Sunday, 25 August 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 21 Safar 1446H☆


وَمِنۡهُمُ ٱلَّذِینَ یُؤۡذُونَ ٱلنَّبِیَّ وَیَقُولُونَ هُوَ أُذُنࣱۚ قُلۡ أُذُنُ خَیۡرࣲ لَّكُمۡ یُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَیُؤۡمِنُ لِلۡمُؤۡمِنِینَ وَرَحۡمَةࣱ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡۚ وَٱلَّذِینَ یُؤۡذُونَ رَسُولَ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ 


"Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah at-Tawbah 61]


#Menjadi Sunnatullah bagi orang yang melakukan kerja dakwah dan perjuangan menegakkan Islam bahawa pasti akan berdepan dengan hinaan, celaan dan fitnah yang pelbagai. 


#Hal ini kerana musuh-musuh Islam giat menyebarkan hasutan, mencipta berita-berita palsu, menyebarkan fitnah agar pendakwah-pendakwah merasa putus asa untuk meneruskan kerja dakwah sekaligus meninggalkan medan ini dan akhirnya musuh-musuh ini akan bermaharajalela menyebarkan fikrah mereka yang menyesatkan kebanyakan manusia.


#Menurut Imam at-Tabari: "Isteri Nabi Lut memanggil suaminya (Nabi Lut) sebagai orang gila kerana melawan perbuatan kaumnya terkutuk yang mengamalkan seks sejenis. Begitulah fitrahnya perjuangan Nabi Lut Alaihissalam dahulunya, melawan golongan pengamal homoseksual dipanggil gila". (Lihat: at-Tabari, Jami’ al-Bayan) 


#Begitulah juga halnya dengan Nabi Nuh, Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang dituduh gila, sesat dan sebagainya kerana mengajak manusia kepada tauhid, menyembah Allah, Tuhan yang satu. 


#Namun, satu perkara yang menjadikan para Rasul dan baginda Rasulullah saw terus kekal memperjuangkan Islam hingga ke hujung nyawa mereka ialah keyakinan terhadap janji Allah swt bahawa Allah pasti akan menolong hambanya selagi berada diatas jalan kebaikan. 


وَلَیَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن یَنصُرُهُۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِیٌّ عَزِیزٌ 


"Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa" [Surah Al-Ḥajj 40]


#Ingatlah, apa sahaja yang kita usahakan pada hari ini, yakinlah bahawa Allah sedang menilai, tiada satu pun yang terlepas daripada pandangan Allah swt. 


وَقُلِ ٱعۡمَلُوا۟ فَسَیَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَیۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَیُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ 


"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan" [Surah at-Tawbah 105]


#Maka, buat para pendakwah dan para pejuang agama Allah, teruskan berjuang sehingga ke akhir nyawamu.


إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلَّذِینَ یُقَـٰتِلُونَ فِی سَبِیلِهِۦ صَفࣰّا كَأَنَّهُم بُنۡیَـٰنࣱ مَّرۡصُوصࣱ 


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" [Surah aṣ-Ṣaff 4]


♡Berdakwah dan berjuanglah memartabatkan agama Allah walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran, kerana itulah sunnahnya dalam dakwah dan perjuangan♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk     

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:    

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

 [26/7/25, 21:35:14] KSC Hamidi: (A'uzubi izzatillah wakudratihi min syarrima Ajidu waa u'haadzir) [26/7/25, 21:35:47] KSC Hamidi: (...