☆Tadabbur Kalamullah 17 Muharram 1446H☆
لَّا یُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوۤءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِیعًا عَلِیمًا
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah an-Nisāʾ 148]
#Imam an-Nawawi rahimahullah telah meletakkan dalam kitabnya satu tajuk berkait hukum mendoakan golongan zalim dalam kitabnya al-Azkar iaitu: "Bab: Harus bagi seorang manusia untuk mendoakan keburukan kepada orang yang menzalimi orang-orang Islam atau menzalimi dirinya sendiri".
#Berkata Syeikh Muhammad Allan as-Siddiqi as-Syafie ketika menghuraikan tajuk ini: "Maksud harus yang disebut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat".
#Rasulullah saw pernah mendoakan para pemimpin yang baik dan yang zalim dengan doa ini:
اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ هَذِهِ أُمَّتِي شَيْئاً فَرَفَقَ بِهِمْ، فَارْفُقْ بِهِ. وَمَنْ شَقَّ عَلَيْهَا فَاشْفُقْ عَلَيْهِ.
"Ya Allah, siapa sahaja yang memimpin/mengurus urusan umatku ini, yang kemudian ia menyayangi mereka, maka sayangilah ia. Dan siapa sahaja yang menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia" (HR Muslim)
#Hadis ini merupakan satu motivasi bagi para pemimpin untuk menyayangi rakyatnya. Juga menjadi ancaman bagi para pemimpin yang zalim kepada rakyatnya dengan ancaman kesengsaraan.
#Dalam hadis diatas juga menunjukkan Rasulullah saw mendoakan pemimpin yang zalim secara umum. Yang disebutkan oleh baginda adalah sifatnya, iaitu yang zalim kepada umat. Bukan nama atau individu secara spesifik. Maka dibolehkan mendoakan kesengsaraan bagi mereka yang zalim.
#Selain itu, dalam riwayat lain:
أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية
"Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa: Ya Allah laknatilah Bani Ri’l, Zakwan dan ‘Usayyah (nama2 kabilah)" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Sabda Nabi saw:
اتَّقُوا دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ
" Berhati-hatilah kalian dari doa orang yang dizalimi" (HR Ahmad)
#Selain itu, kita semua diperintahkan sentiasa memohon perlindungan daripada orang zalim. Firman Allah swt:
رَبِّ فَلَا تَجۡعَلۡنِی فِی ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِینَ
"Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu" [Surah al-Muʾminūn 94]
فَخَرَجَ مِنۡهَا خَاۤىِٕفࣰا یَتَرَقَّبُۖ قَالَ رَبِّ نَجِّنِی مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِینَ
"Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim" [Surah al-Qaṣaṣ 21]
قَالُوا۟ رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِینَ
"Mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim" [Surah al-Aʿrāf 47]
♡Doalah kebaikan kepada semua manusia, moga mereka berubah menjadi baik. Namun, jika mereka tersangat zalim, tidaklah salah mendoakan kebinasaan kepada mereka♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment