Saturday, 19 October 2024

 ☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiul Akhir 1446H☆


مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلًا


"Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah Taala (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah janji itu sedikit pun" [Surah al-Ahzab 23] 


#Ayat ini mengkhabarkan tentang orang-orang beriman yang menepati janjinya kepada Allah swt untuk menyertai pertempuran berhadapan dengan ajalnya (kematian) dan ada juga dari kalangan mereka itu yang menanti-nantikan peperangan yang seterusnya untuk disertai dan mereka menunjukkan bahawa mereka tidak memungkiri janji dan mereka tidak sedikit pun gentar dan berundur dari medan perang.


#Semasa as-Syahid Yaḥya Sinwar berada dalam tahanan Israel pada tahun 2004, beliau telah menulis sebuah novel bertajuk Al-Shawk wal Qaranful (الشوك والقرنفل) 


#Al-Shawk bermaksud duri manakala al-Qaranful bermaksud bunga cengkih.


#Novel ini bukan novel cinta, tetapi ia novel tentang Palestin. Sebuah karya sastera yang ditulis beliau di penjara Beersheba di mana beliau telah menghabiskan 23 tahun di sana. 


#Novel setebal 362 mukasurat dan mempunyai 30 bab ini mewajahkan perjuangan rakyat Palestin dan isu-isu berkaitan Palestin. Ia juga sebuah kisah tentang penderitaan rakyat Palestin dan harapan mereka. Sebuah nukilan tentang kecintaan terhadap bumi Palestin. Beliau menyatakan bagaimana para pejuang terpaksa mengorbankan cinta peribadi demi perjuangan membebaskan bumi Palestin.


#Antara kata-kata beliau dalam novel ini yang menyentuh perasaan apabila beliau menyebutkan:


‏ والله لو لم أجد الا الذر لقاتلتكم به


"Demi Allah jika aku tidak menjumpai sesuatu kecuali debu yang kecil sekalipun, nescaya akan aku gunakannya untuk memerangi kamu"


#Pada penghujung novel tersebut, ia diakhiri dengan kata-kata yang sangat meruntun jiwa. Kata as-Syahid:


الآن جاء الموعد يا أمّاه، فلقد رأيتُ نفسي أقتحم عليهم مواقعهم، أقتلهم كالنعاج ثم أستشهد. ورأيتني بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنات النعيم، وهو يهتف بي مرحى بك، مرحى بك!


"Telah tiba waktunya wahai ibu, aku telah melihat diriku menyerang mereka dan mereka seperti biri-biri yang disembelih, kemudian aku syahid. Kemudian aku melihat Rasulullah saw di syurga sedang berkata kepadaku, selamat datang, selamat datang!"


#Kita semua sudah melihat, bagaimana as-Syahid Yahya Sinwar menggunakan apa sahaja yang ada di tangannya walaupun tongkat kayu, dan dalam keadaan tangannya sudah cedera parah. Semangat juang yang sangat tinggi walau pada pengakhiran hidupnya! 


#Moga-moga ia menjadi kenyataan dan moga syurga buatmu wahai seorang pejuang kental dan istiqamah hingga ke titisan darah yang terakhir. Allahuakbar!! 


♡Semoga semangat as-Syahid Yahya Ibrahim Hassan al-Sinwar akan terus subur dalam jiwa umat ini untuk sentiasa berjuang mendaulatkan agama Allah dan menentang para musuh Allah dengan harta, darah, jiwa dan nyawa♡


🐊Ust naim

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah






No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...