuhkan di Semenanjung Gaza melebihi 25,000 tan. Ini bermakna kira-kira 70 tan setiap kilometer persegi. (Sumber: Shehab Agency) 


#Selain itu, Pejabat Penerangan Kerajaan melaporkan: Jumlah bahan letupan yang jatuh di Gaza adalah sejak bermulanya peperangan pada 7 Oktober 2023 adalah dua kali lebih kuat daripada bom nuklear yang dijatuhkan di Hiroshima. (Sumber: Shehab Agency) 


#Angka kematian dalam serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 adalah kira-kira 9,500 orang, termasuk 3,900 kanak-kanak dan 2,509 wanita. (Laporan daripada Salama Marouf, ketua Pejabat Media Gaza pada Sabtu lalu. Sementara kira-kira 1,540 warga haram Israel telah terbunuh, berdasarkan angka rasmi yang dilaporkan. (Sumber: Anadolu) 


♡Kejahatan Yahudi Israel jelas sebagaimana yang dirakam oleh Allah swt di dalam al-Quran bahkan kekejaman mereka tidak henti-henti hingga ke hari ini. Bangsa yang hidup dengan rutin jahat mereka sejak puluhan tahun yang lalu hingga hari ini dengan membunuh orang yang tidak bersalah iaitu penduduk Palestin dan sekitarnya♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ 


Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Diantara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu  yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya). (HR Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan


Pengajaran:


1.  Seorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.


2.  Antara sifat seorang muslim yang berakhlak adalah sentiasa menyibukkan dirinya dengan perkara yang mulia dan bermanfaat serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah moral.


3.  Menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat dan berfaedah adalah sia-sia apatah lagi jika perkara tersebut haram serta membawa kepada dosa dan maksiat.  Ia merupakan pertanda kelemahan iman. 


4.  Termasuk perkara yang tidak berfaedah ialah bercakap kosong, menulis serta memfowardkan sesuatu yang tidak mendatangkan pahala apatah lagi sesuatu yang tidak benar serta berbentuk fitnah. Termasuk juga menghabiskan masa bermain game, saja duduk di kedai kopi, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau suka menjaga tepi kain orang kemudian memberi komen yang negatif.


5.  Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.


6.  Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.


Hadis 12

#Hadis40ImamNawawi

#BangunkanJiwamu

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


03hb Nov.  2023

19hb Rabiul Akhir 1445H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram





 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Ukhuwah Tanda Kesempurnaan Iman


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ


Daripada Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya: “Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatkannya”. (Sahih Bukhari No: 12) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Ukhuwah sesama Muslim adalah pra syarat kesempurnaan iman seseorang.


2.  Kesempurnaan iman seseorang ditunjukkan dengan sifat mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri.


3.  Ibn Qayyim menyatakan:


a.  Kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain


b.  Sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada sahabat atau menjauhkannya daripada bencana.


4.  Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah telah mempersaudarakan dua kaum iaitu Auz dan Khazraj yang sebelum ini sering berperang dan bermusuhan tanpa henti. Tiada lagi permusuhan antara mereka, bahkan mereka saling berkasih sayang, bantu membantu antara satu sama lain termasuk menghulurkan pertolongan kepada golongan Muhajirin yang baru berhijrah dari Mekah ke Madinah.


5.  Langkah strategik Baginda mempersaudarakan ini demi memastikan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan penduduk Madinah kukuh terpatri. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Negara Madinah yang maju dan makmur.


6.  Jadilah kita orang yang suka agar saudara Muslim kita yang lain mendapat kebaikkan bukan mengharap dia mendapat keburukan.


7.  Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah antara kita. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama.


Marilah kita pertautkan kasih sayang dan ukhuwah. Buang jauh-jauh perselisihan dan perbezaan yang ada. Buktikan kesempurnaan iman kita dengan saling berkasih sayang.


