☆Tadabbur Kalamullah 11 Zulhijjah 1445H☆
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
"Dan bacakanlah ke atas mereka itu berkenaan berita dua anak Nabi Adam dengan kebenaran, ketika mana keduanya melaksanakan ibadah korban, lalu diterima korban salah seorangnya dan tidak diterima korban yang satu lagi. (Qabil) berkata: Nescaya aku akan membunuh kamu. Sesungguhnya Allah hanya menerima dari kalangan orang yang bertakwa" [Surah al-Maidah 27]
#Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa perbuatan korban ada dinyatakan di dalam al-Quran. Sekiranya kita melihat kepada tafsiran para ulamak terhadap ayat ini, ia sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash r.a beliau berkata: "Sesungguhnya dua anak Adam yang melaksanakan korban lalu diterima korban salah seorang dari mereka dan tidak diterima korban dari yang satu lagi. Salah seorangnya (Qabil) adalah merupakan pemilik kebun dan yang satu lagi merupakan pemilik kambing. Keduanya diperintahkan untuk melakukan korban. Pemilik kambing mempersembahkan kambing paling bernilai, paling gemuk, dan yang terbaik yang dimilikinya. Manakala pemilik kebun mempersembahkan hasil tanamannya yang paling buruk dan tidak elok. Lalu Allah S.W.T menerima korban pemilik kambing dan tidak menerima korban pemilik kebun tersebut. (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azhim)
#Hari raya hari bahagia, riang gembira. Hari Raya Qurban merupakan hari kemenangan dan kegembiraan. Allah limpahkan perasaan itu di dalam hati hamba-hambaNya yang beriman, yang sabar, tabah dan berterusan dalam perjuangan.
#Hari Raya Korban adalah hari di mana kita belajar makna penebusan dan pengorbanan. Maka alangkah bahagianya mereka yang menghulur dan memberi, yang berbelanja dan berkorban, yang mengharap ganjaran dan keredhaan Tuhan. Mereka itulah orang yang paling layak untuk bergembira. Mereka itulah yang paling besar ganjarannya.
#Allah swt takdirkan sebahagian kita bergembira pada hari raya dengan bertemu orang-orang tersayang dari kalangan ahli dunia, iaitu kaum kerabat serta sahabat-sahabat. Sebahagian yang lain terutama di bumi Palestin, Allah anugerahkan mereka kegembiraan terpilih sebagai syuhada' yang mulia dan terpilih. Itulah nilai pengorbanan demi mendapat sesuatu yang membahagiakan.
#Setiap umat Islam diseru untuk berusaha sedaya upaya mengambil kesempatan melaksanakan ibadah qurban ini yang hanya berlaku sekali dalam setahun dan mengambil iktibar untuk menjadi muslim yang soleh.
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)" [Surah al-Kawthar 2]
♡Semoga amalan korban kita diterima disisi Allah swt. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment