*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*
🕌 *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* 🕌
📆 *TARIKH : 28 ZULHIJJAH 1445H/ 5 JULAI 2024*
📜 *_TAJUK: ROH PERSAUDARAAN DI DALAM PERISTIWA HIJRAH_*
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 218 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
👉1️⃣- Bertaqwa kepada Allah SWT.
👉2️⃣- Awal Muharram adalah suatu titik bersejarah dalam kehidupan Islam. Bulan ini juga mengingatkan kita tentang peristiwa hijrah Rasullulah SAW dari kota Mekkah ke kota Madinah. Peristiwa ini memberi gambaran yang jelas mengenai erti sebuah pengorbanan & kejayaan yang didasari oleh keyakinan kukuh kepada perintah Allah SWT.
👉3️⃣- Rasullulah SAW telah berdakwah kepada penduduk Mekkah selama 13 tahun, dan selama itu jugalah Baginda telah menyerahkan seluruh kehidupannya untuk menyampaikan seruan dakwah kepada penduduk Mekkah. Akan tetapi usaha Baginda menerima tentangan yang sangat hebat daripada penduduk Mekkah.
👉4️⃣- Tekanan demi tekanan dari segenap penjuru telah diterima oleh Rasullulah SAW & para sahabat. Ada yang disiksa kerana keimanannya kepada Allah, bahkan ada yang dibunuh dengan kejam kerana menjadi pengikut nabi Muhammad SAW. Memandangkan keadaan umat Islam ketika itu semakin tertekan & bertambah buruk, Allah SAW memerintahkan orang beriman berpindah ke bumi Madinah.
👉5️⃣- Penghijrahan ini bukanlah disebabkan oleh perasaan takut ataupun lari dari menerima ujian, akan tetapi perpindahan ini bertujuan untuk menjamin keselamatan umat Islam.
👉6️⃣- Keimanan & kemuliaan hati penduduk Madinah yang digelar kaum Ansar adalah merupakan lambang keimanan yang sejati. Allah SWT merakamkan pujiannya terhadap kaum Ansar dalam Surah Al-Hasr ayat 9 yang bermaksud “ Orang (Ansar) yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman sebelum (kedatangan) mereka, mengasihi orang yang berhijrah ke tempat mereka. Mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin) dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin) lebih daripada diri mereka sendiri meskipun mereka juga memerlukan. Dan sesiapa yang dilindungi daripada sifat bakhil, mereka itulah orang yang berjaya’’.
👉7️⃣- Penyatuan dua tunggak utama iaitu golongan Muhajirin & Ansar dalam peristiwa hijrah adalah kunci utama kejayaan dakwah Rasullulah SAW. Pengorbanan yang dilakukan oleh kaum Muhajirin yang sanggup meninggalkan kampung halaman & harta kekayaan mereka adalah merupakan suatu lambang pengorbanan yang hakiki.
👉8️⃣- Sejarah juga membuktikan golongan Ansar turut menzahirkan pengorbanan yang mulia. Antaranya ialah Saidina Abu Ayob Al-Ansori RA telah menjadikan rumahnya sebagai tempat tinggal sementara bagi Rasullulah SAW. Ada juga orang Ansar yang ingin menyerahkan kebun kurma kepada golongan Muhajirin. Namun Rasullulah menyarankan agar pokok kurma diusahakan bersama agar hasilnya nanti boleh dibahagi-bahagikan bersama.
👉9️⃣- Roh & semangat persaudaraan inilah yang sangat penting untuk kita semua contohi. Mereka tidak mengenali antara satu dengan yang lain, akan tetapi mereka sanggup berkorban apa sahaja terhadap saudara sesama muslim demi kecintaan mereka kepada Allah & Rasulnya.
👉🔟- Diriwayatkan daripada Nu'man Bin Bashir RA, Rasullulah SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Perumpamaan orang mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi sesama mereka adalah ibarat satu jasad, apabila satu anggota badan itu sakit, maka seluruh badan yang lain akan merasakan sakit (iaitu sukar tidur & merasa demam) ’’. (Hadis riwayat Imam Muslim).
👉1️⃣1️⃣- Kesimpulannya, peristiwa hijrah adalah merupakan peninggalan yang perlu diambil berat kerana segala pengorbanan yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dan para sahabat telah berjaya membawa dakwah Islam keseluruh pelusuk dunia. Nilai persaudaraan dalam akidah ini perlu dijadikan iktibar & terus dikekalkan sehingga akhir hayat. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujjurat ayat 10 yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat ’’.
Waallahua’lam.
No comments:
Post a Comment