Friday, 19 July 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 14 Muharram 1446H☆


وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا * وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا


"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" [Surah al-Isra’ 23-24] 


#Makna ayat di atas adalah Allah memerintahkan untuk berbuat baik kepada kedua orang tua dan juga Allah memerintahkan agar kita berbuat baik dan berbakti kepada kedua orang tua kita.


#Perintah untuk berbakti kepada kedua orang tua kerana kasih sayang, pemberian serta pengorbanan mereka yang sangat besar dalam mendidik dan menjaga anak mereka hingga dewasa. Hal itu merupakan sebuah kesetiaan dan harga diri untuk membalas kebaikan dan jasa mereka, iaitu dengan bersikap baik dan berakhlak terpuji kepada mereka. Atau dengan memberi apa yang mereka perlukan jika si anak dalam keadaan berkemampuan. Oleh kerana itu, Allah swt menjelaskan beberapa bentuk kebaikan untuk kedua orang tua. (Lihat: Tafsir al-Munir)


#Ingat!! Jangan sesekali membantah kedua ibu bapa walau sekiranya kita benar sekalipun!


#Berbakti bukan sekadar satu kucupan di kepala ibu atau ayah atau di tangan kedua-duanya atau di tapak kaki mereka, dan jangan menyangka bahawa seseorang itu telah mencapai kemuncak keredhaan mereka dengan sekadar kucupan itu.


#Bakti yang sebenarnya ialah seorang anak itu:


1. Dapat menghidu apa yang terselit dalam hati ibu dan ayahnya, kemudian di laksanakannya tanpa menunggu mereka menyuruhnya.


2. Mengetahui apa yang membahagiakan keduanya, lalu segera lakukan.  


3. Memahami apa yang menyakitkan mereka, lalu berusaha supaya tidak akan melakukan perkara tersebut selama-lamanya.


4. Kadang-kadang dapat rasa ada sesuatu yang diingini oleh mereka, lalu segera menghadirkannya walaupun hanya secawan teh.


5. Sangat mengambil berat tentang kerehatan mereka walaupun terpaksa mengetepikan kesenangan kita. 


6. Memastikan cukup kerehatan mereka berdua. Jangan biarkan mereka bersusah payah untuk kesenangan kita. Cukuplah kesusahan yang telah dicurahkan sejak melahirkan kita sehingga kita mencapai usia sekarang. 


7. Sentiasa membuatkan mereka gembira, tertawa dan ceria. 


8. Curahkan ke atas keduanya daripada harta kita walaupun mereka memiliki berjuta-juta, tanpa kita fikirkan apa yang ada dalam miliknya, tanpa kita fikirkan sama ada mereka berhajat atau tidak. Sesungguhnya apa yang kita telah capai sekarang semuanya hasil jerit perih mereka berdua, berjaga malamnya, kepenatannya yang telah dialaminya sepanjang menjaga kita.


♡Semoga Allah rahmati kedua ibubapa kita. Semoga Allah berkati umur mereka yang masih hidup bersama kita dan ampuni mereka yang sudah tiada. Rebutlah peluang keemasan untuk menggapai keredhaan dan Syurga dengan bakti kepada mereka♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...