Monday, 1 July 2024

 *◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*


*PAHALA UNLIMITED*


Ada tiga amalan yang pahalanya tanpa batas.


1️⃣. Memaafkan. Allah ﷻ berfirman:


فَمَنْ عَفَا وَاَصْلَحَ فَاَجْرُهٗ عَلَى اللّٰهِ ۗ


_“Akan tetapi, siapa yang memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat), maka pahalanya dari Allah.”_ (Surah asy-Syura: 40)


2️⃣. Bersabar. Allah ﷻ berfirman:


اِنَّمَا يُوَفَّى الصّٰبِرُوْنَ اَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ.


_"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas.”_ (Surah az-Zumar: 10)


3️⃣. Berpuasa. Rasulullah ﷺ bersabda, _"Allah ﷻ berfirman:_


كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ.


_“Seluruh amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya.”_ (HR. al-Bukhari, no. 1761 & Muslim, no. 1946)


Semoga kita dapat meraih ganjaran pahala tanpa batas.🤲


Wallahu a'lam.


#AbuFaqihCentre

#MengajiSepanjangHayat

#MogaBermanfaat

#SebarkanIlmu

#IslamForU 

--------------------------------------




No comments:

Post a Comment

 [26/7/25, 21:35:14] KSC Hamidi: (A'uzubi izzatillah wakudratihi min syarrima Ajidu waa u'haadzir) [26/7/25, 21:35:47] KSC Hamidi: (...