Hadis13

#Hadis40ImamNawawi

#BangunkanJiwamu

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


04hb Nov.  2023

20hb Rabiul Akhir 1445H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram



 ☆Tadabbur Kalamullah 20 Rabiul Akhir 1445H☆


وَضُرِبَتۡ عَلَیۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَاۤءُو بِغَضَبࣲ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ یَكۡفُرُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ وَیَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَ ٰ⁠لِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ یَعۡتَدُونَ 


"Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Demikian itu disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat Allah (perintah dan mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya) dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh" [Surah al-Baqarah 61]


#Sambung bicara tentang kejahatan dan kelicikan Yahudi. 


#Pada akhir abad yang lalu, apabila pemimpin utama Yahudi Zionis iaitu Theodor Herzl menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa era moden pada tahun 1897, dia bergerak untuk mempengaruhi para pemimpin negara dengan kekayaan melalui pengaruh ekonomi yang dimilikinya di seluruh dunia.


#Kemudian, dia dihalau oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid kerana menawarkan rasuah berjuta-juta pound supaya diserahkan bumi Palestin bagi menubuhkan sebuah negara Yahudi. Dengan tegas dan murka, maka Almarhum Sultan Abdul Hamid menjawab:


“Saya tidak akan mencemarkan sejarah nenek moyang saya yang ditulis dengan tinta emas bagi mempertahankan Islam.”


#Yahudi Zionis langsung tidak mengenang jasa Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang menerima puak Yahudi menjadi pendatang dalam wilayah mereka, apabila Yahudi diancam bunuh oleh Kristian yang menguasai Sepanyol selepas kejatuhan kerajaan Islam. Ketika itu, Yahudi diizinkan bermukim dalam wilayah Kerajaan ‘Uthmaniyyah dengan aman selama beberapa abad lamanya.


#Zionis kemudiaannya berjaya mempengaruhi politik beberapa buah negara, khususnya kuasa terbesar iaitu Kerajaan British. Sehingga salah seorang daripada ahlinya iaitu Lord Balfour berjaya ke tahap menjadi Menteri Luar dan Perdana Menteri British.


#Maka, Zionis telah memeterai Deklarasi Balfour pada tahun 1917 mengambil sempena nama beliau, bagi menyerahkan Palestin kepada kumpulan Yahudi. Seterusnya menubuhkan sebuah negara haram Yahudi Israel pada 1948.


#Hasil daripada perjanjian tersebut, berduyun-duyun orang Yahudi dari Eropah, Soviet, Amerika, Afrika dan lain-lain datang memasuki bumi Palestin. Bagi melindungi puak Yahudi yang datang untuk membina penempatan baru itu. 


#Kebanjiran orang-orang Yahudi yang kaya sehingga bertindak membeli tanah, kebun dan rumah dengan harga yang tinggi telah mendapat tentangan oleh para ulamak, khususnya Mufti Palestin iaitu Almarhum Syeikh Haji Muhammad Amin al-Husaini.


#Beliau memberikan fatwa yang mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi kerana beliau dapat mengesan tujuan jahat mereka ke arah menubuhkan sebuah negara Israel. Beliau terpaksa keluar daripada Palestin kerana diburu oleh penjajah British dan Yahudi di mana sahaja beliau berada, sehingga beliau berpindah randah ke Lubnan, Syria, Iraq, Iran, Turki, Jerman, Mesir dan akhirnya beliau menetap di Lubnan.


#Ketua-ketua pengganas dalam kalangan Yahudi Zionis pula dilantik menjadi Perdana Menteri pengganas seperti David Ben-Gurion dan Menachem Begum. Mereka jugalah yang mengetuai pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Deir Yassin pada tahun 1948 dan banyak lagi peristiwa selepas itu, begitu juga peristiwa pembunuhan kejam di kem Sabra dan Shatila yang berlaku di Lubnan pada tahun 1982.


#Apa yang mendukacitakan adalah negara-negara kuasa besar seperti Amerika, Britain dan Perancis menjadi pembekal senjata kepada negara haram Israel, termasuklah senjata pemusnah yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.


... Bersambung...


♡Yahudi Zionis yang kejam membunuh sesiapa sahaja yang ingin dibunuh demi memiliki sebuah negara dan kuasa♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



  PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Apabila Sakit  عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّهُ...