Friday, 18 October 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 16 Rabiul Akhir 1446H☆


فَرِحِینَ بِمَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَیَسۡتَبۡشِرُونَ بِٱلَّذِینَ لَمۡ یَلۡحَقُوا۟ بِهِم مِّنۡ خَلۡفِهِمۡ أَلَّا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ 


"(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" [Surah Āali-ʿImrān 170]


#Mari kita hayati dan memberi tumpuan kepada ayat Allah yang indah ini, yang menyebabkan kita merasa bangga dan tidak bersedih apabila mendengar berita syahidnya para pejuang di medan jihad seperti di bumi Palestin. Malah terasa bangga dan mulia. Hal ini kerana Allah swt menyatakan dalam ayat di atas bahawa mereka yang mati syahid sebenarnya sedang bergembira dan bersukacita. Mereka sedang berseronok di satu alam di sebalik mata menikmati segala keindahan nikmat yang tidak mampu digambarkan. 


#Berkata Imam Said bin Jubair rahimahullah:


لَمّا دَخَلُوا الْجَنَّةَ ورَأوْا مَا فِيهَا مِنَ الْكَرَامَةِ لِلشُّهَدَاءِ قَالُوا: يَا لَيْتَ إِخْوَانَنَا الَّذِينَ فِي الدُّنْيَا يَعْلَمُونَ مَا عَرَفْنَاهُ مِنَ الْكَرَامَةِ


"Apabila mereka memasuki Syurga dan melihat segala kemuliaan yang dihidangkan buat syuhada', mereka berkata: Kalaulah saudara-saudara kami di dunia tahu kemuliaan-kemuliaan ini" (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azim)


#Begitu juga sebagaimana yang dikatakan oleh Abu al-Suud:


وهو شَرَفُ الشَّهادَةِ والفَوْزُ بِالحَياةِ الأبَدِيَّةِ والزُّلْفى مِنَ اللَّهِ عَزَّ وجَلَّ والتَّمَتُّعُ بِالنَّعِيمِ المُخَلَّدِ عاجِلًَا


"Gembira dengan kemuliaan mati syahid, keuntungan hidup yang abadi, keeratan dengan Allah azza wa jalla, merasai nikmatNya yang kekal dalam kadar segera" (Lihat: Al-Irshad)


#Allah swt juga menyatakan para mujahidin langsung tiada rasa takut dan tiada rasa bimbang.


#Ayat ini juga memberi isyarat bahawa mereka langsung tidak pernah mengalami rasa bimbang dalam apa jua bentuk sekalipun. Mereka langsung tidak bimbang untuk menghadapi alam akhirat kerana apa yang menanti mereka itu amat baik dan membahagiakan. Dan mereka tidak akan berdukacita meninggalkan dunia kerana mereka tahu tempat yang mereka sedang menuju itu adalah tempat  yang lebih baik daripada dunia. Allah ‎swt hendak memaklumkan yang mereka tidak mati begitu sahaja seperti sangkaan orang kafir dan munafik.


Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a bahawa baginda Nabi saw bersabda:


مَا أَحَدٌ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يُحِبُّ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الدُّنْيَا وَلَهُ مَا عَلَى الْأَرْضِ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا الشَّهِيدُ يَتَمَنَّى أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الدُّنْيَا فَيُقْتَلَ عَشْرَ مَرَّاتٍ لِمَا يَرَى مِنْ الْكَرَامَةِ


"Tiada seorang pun yang masuk syurga namun dia suka untuk kembali ke dunia padahal dia hanya mempunyai sedikit harta di bumi, kecuali orang yang mati syahid. Dia berangan-angan untuk kembali ke dunia kemudian berperang lalu terbunuh hingga sepuluh kali kerana dia melihat keistimewaan karamah (mati syahid)" (HR al-Bukhari dan Muslim) 


#Firman Allah swt:


مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلًا


"Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah Taala (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah janji itu sedikit pun" [Surah al-Ahzab 23] 


♡Selamat bertemu dengan para syuhada' yang telah mendahuluimu wahai As-Syahid Yahya Ibrahim Hassan al-Sinwar. Kematianmu amat membanggakan. Allahuakbar!!♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...