☆Tadabbur Kalamullah 27 Muharram 1446H☆
وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن يُقْتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتٌۢ ۚ بَلْ أَحْيَآءٌۭ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ
"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya" [Surah al-Baqarah 154]
#Sambung bicara tentang mati syahid. Orang yang mati syahid akan datang pada hari kiamat dalam keadaan sebagaimana dia meninggal dunia iaitu dipenuhi darah akibat terluka di medan jihad dalam keadaan wangi semerbak. Ini menunjukkan bahawa darah orang yang mati syahid cukup mulia di sisi Allah swt. Sabda Rasulullah saw:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُكْلَمُ أَحَدٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَنْ يُكْلَمُ فِي سَبِيلِهِ إِلَّا جَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ، وَاللَّوْنُ لَوْنُ الدَّمِ، وَالرِّيحُ رِيحُ المِسْكِ
"Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, tiada seorang pun yang tercedera ketika berjihad di jalan Allah dan Allah lebih tahu siapa yang tercedera di jalanNya melainkan dia akan datang pada hari kiamat dan warnanya (luka) warna darah sedangkan baunya ialah bau kasturi" (HR al-Bukhari)
#Di antara kelebihan lain yang Allah berikan kepada orang mati syahid ialah mereka tidak merasai kesakitan dibunuh. Sabda Nabi saw:
مَا يَجِدُ الشَّهِيدُ مِنْ مَسِّ الْقَتْلِ، إِلَّا كَمَا يَجِدُ أَحَدُكُمْ مَسِّ الْقَرْصَةِ
"Seseorang yang mati syahid tidak mendapati rasa sakit dibunuh melainkan sepertimana seseorang daripada kamu merasai rasa Qarsah" (HR Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaie, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Baihaqi. Sahih)
#Qarsah bermaksud seperti mencubit seseorang. Ini juga pendapat yang disebutkan oleh al-'Aquli. Dikatakan juga ia adalah seperti gigitan semut sahaja seperti yang dinyatakan oleh Ibn 'Allan dalam Dalil al-Falihin.
#Imam Ibnul Qayyim dalam Igathah al-Lahafan menyatakan bahawa para syuhada' hanya merasai kesakitan al-Qarsah sahaja. Bahkan mati syahid ini bukanlah lebih dahsyat dan sakit dari mati atas katil, bahkan mati syahid adalah antara kematian yang paling dimudahkan, serta ia merupakan yang paling mulia dan afdhal.
#Imam al-Munawi dalam Faidhul Qadir menyatakan: "Kematian ke atas para syuhada' dimudahkan dan ini merupakan kegembiraan buat mereka dan menyebabkan mereka bersabar dalam berperang dan menghadapi musuh.
♡Inilah keistimewaan yang diperolehi oleh mereka yang syahid terbunuh dalam jihad fisabilillah. Besar kelebihan yang Allah berikan kepada mereka. Moga kita salah seorang yang terpilih untuk mati syahid. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment