Tadabbur Diri 15
Imam Al Ghazali menyarankan satu modul tadabbur diri sebagai satu muhasabah yang perlu dilakukan setiap hari. Masa terbaik ialah waktu selepas solat subuh.
Katanya:
“Maka hendaklah engkau memikirkan betapa banyak dosa-
dosa dan ketaksiranmu (kecuaian) di dalam berbuat ibadat terhadap
Tuhanmu”
“dan engkau fikirkan pula betapa engkau berani mendedahkan dirimu menghadapi seksaan Tuhanmu yang pedih dan kemurkaanNya yang sangat besar.”
“Dan hendaklah pula engkau fikirkan susunan waktumu (seharian) dengan menentukan wirid yang akan engkau baca di sepanjang hari nanti supaya engkau dapat menyempurnakan wirid-wirid yang luput dari sebab ketaksiranmu”.
“dan hendaklah engkau
fikirkan bagaimana engkau boleh menjaga diri di sepanjang hari”
“dan hendaklah pula engkau berniat untuk membuat apa sahaja kebaikan kepada orang-orang Islam”
“dan hendaklah engkau ber-
azam bahawa engkau di sepanjang hari nanti tidak akan membuat sesuatu kecuali hanya taat kepada Alah ta’ala semata-mata”
“ dan hendaklah engkau niatkan untuk membuat ketaatan yang termampu engkau membuatnya “
dan hendaklah engkau pilih yang terlebih afdhal (utama) di antara
segala ketaatan”
“ dan hendaklah engkau fikirkan dengan teliti bagaimana cara mempersiapkan kemudahan pelaksanaan ketaatan tersebut”
“dan jangan lupa engkau memikirkan bahawa ajalmu itu sangat dekat kepadamu dan bahawa kematian itu bila-bila masa boleh datang memutuskan segala rancanganmu dan
bahawa kematian itu di luar daripada ikhtiarmu “
“dan engkau fikirkan juga betapa besarnya kerugian dan penyesalan bagi seseorang yang tidak membuat persiapan untuk matinya.”
Justeru, wahai diri!
حَاسِبُوا أنفُسَكم قَبلَ أن تُحَاسَبوا
Hisablah dirimu sebelum kamu akan dihisab
(Kata-kata Sayyidina Umar Al Khattab)
ABi
No comments:
Post a Comment