Thursday, 5 December 2024

 

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Tahu tak?

Dalam bayam ada 680mg GABA –

Iaitu hormon bantu tenangkan fikiran.

Pernah terfikir kenapa sayur ada pelbagai warna?

Setiap warna sayur punyai nutrien tersendiri.

Contohnya, Zeaxanthin ada dalam sayur warna hijau🥦

Fungsinya untuk lindungi kesihatan mata.

Bersifat anti-kanser. 

Pelindung sel daripada radikal bebas.

Hasilkan sel darah merah. Boost sistem imun.

Lutein & Lycopene ada dalam sayur warna merah🌶

Bantu lindungi tubuh daripada risiko penyakit kanser & jantung.

Lindungi kesihatan kulit seperti cegah sunburn & penuaan pramatang.

Beta Carotene ada dalam sayur warna oren🥕

Ditukar kepada Vitamin A untuk kesihatan mata.

Serta lindungi organ utama seperti jantung, paru-paru & buah pinggang.

Anthocyanin ada dalam sayur warna ungu🍆

Cegah keradangan. Boost fungsi OTAK.

Cegah risiko penyakit neurodegeneratif seperti nyanyuk, brain fog.

Selain cegah risiko diabetes, kanser & penyakit jantung.

Akhir sekali, ada Indoles dalam sayur warna putih🥥

Tugasnya menguatkan sistem imun tubuh.

Tingkatkan bilangan bakteria baik dalam usus.

Dan aktifkan ejen pemusnah sel kanser.

Ini 23 jenis sayur paling berkhasiat untuk kesihatan:

    • Asparagus
    • Brokoli
    • Lettuce
    • Beetroot
    • Bendi
    • Sawi
    • Arugula
    • Bayam
    • Bawang putih
    • Kubis bunga
    • Lada benggala
    • Lobak merah
    • Rumpai laut
    • Tomato
    • Saderi
    • Terung
    • Cendawan
    • Brussel sprouts
    • Squash
    • Zukini

 

6 Bahan Bertoksik Dalam Makanan Segera

Baru baru ni McDonald’s ada buat comeback.

Dengan Ayam Goreng 3x Spicy.

Saya yakin ia menjadi kegilaan orang ramai.

Terutama mereka yang gemar makanan pedas.

Fast food semakin mendapat tempat di hati manusia.

Ini disebabkan dunia hari ini yang semakin sibuk.

Kekangan masa bekerja dan jem sesak di jalan raya.

Membuatkan ramai lebih prefer untuk drive through beli makanan segera.

Betul tak?

Fast food dianggap serupa sajian cepat yang mudah didapati.

Asal ada duit, boleh beli

KFC, McDonald’s, A&W, Marrybrown, Secret Recipe, Burger King.

Kalau malas keluar, boleh order melalui FoodPanda atau GrabFood.

Harga standard. Rakyat marhaen, rakyat kayangan dua-dua jadi peminat tegar.

NAMUN! INGAT!

Adalah TIDAK DIGALAKKAN untuk terlalu kerap ambil makanan sebegini.

Kerana adanya bahaya tersembunyi yang boleh mendatangkan bahana.

Umpama ribut yang datang merosakkanseluruh sistem pertahanan dalam badan.

Membuka ruang buat penyakit datang bertandang. Dihalau tetap berdegil

Jangan ambil mudah tentang isu bahan kimia tersembunyi dalam makanan segera.

Saya yakin ramai yang sedar dan sudah tahu tentang bahan kimia yang diletakkan dalam makanan.

Untuk tingkatkan lagi rasa, warna dan memastikan makanan kekal segar.

Realitinya, ramai rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kronik.

Berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak sihat. 

Bukan itu saja, 1 daripada 2 rakyat di negara ini obes.

Tahun 2020 saja 50% rakyat sama ada overweight atau obes.

Yang menghidap diabetes pun meningkat.

Nak banding dengan zaman 90an dulu, seperti langit dengan bumi. 

Bila tengok corak pemakanan pun, saya tidak terkejut sebaliknya sudah boleh agak.

Berbeza pula dengan sebahagian penduduk bumi yang dikenali sebagai long-lived societies.

Di Sardinia (Italy), Okinawa (Jepun), dan Ikaria (Greece)

Rata-rata penduduk Blue Zones ini punyai BMI paling sihat.

Dan jangka umur mereka panjang

Mungkin kita boleh belajar daripada mereka tentang gaya pemakanan yang diamalkan.

Jujur saya cakap, Malaysia perlu berubah segera.

Fikirkan kesihatan.

Apabila terlalu kerap memakan makanan segera.

Bahan-bahan kimia di dalamnya buatkan badan dipenuhi bertoksin.

Dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser.

Arteri tersumbat dek pengumpulan lemak kolesterol. 

Apabila semakin berumur, bahan ini sedikit demi sedikit terkumpul dalam badan.

Bersedia jadi tank pemusnah berperingkat.

Bagaikan bom letup yang boleh memusnah bila-bila masa

.

.

.

1. Perasa ‘Daging Semula Jadi’

Pernah tular baru baru ni di AS tentang isu kentang goreng McDonald’s.

Yang dikatakan tidak vegan kerana mengandungi perasa daging lembu semula jadi.

Spesifiknya, ada hydrolyzed milk dan hydrolyzed wheat dalam perasa tersebut.

Apakah sebenarnya maksud natural flavour?

Secara am, perasa semula jadi merujuk kepada perasa berasaskan tumbuhan.

Haiwan, makanan laut atau tenusu

Namun, perasa ini bukanlah 100% semula jadi.

Kerana ia telah ditingkatkan dan diubahsuai dalam makmal.

Apa beza perasa semula jadi dengan perasa tiruan?

Perasa semula jadi bermula dengan bahan organikdan bukannya bahan sintetik.

Kedua-duanya boleh mengandungi bahan kimia yang sama.

Bezanya iaitu perasa dicapai melalui proses yang berbeza.

Sama ada diekstrak daripada produk alam semula jadi.

Ataupun dihasilkan oleh ahli kimia organik.

Seorang ahli kimia makanan yang juga pakar penyelidik perasa iaitu Gary Reineccius menjelaskan,

Perasa daging lembu semulajadi TIDAK SEMESTINYA datang daripada daging lembu itu sendiri

Ada kisah tersendiri mengapa ia diberi nama sedemikian.

Suatu ketika dulu, industri makanan mengambil kira harga daging lembu dalam pasaran.

Daging lembu terlalu mahal hanya untuk diekstrak perisanya dan dagingnya dibuang begitu saja

Jadi, mereka perlu mencari alternatif lain untuk membuat perasa yang tidak perlu menggunakan produk berasaskan daging

.

.

.

2. Propylene glycol 

Food and Drugs Administration (FDA)mengklasifikasikan propylene glycol.

Sebagai agen anti-caking.

Bahan cecair likat tak bewarna, hampir tiada bau, serta jernih dengan rasanya yang manis pudar pudar

Propylene glycol banyak digunakan dalam pencuci mulut.

Bahan perapan, minuman ringan, frosting kek dan produk tenusu beku.

Apa kegunaannya?

Untuk memelihara tekstur agar makanan sentiasa terlihat segar dan lembap.

Tidak kering. Juga bertindak sebagai pelarut untuk tingkatkan rasa serta warna

Tengok gambar di atas. Sungguh menyelerakan dan menggiurkan bukan?

Tapi kena ingat. Makan sekali sekali tiada masalah.

Kalau kerap, bahana menanti.

Nak tahu tak yang propylene glycol ni juga aktif digunakan dalam produk bukan makanan,

Contohnya kosmetik dan pembuatan pek ais.

Bila tahu tu, bagi saya tidak berapa menyelerakan nak makan.

Badan berperang untuk nak proses bahan ini. Bahan kuat.

Bila masuk dalam tubuh badan, ada risiko kesihatan.

Terutama mereka yang ada masalah hati dan ginjal. Yang sihat pun termasuk.

.

.

.

3. Tertiary butylhydroquinone (TBHQ)

Pernah terfikir tak kenapa makanan berproses ni lambat betul tarikh luputnya?

Kadangkala bertahun-tahun lama.

Sebab tak nak bagi produk tersebut cepat rosakatau busuk.

Apabila dikilangkan secara besar-besaran untuk tujuan import eksport.

Bahan pengawet tertiary butylhydroquinone (TBHQ) ada dalam snek bergoreng.

Bahan ala ala kristal berwarna terang dengan sedikit bau ini tugasnya.

Untuk elak kerosakan pada lemak haiwan atau minyak.

Dalam buah dan sayur ada antioksidan kan.

TBHQ ni pun dianggap sebagai antioksidan untuk lemak dan minyak tersebut.

Tapi antioksidan yang penuh kontroversi.

TBHQ ni sering digunakan dalam pembuatan cat dan varnis.

Bayangkan dalam makanan.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Food Bioscience (2018),

TBHQ boleh ubah kesan baik probiotik iaitu bakteria baik yang menyokong usus.

Sekaligus mempengaruhi kesihatan

Healthline juga berkongsi beberapa kajian yang berfokuskan kepada POTENSI bahaya pengambilan TBHQ secara berterusan;

  1. Potensi berlakunya hati bengkak.
  2. Potensi kesan neurotoksik.
  3. Potensi terkena sawan.
  4. Potensi lumpuh.

Jadi, selepas ini tuan puan mungkin boleh elak membeli makanan yang mempunyai label seperti di bawah;

  • tert-butylhydroquinone
  • tertiary butylhydroquinone
  • TBHQ
  • butylated hydroxyanisole

.

.

.

4. Potassium Bromate

Apabila memilih roti untuk dimakan.

Pastikan tuan puan baca terlebih dahulu label yang diletakkan.

Elak beli roti yang berkemungkinan ada tertulis potassium bromate.

Kenapa agaknya?

Sebagai pengguna, kita wajib tahu tentang jenis roti yang berbahaya untuk kesihatan kita.

Bukan hanya tertakluk kepada bahan ini sahaja.

Bahan lain termasuk L-eysteine dan azodicarbonamide.

Potassium bromate ni adalah ejen pengoksida.

Digunakan untuk menguatkan roti dan menjadikannya anjal dan gebu

Terdapat dakwaan yang mengatakan di mana,

Ketika proses membakar roti, potassium bromate akan berubah komposisi kimianya kepada bahan tidak karsinogenik iaitu potassium bromide

Namun, jika terlalu banyak potassium bromate digunakan, atau roti tidak dibakar cukup lama pada suhu yang cukup tinggi.

Akan ada baki bahan tersebut.

Sudah semestinya bahan ini menjadi favourite ingredient.

Terutama syarikat pembuatan roti kerana banyak kos dapat dijimatkan.

Namun!

Ketahuilah tuan puan akan bahaya bahan ini.

Berpotensi untuk terkena kanser tiroid dan ginjal.

Sel-sel kanser menjadi galak apabila bertemu dengan potassium bromate.

Memakan bahan ini ibarat memberikan tapak asas untuk kanser membentuk dengan jayanya.

Saya tidak pasti di Malaysia bagaimana.

Potassium bromate telahpun diharamkan penggunaannya.

Di negara seperti Korea Selatan, Brazil, China dan Eropah.

Sebaiknya, beli roti yang ada ditulis unbleached iaitu yang dibuat daripada tepung gandum tanpa peluntur. Atau organik.

.

.

.

5. Phosphate Addictive

Phosphate addictive ini berasal daripada mineral fosforus yang dibentuk khas.

Untuk tingkatkan rasa, warna serta bertindak sebagai pengemulsi.

Bahan kimia ni ada dalam makanan seperti air berperisa, keju, daging yang dipek, nuget dan sosej.

Christy Brissette selaku dietitian melalui penulisannya di The Washington Post (2017) menjelaskan,

Phosphate addictive ini berpotensi untuk menjadi lemak trans pada masa hadapan.

Kerana digunakan secara berleluasa

Dan sudah terdapat banyak bukti tentang efek buruk kepada kesihatan manusia

Apa yang dimaksudkan dengan lemak trans?

Lemak trans berupaya untuk tingkatkan kolesterol buruk (LDL) dan turunkan kolesterol baik (HDL)

LDL yang tinggi bersama HDL yang rendah akan membawa kepada pengumpulan kolesterol dalam salur darah

Inilah yang menyebabkan risiko penyakit paling digeruni iaitu serangan jantung dan strok mengejut.

Lisa Gutekunst iaitu seorang dietitian berdaftar mengesyorkan.

Agar pengguna luangkan sedikit masa scanlabel pada makanan dan cari perkataan yang ada tertulis phos-.

Phosphate addictive ni ada banyak nama berbeza.

Tetapi hanya dengan mengenalpasti phos- akan dapat membuktikan bahawa adanya bahan ini dalam produk.

Oleh itu, disarankan agar beli produk alternatif lain, jenama lain yang tidak gunakan bahan tersebut.

.

.

.

6. Propyl gallate

Propyl gallate iaitu sejenis serbuk kristal berwarna putih sedikit pahit yang tidak ada bau.

Bertindak sebagai bahan tambahan makanan tiruan.

Selain makanan, bahan ini banyak digunakan dalam produk kosmetik, syampu, dan juga farmaseutikal.

Propyl gallate melambatkan jangka masa makanan daripada rosak dan memanjangkanjangka hayat minyak

Contoh makanan yang ada bahan ini termasuk produk daging sejukbeku, instant soup, mayonis, dan gula-gula getah.

Propyl gallate iaitu ejen talam dua muka; ejen antioksidan penuh kontroversi.

Dianggap sebagai suspek karsinogenik

Selalu menjalankan misinya bersama dua rakan baik iaitu BHA (butylated hydroxyanisole) and BHT (butylated hydroxytoluene)

BHA dan BHT ni pengawet untuk lemak. Penyebab alergik dan hiperaktif.

Negara Jepun, UK dan sebahagian Kesatuan Eropah telah haramkan penggunaan bahan kimia ini.

.

.

.

Pendek kata,

Masing-masing diberi peluang untuk memilih. Tiada yang memaksa. 

Bagi yang mementingkan kesihatan diri.

Saya pasti anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Bagi yang masih lagi lagha dalam kesedapan selagi badan masih kuat.

Mohonlah kembali ke pangkal yang benar.

Nak berubah dalam sekelip mata itu susah.

Berubahlah perlahan-lahan.

Tiadapun niat ingin jaga tepi kain orang.

Sekadar berkongsi ilmu kerana dalam Islam,

Amanah menjaga kesihatan diri itu penting.

Manusia zaman kini terlalu alpa dengan nikmat yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Sifat manusia ni apabila sudah ditimpa bala, sakit baru akan sedar, menyesal.

 

French Fries Bersalutkan Racun Bertoksid? Apa Anda Perlu Tahu?

French fries – Gemar singgah di restoran maskot badut?

Siapa je yang tak terliur dengan French Fries yang disajikan bersama set burger daging.

Dan air bergas.

Orang cakap, tolak batu dan kayu. Semua ditelan.

Spesis kentang Russet Burbank – kentang yang digunakan oleh kedai maskot badut.

Kentang yang panjang dan tiada cela. Flawless gitu.

Hasilkan rangup di luar. Lembut di dalam.

Orang cakap, rasa French Fries ni tak sama dengan kalau beli yang frozen dekat supermarket.

Tapi siapa sangka kan cara kentang ni dilahirkan.

Sungguh mengerikan.

Lepas baca ni. Tak tahu lah nak cakap apa lagi kalau masih terliur nak makan.

SELANJUTNYA: 

ADA APA DENGAN FRENCH FRIES?

racun perosak: russet burbank

Russet Burbank

Haa nilah rupa dia. Besar semacam.

Russet Burbank ni susah untuk ditanam berbanding spesis lain.

Kira macam high maintanence gitu lah.

Tuaian hasil akhir, isi kentang putih melepak tanpa sedikitpun garis halus.

Atau tompok hitam kecil.

Bahasa sains, tiada proses ‘net necrosis’.

Proses alami kebiasaan pada tumbuhan berakar seperti ubi, keledek dan kentang.

Mereka cakap, “kami takkan beli kalau kentang ni cacat!”

Fuhh! Pilih rupa sungguh.

Jadi, nak fulfil the standard lah orang putih cakap.

Apa petani yang tanam kentang ni buat?

Ini rahsia mereka.

SELANJUTNYA:

BAHAN BERTOKSIK DALAM MAKANAN SEGERA

Methamidophos

Kentang Russet Burbank tadi disembur dengan sejenis racub berbahaya dan bertoksid.

Nama pentas ‘monitor’. Nama sains, methamidophos.

Apa kejadahnya ni? Rajinkan diri Google.

Kenapa bahaya?

Sebab tukang sembur kentang ni sendiri tak akan keluar masuk dari kawasan tanaman.

Selama 5 hari berturut-turut.

Masa nak tuai, kentang ni diletakkan dalam satu kawasan terkawal seluas padang bola sepak.

Selama 6 minggu sebab nak keluarkan gas kimia tadi.

Manusia boleh pula dok ngap ngap ngap masuk dalam mulut.

Tanpa fikir kesan pada tubuh dan otak.

Produk yang digunakan di sini pun semua datang dari negara sana.

Ni bukan kentang acik acik tanam tepi tebing sungai.

Fikirkan sendiri.

SELANJUTNYA:

TIPS ELAK BELI MAKANAN MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

#DrRizal

 

Kentang Goreng? French Fries? Ada Apa Dengannya?

Ada apa dalam French Fries?

Salah satu snek segera yang paling popular di restoren makanan segera.

Dalam satu set kalau ada ayam, burger, air. Mesti ada fries.

Betul tak?

Saya selalu tengok kalau dekat airport. Mungkin tengah tunggu flight.

Saya lalu depan kedai maskot badut.

Kelihatan ada yang sedang mengudap kentang goreng. Banyak pulak tu.

Nak jimat kot. Makanan lain tak beli. Sambil nak guna WIFI.

Nak tahu tak dalam French fries ada 15 bahan.

Selain garam, ia ada gula. Ada pewarna.

French fries ni paling tinggi lemak tepu.Saturated fats.

Ada trans fat. Penyebab penyakit kronik.

Saya ulas lebih spesifik lagi. Tapi saya mudahkan biar senang faham.

Ada dimethylpolysiloxane.

Satu bahan kimia yang dimasukkan ke dalam minyak nak goreng fries tu.

Tujuan nak elak minyak terpercik ketika proses menggoreng.

Nak goreng pula bukan sikit.

Ada sodium acid pyrophosphate dan tert-butylhydroquinone.

Apakebenda ni?

Hasil kajian dapati apabila keduanya diambil pada dos dan kekerapan tinggi.

Boleh beri masalah pada penglihatan. Rosakkan mata.

Pakar pemakanan juga bagi amaran tentang risiko terbentuknya carcinogen acrylamide.

Bahan kimia yang terbentuk dalam sesetengah makanan apabila dimasak pada suhu tinggi.

Sama ada goreng. Panggang mahupun bakar.

Akibatnya? Risiko kanser.

Kekerapan makan gorengan tingkatkan penyakit kardiovaskular. Jantung berlemak.

Saluran darah tersumbat.

Lemak jahat ni ambil masa lebih lama untuk hadam. Akan duduk dalam perut.

Akibatnya? Perut mula rasa bergas dan sakit.

Makanan ini selalu dijamu pada budak kecil. Bahaya tu kesian mereka.

Kerap makan kentang goreng juga penyebab brain fog.

Bahasa senang, otak lembab

Ada lagi. Sistem imun boleh merosot.

Sebab bakteria jahat akan diternak melalui diet fastfood ni.

Bakteria baik dibunuh satu persatu.

Tahu tak kenapa kentang yang sudah tumbuh tunas akar tak boleh dimakan?

Walaupun ada yang macam,

“Alah takpe lah benda boleh buang”

Sebab kentang sebenarnya ada bahan bernama solanine dan chaconine.

Bahan beracun dalam kentang yang selalunya akan dinyahaktifkan apabila digoreng.

Sejauh manakah kita yakin kentang yang selalu dok makan itu selamat?

Ini kes yang pernah wujud.

Tahun 2019. Seorang remaja lelaki. Tak gemar makan makanan bernutrisi.

Lebih gemar makan fast food.

Sosej, berger, french fries, roti putih dengan snek kentang Pringles.

Makan sejak sekolah rendah. Lepastu komplain.

Cakap badan letih. Gi jumpa doktor. Check BMI semua tiada yang pelik.

Tiada pula simptom malnutrisi.

Cuma badan kurang vitamin B12. Dan ada anemia. Doktor pun rawat.

Setahun kemudian, sekelip mata remaja lelaki tadi hilang pendengaran.

Masalah penglihatan makin teruk akhirnya buta kekal.

Bila check, dalam badan hampir kesemua nutrien penting berada pada paras yang rendah.

Berlakunya nutritional optic neuropathy.

Pernah terfikir kenapa pakai spek mata tapi power makin naik?

Tangan kanan sambil pegang french fries kedai maskot badut.

Sambil suap burger pati daging proses. Ayam goreng buat balik makan di rumah.

Ada yang jogging. Dah elok. Lepastu gi beli fries. Konon nak reward diri katanya.

Maka terbentuknya bom kalori. Penyebab berat naik.

Ingat balik kerap mana check-in kedai atok? Kedai maskot badut?

Dinner selalu dekat mana? Selalu makan luar?

Baru baru ni tular juga video si fulan yang kehilangan buah pinggang.

Yang ni pun sekelip.

Bila check rupanya buah pinggang mengecut.

Bahana kerap makan fast food.

Nak ke nanti diri jadi macam ni juga?

Di hospital pula,

Hampir majoriti pesakit diabetes dan buah pinggang terdiri daripada golongan muda.

Umur 23, 24 tahun dah ada kencing manis.

Sayangnya bukan?

Kecik kecil lagi dah jadi jalur lebar. Pemakanan tak dititikberatkan.

Zaman sekarang, boleh order online.

Pakai Foodpanda. Pakai Grab

Renungkan.

#DrRizal

  PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Apabila Sakit  عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّهُ...