_*#Salam #Tahun #Baru #1446H*_
Ada yg bertanya..Ustaz , untuk Tahun baru Maal Hijrah ini..Apa nasihat Ustaz untuk saya..
Nasihat saya..
"Kita Masih di Beri peluang Oleh Allah di panjangkan Usia..maka kita muhasabahlah diri kita..adakah apa yg kita buat selama ini mendekatkan diri Kita kepada Allah atau makin menjauhkan Kita dari Allah ..makin mendekatkan diri Kita kepada Sunnah Rasulullah Saw ataupun makin menjauhkan Kita dari Sunnah Rasulullah Saw...kerana takat ukur kecintaan Allah pada Kita sejauh mana kita semakin dekat dgn Sunnah Rasulullah Saw..
Kalau pekerjaan yg Kita buat sekarang...makin dekatkan Kita dgn Allah dan kita semakin ihtimam dgn Sunnah itu tanda pekerjaan Kita di Redhai Allah...
tapi Sebalik nya kalau pekerjaan Kita makin menjauhkan Kita dari Allah..Kita semakin kurang Baca Al-Quran..semakin susah untuk kita lapangkan masa keluar jalan Allah..semakin Tak dapat jaga Solat awal waktu apathlg berjemaah di Masjid..Kita semakin Tak dpt jaga Qiamulail di malam hari..Kita semakin renggang dgn keluarga..Kita dah berapa ambil berat tentang Halal Haram apathlg yg syubhah walaupun Kita memakan dan mengambil yg bukan Hak kita..semakin jauh dari Sunnah..lebih menyedihkan Sunnah yg selama Ini Kita istiqomah telah terlucut dari diri Kita..
ini petanda pekerjaan Kita itu tidak di Redhai Allah walaupun Kita nampak ianya baik pada pandangan mata Kita..
Hakikatnya tiada apa² kebaikan pada mana² pekerjaan yg menjadi asbab Kita makin jauh dari Allah dan makin jauh dari Sunnah Rasulullah Saw sehingga Amal yg selama ini kita dpt jaga dgn istiqomah telah terlucut dari diri Kita...
Kita sahaja yg menyangka ianya baik dan sedang berbuat baik tapi apabila bercampur dgn kebatilan tanpa sedar hakikatnya Kita telah termasuk dlm golongan yg Allah sebut dalam Al-Quran:
قُلْ هَلْ نُـنَبِّئُكُمْ بِا لْاَ خْسَرِيْنَ اَعْمَا لًا .
اَ لَّذِيْنَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ صُنْعًا.
"Katakanlah (wahai Muhammad):
"Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan Orang-orang yang paling Rugi Amal-amal perbuatannya?
"Iaitu Orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang *mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan*."
(QS. Al-Kahf 18: Ayat 103- 104)
Sedarlah dari lamuanan...Allah Masih beri masa untuk Kita betulkan sebelum terlambat... kejayaan seluruh Manusia dalam Agama .Sejauh mana kita dpt mentaati Perintah Allah dgn cara Rasulullah Saw seperti yg di pandu Oleh Para Alim Kita...inilah kejayaan yg sebenar.. semoga Allah menerima Kita semua menjadi asbab hidayat dan manfaat kebaikan untuk seluruh umat..Amin
Us khann Daie
Muhajir Madani
Salam Maal Hijrah
1446H
No comments:
Post a Comment