☆Tadabbur Kalamullah 20 Rabiul Akhir 1445H☆
وَضُرِبَتۡ عَلَیۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَاۤءُو بِغَضَبࣲ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَ ٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ یَكۡفُرُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ وَیَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَ ٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ یَعۡتَدُونَ
"Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Demikian itu disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat Allah (perintah dan mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya) dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh" [Surah al-Baqarah 61]
#Sambung bicara tentang kejahatan dan kelicikan Yahudi.
#Pada akhir abad yang lalu, apabila pemimpin utama Yahudi Zionis iaitu Theodor Herzl menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa era moden pada tahun 1897, dia bergerak untuk mempengaruhi para pemimpin negara dengan kekayaan melalui pengaruh ekonomi yang dimilikinya di seluruh dunia.
#Kemudian, dia dihalau oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid kerana menawarkan rasuah berjuta-juta pound supaya diserahkan bumi Palestin bagi menubuhkan sebuah negara Yahudi. Dengan tegas dan murka, maka Almarhum Sultan Abdul Hamid menjawab:
“Saya tidak akan mencemarkan sejarah nenek moyang saya yang ditulis dengan tinta emas bagi mempertahankan Islam.”
#Yahudi Zionis langsung tidak mengenang jasa Kerajaan ‘Uthmaniyyah yang menerima puak Yahudi menjadi pendatang dalam wilayah mereka, apabila Yahudi diancam bunuh oleh Kristian yang menguasai Sepanyol selepas kejatuhan kerajaan Islam. Ketika itu, Yahudi diizinkan bermukim dalam wilayah Kerajaan ‘Uthmaniyyah dengan aman selama beberapa abad lamanya.
#Zionis kemudiaannya berjaya mempengaruhi politik beberapa buah negara, khususnya kuasa terbesar iaitu Kerajaan British. Sehingga salah seorang daripada ahlinya iaitu Lord Balfour berjaya ke tahap menjadi Menteri Luar dan Perdana Menteri British.
#Maka, Zionis telah memeterai Deklarasi Balfour pada tahun 1917 mengambil sempena nama beliau, bagi menyerahkan Palestin kepada kumpulan Yahudi. Seterusnya menubuhkan sebuah negara haram Yahudi Israel pada 1948.
#Hasil daripada perjanjian tersebut, berduyun-duyun orang Yahudi dari Eropah, Soviet, Amerika, Afrika dan lain-lain datang memasuki bumi Palestin. Bagi melindungi puak Yahudi yang datang untuk membina penempatan baru itu.
#Kebanjiran orang-orang Yahudi yang kaya sehingga bertindak membeli tanah, kebun dan rumah dengan harga yang tinggi telah mendapat tentangan oleh para ulamak, khususnya Mufti Palestin iaitu Almarhum Syeikh Haji Muhammad Amin al-Husaini.
#Beliau memberikan fatwa yang mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi kerana beliau dapat mengesan tujuan jahat mereka ke arah menubuhkan sebuah negara Israel. Beliau terpaksa keluar daripada Palestin kerana diburu oleh penjajah British dan Yahudi di mana sahaja beliau berada, sehingga beliau berpindah randah ke Lubnan, Syria, Iraq, Iran, Turki, Jerman, Mesir dan akhirnya beliau menetap di Lubnan.
#Ketua-ketua pengganas dalam kalangan Yahudi Zionis pula dilantik menjadi Perdana Menteri pengganas seperti David Ben-Gurion dan Menachem Begum. Mereka jugalah yang mengetuai pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Deir Yassin pada tahun 1948 dan banyak lagi peristiwa selepas itu, begitu juga peristiwa pembunuhan kejam di kem Sabra dan Shatila yang berlaku di Lubnan pada tahun 1982.
#Apa yang mendukacitakan adalah negara-negara kuasa besar seperti Amerika, Britain dan Perancis menjadi pembekal senjata kepada negara haram Israel, termasuklah senjata pemusnah yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.
... Bersambung...
♡Yahudi Zionis yang kejam membunuh sesiapa sahaja yang ingin dibunuh demi memiliki sebuah negara dan kuasa♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment