Sunday, 30 June 2024

 © ILMU DI MINDAKU ®

┗━━━━━━━━🗒️✒️🍂 ┛


        🟦 SHALAT SUNAT SUBUH LEBIH BAIK DARI DUNIA SEISINYA


عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا ."


◾ Dari 'Aisyah dari Nabi ﷺ, Baginda bersabda: 

" Dua rakaat sunat Fajar (Shalat Sunat sebelum fardhu Subuh) lebih baik daripada dunia seisinya. "

📕 Hadits SHAHIH, Riwayat Muslim No: 1193.


TAZKIRAH RINGKAS:~


          🍃  " Awal pagi selalu dikaitkan dengan rezeki. Namun ramai yang lalai dengannya. Ada yang usaha untuk menyempitkan rezekinya sendiri, ada yang cuba halang rezeki orang lain dan ada yang menempah kefakiran dan kecelakaan ke atas dirinya sendiri. Fikir-fikirkan dan renungkanlah nasihat ini. "``


•┈•⊰✿ৡৢ❁ UIA-110524 ❁ৡ✿⊱•┈•


  🟦🚨 SEBAR TANPA EDIT🚨🟦

#IslamForU

🍂🌈🍂🌈🍂🌈🍂🌈🍂🌈🍂



🌸🔳🌸


7 KALIMAH PENGHAPUS DOSA


Barang siapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan :


①. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak  melakukan sesuatu.


②. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai    melakukan sesuatu.


③. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.


④. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.


⑤. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika   menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


⑥. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika  menghadapi dan menerima musibah.


⑦. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad  Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


Semoga Allah melapangkan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah buat sahabat yang mengucapkan Aamiin.


📓 KALAM ULAMA 👳‍♀️


#tazkirah_agama 

#IslamForU






PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


*Banyak Ketawa Mematikan Hati*


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُكْثِرُوا الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ


_*Daripada Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati."*_ (HR Ibnu Majah No: 4183) Status: Hadis Hasan


*Pengajaran:*


1.  Ketawa adalah fitrah manusia, namun perlu berkadaran bukan berlebihan.


2.  Kata Abul-Fath Al-Busti, seorang penyair terkenal:


Berikanlah istirehat pada tabiat kerasmu yang serius

Relekkan dahulu dan hiasilah dengan sedikit gurau senda

Tetapi jika engkau berikan gurau senda kepadanya, jadikanlah ia

Seperti kadar engkau memasukkan garam kepada makanan


3.  Jangan banyak tertawa kerana ia akan mematikan hati. Kata al-Mawardi:


وَأَمَّا الضَّحِكُ فَإِنَّ اعْتِيَادَهُ شَاغِلٌ عَنْ النَّظَرِ فِي الْأُمُورِ الْمُهِمَّةِ ، مُذْهِلٌ عَنْ الْفِكْرِ فِي النَّوَائِبِ الْمُلِمَّةِ. وَلَيْسَ لِمَنْ أَكْثَرَ مِنْهُ هَيْبَةٌ وَلَا وَقَارٌ، وَلَا لِمَنْ وُصِمَ بِهِ خَطَرٌ وَلَا مِقْدَارٌ. 


*Adapun tertawa, apabila seseorang membiasakannya dan terlalu banyak tertawa, maka ia akan melalaikan dan melupakannya dari melihat perkara yang penting. Orang yang banyak tertawa, tidak akan memiliki wibawa dan kehormatan. Orang yang terkenal banyak ketawa tidak akan memiliki kedudukan dan martabat*


4.  Ingatlah pesanan Rasulullah: *Dari Abu Hurairah ia berkata: Suatu ketika Nabi SAW mendatangi sekelompok sahabat yang sedang tertawa sambil berbincang. Baginda bersabda: Demi jiwaku ditangan Nya, andai kata kalian tahu apa yang aku ketahui nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis* (HR Ibnu Hibban 2/73) Status: Sahih dalam kitab Silsilah Ahadits Ash-Sahihah (3193).


5.  Wasiat Hasan Al-Bana: Jangan terlalu banyak tertawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah akan tenteram dan tenang. 


Marilah kita hidup dalam suasana banyak senyuman dan mengurangkan ketawa yang melalaikan.  


30hb Jun 2024

23hb Zulhijjah 1445H


Kredit : Abu Imtiyaz

#IslamForU



_Syukur nikmat IMAN dan NAFAS yg diberi oleh ILAHI kpd kita pagi ni, Semuga kita semua bersemangat dan berinspirasi dalam menjalani kehidupan hari ini dengan keimanan dan redha ALLAH, semuga apa yang berlaku dihari semalam dijadikan nasihat diri dan sebagai pelajaran dan menyungsung hikmah._


_Jadikanlah disetiap nafasmu, adalah permata yang tidak ternilai harganya, Sentiasa muhasabah diri kita, kerana Allah sentiasa mengawasi pergerakan kita, Semuga kita dapat memelihara dan menjaga  diri serta hati kita pada setiap detik dan waktu untuk terus mempunyai kekuatan hubungan dengan Allah, terpelihara segala lisan, perbuatan, niat dan amal._Aminn


#IslamForU



*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم*


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ


۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞


*🏵️7 Golongan Dalam Perlindongan Allah SWT Di Hari Kiamat🏵️*


Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Ada tujuh golongan yang Allah melindungi mereka dalam lindungan-Nya pada hari kiamat, pada hari ketika tiada perlindungan selain perlindungan-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang sentiasa dalam beribadah kepada Allah, seseorang yang senantiasa mengingati Allah ketika bersendirian sehingga matanya berlinang, seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, seseorang yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan, namun dia menjawab: "Saya takut kepada Allah' serta seseorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu terhadap amalan tangan kanannya." Riwayat al- Bukhari


TERUS ISTIQOMAH


Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama..

#perkongsianilmu 

#IslamForU





Tazkirah#


Ikhlas itu adalah kerana  lillahi taala semata..


Tanda ikhlas itu apabila hati, ikrar mulut dan perbuatannya sama selari semuanya..


Neraka di ancam bagi yang ingkar. Syurga dijanjikan bagi yang thaat.


Ya Allah lindungilah kami daripada api neraka..

Ya Allah lindungilah kami dari api neraka..

Ya Allah lindungilah kami dari api neraka..


Ya Allah jadikanlah kami ahli syurga..

Ya Allah jadikanlah kami ahli syurga..

Ya Allah jadikanlah kami ahli syurga..


Allahumma SHOLLI 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Ali Sayyidina Muhammad walhamdulillahi rabbil Alamin amiiin ya Rabbal Alamin


#perkongsianilmu 

#IslamForU





🌻Zikir Hari Ahad:🌻

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ


Yaa haiyyu , yaa qoyyum


🔖Maksud : “Wahai Allah yang tetap hidup dan tetap mengurus urusan makhluk”


📍Fadhilat :  Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai setiap manusia


💌Imam Al-Ghazali menyatakan:


“Siapa yang menginginkan keuntungan, mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari bahaya dan tipu daya musuh, diindahkan tutur katanya dan luas rezekinya, maka bacalah kalimat ini.”


🍁 ⋮ #ZIKIRHARIAN

#IslamForU




🟦 SHALAT QABLIYYAH DAN SHALAT BA'DIYYAH ZUHUR

Daripada Saiyidah Ummu Habibah, RasuluLlah ﷺ bersabda (maksudnya): " Sesiapa yg SHALAT 4 rakaat sebelum Zuhur dan 4 rakaat selepasnya, TIDAK AKAN DISENTUH API NERAKA


Hadits SHAHIH Riwayat an-Nasaa'i no. 1817; at-Turmudzi no.428.

Sunat Qabliyah: Antara azan Zuhur sehingga ke Shalat Fardhunya.

Sunat Ba'diyah: Setelah Shalat Fardhu Zuhur sehingga ke waktu Asar

Lakukan 2 rakaat 2 rakaat SECARA BERASINGAN (pendapat imam Malik, imam asy-Syafi'e, imam Ahmad) dan boleh juga 4 rakaat dengan 1 salam (pendapat imam Hanafi)

Boleh dirujuk: Syarah an-Nawawi 'Ala Muslim, 6/20

  " ILMU diUkur BUKAN pada sejauh mana seseorang itu menuntut. Sebenarnya ILMU itu diTentukan pada KEFAHAMAN dan AKHLAK yang dimiliki oleh seseorang .

               ( UIA - 060124 )

" HIDUPLAH sebagai orang yang memberi KHIDMAT dan KESENANGAN kepada orang lain dan JANGANLAH sebagai orang yang memberi LAKNAT dan MENYUSAHKAN orang lain . 

               ( UIA - 250324 )

  🚨 SEBAR TANPA EDIT🚨

#IslamForU



🗒️✒️🍂

      ©ILMU DI MINDAKU®


SHALAT SUNAT 4 RAKA'AT


Drpd Saiyidina Ali, katanya: Adalah Nabi Shalat SEBELUM Fardhu Asar 4 rakaat, dipisahkan antaranya dgn Salam kpd Malaikat Muqarrabin dan sesiapa yang mengikut mereka dari kalangan muslimin dan mukminin

Hadits HASAN Riwayat at-Turmudzi no. 429; Ibnu Majah no. 960.


◾Daripada Ibnu Umar Radhiallahu'anhuma, sabda Rasulullah : Allah merahmati seorang yang Shalat 4 rakaat sebelum Asar..

Hadits SHAHIH, riwayat Abu Daud no. 1271. DiShahihkan oleh Ibnu Hibban, disokong status Shahihnya oleh Syeikh Ahmad Syakir dlm Ta'liq Musnad Ahmad 5/325


ANCAMAN TINGGAL SHALAT


Drpd Ibnu Umar Radhiallahu'anhuma, Rasulullah ﷺ juga bersabda (maksudnya) :

"Orang yang melewatkan Shalat Asar, seolah-olah dia telah kehilangan keluarga dan hartanya.

📗 Hadits SHAHIH Riwayat Al-Bukhari no. 552 dan Muslim no. 626


 SEBAR TANPA EDIT

#IslamForU




ALLAHUMMA A’INNI ‘ALA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI ‘IBADATIK

Ya Allah, tolonglah kami agar selalu berdzikirmengingat-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbagus ibadah pada-Mu

🕌🌸🍃🕋

Moga Allah kurniakan Kita sahabat yang baik , soleh, dan menjadi perantaraan Kita semakin dekat dengan Allah.


Salam asar sahabat fillah Semoga dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aamiin aamiin ya rabbal alamin 🤲🤲🤲🤲🤲


#demi_masa 

#IslamForU



┏🗒️✒️🍂 ━━━━━━━━━┓

      © ILMU DI MINDAKU ®


🟦 SHALAT FARDHU ISYA' / SUBUH BERJAMAAH


◾ Drpd 'Utsman bin 'Affan, Rasulullah ﷺ bersabda (maksudnya): Barangsiapa mendirikan SHALAT ISYA' BERJAMAAH, dia seolah-olah mendirikan shalat separuh malam. Dan barangsiapa mendirikan SHALAT 'ISYA' DAN SHALAT SUBUH BERJAMAAH pula dia seolah-olah mendirikan shalat sepanjang malam.

📚 Hadits SHAHIH Abu Daud no. 555; Ahmad 1/242; At-Turmudzi no. 221.


💞 YA ALLAH, TERIMALAH SEMUA IBADAH KAMI SEWAKTU BULAN RAMADHAN YANG LALU DAN PERKENANKANLAH DOA² KAMI, AAMIIN YA ROBBAL 'AALAMIIN.(uia-110424)


  🚨 SEBAR TANPA EDIT 🚨

#IslamForU 

🍃💦🍃💦🍃💦🍃💦🍃💦














No comments:

Post a Comment

 [26/7/25, 21:35:14] KSC Hamidi: (A'uzubi izzatillah wakudratihi min syarrima Ajidu waa u'haadzir) [26/7/25, 21:35:47] KSC Hamidi: (...