☆Tadabbur Kalamullah 2 Zulhijjah 1445H☆
وَٱلۡفَجۡرِ * وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ
"Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)" [Surah al-Fajr 1-2]
#Kita telah sampai kepada awal Zulhijjah yang mana keistimewaannya amat hebat dan besar. Disebabkan kelebihan ini ramai di kalangan ulamak yang beramal menghidupkan hari-hari istimewa ini.
#Terdapat hadis yang diriwayatkan secara khusus berkenanan puasa, qiamullail, dan memperbayakkan zikir pada tempoh tersebut. Hal ini terdapat dalam hadis riwayat Sayidina Abu Hurairah r.a, hadis mursal Rasyid bin Sa'd, suatu riwayat daripada hadis al-Hasan, Ibnu Sirin dan Qatadah tentang ibadah puasa pada tempoh itu.
#Diriwayatkan dalam kitab al-Musnad dan Sunan, daripada Sayidatina Hafsah r.ha:
كَانَ لَا يَدَعُ صِيَامَ عاشوراءَ والعَشر وثلاثة أيام من كُلِّ شَهْرٍ
"Bahawa Nabi SAW tidak meninggalkan puasa pada hari Asyura, 10 hari (terawal Zulhijjah), dan tiga hari setiap bulan" (Riwayat Ahmad dan an-Nasaie. Hadis daif)
#Diriwayatkan juga daripada salah seorang isteri Nabi saw:
أَﻥّ اﻟﻨَّﺒِﻲ ﺻَﻠّﻰ اﻟﻠﻪُ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻛَﺎﻥَ ﻻ ﻳَﺪَﻉٌ ﺻِﻴَﺎﻡَ ﺗﺴﻊِ ﺫِﻱ اﻟﺤِﺠّﺔِ
"Bahawa Nabi saw tidak meninggalkan puasa 9 Zulhijjah" (HR Abu Daud)
#Antara individu yang berpuasa selama 9 hari terawal Zulhijjah ialah Sayidina Abdullah bin Umar r.a.
#Berkenaan qiamullail pada 10 malam terawal Zulhijjah, ia sangat digalakkan. Kebiasaan Imam Sa'id Bin Jubair, apabila tiba 10 hari terawal Zuhijjah, beliau sangat bersungguh-sungguh beramal sehingga hampir-hampir tidak berdaya melakukannya.
#Diriwayatkan daripadanya lagi, katanya: "Janganlah kamu memadamkan pelita pada waktu malam selama 10 hari ini kerana ibadah sangat disukai untuk dilakukan saat itu".
#Adapun galakkan memperbanyakkan zikir, firman Allah swt ini menjadi dalilnya:
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ
"Dan supaya menyebut nama allah pada hari-hari yang dimaklumi" [Surah al-Hajj 28]
#Hari-hari yang dimaklumi itu ialah 10 hari terawal Zulhijjah menurut jumhur ulamak.
#Diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad daripada Ibnu Umar r.a, daripda Nabi saw, Baginda bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إلِيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ أَوْ قَالَ : هَذِه الْأيَّامِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّسْبِيح وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ وَالتَّهْلِيلِ
"Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil, takbir, dan tahmid padaNya" (HR Ahmad)
♡Marilah kita beramal dan perbanyakkan amal kebajikan disepanjang bulan Zulhijjah ini. Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk sentiasa melakukan amal soleh untuk bekalan di akhirat kelak. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment