Friday, 28 February 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 30 Syaaban 1446H☆


قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّـهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ


Katakanlah (wahai Muhammad SAW): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah swt dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepadaNya" [Surah az-Zumar 11]

 

#Ayat ini menjadi dalil bahawa wajibnya kita berniat dalam melaksanakan perkara-perkara berkaitan ibadah. Ini kerana, ikhlas merupakan amalan hati dan ia perlulah dilakukan semata-mata kerana Allah swt dan tidak pada selain daripadaNya (Lihat: Tafsir al-Qurthubi) 


#Niat merupakan asas atau kayu ukur bagi sesuatu amalan yang dilakukan dan niat itu perlulah diniatkan hanya kepada Allah swt. Tambahan pula, niat juga yang akan menentukan sesuatu amalan itu diterima atau ditolak oleh Allah swt.


#Bersempena hari Ahad umat Islam akan sambut Ramadhan, maka niat berpuasa diletakkan sebagai satu syarat sah puasa seseorang itu. Hal ini disebutkan secara jelas di dalam kitab-kitab fiqh, yang antaranya disebutkan Ibn Qasim: "Kewajipan-kewajipan puasa itu ada empat perkara: Niat di dalam hati, sekiranya puasa yang fardhu seperti puasa Ramadhan atau puasa nazar, maka mestilah diniatkan pada waktu malam. (Lihat: Fathul Qarib) 


#Di sisi jumhur fuqaha’, niat puasa Ramadhan hendaklah dilakukan pada setiap hari pada waktu malam seperti yang disebutkan sebelum masuk waktu subuh. Hal ini kerana setiap hari dalam Ramadhan dikira berasingan. (Lihat: al–Mausuah al-Fiqhiyyah) 


#Daripada Sayidatina Hafsah r.ha, Nabi saw bersabda:


مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ


"Sesiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut)" (HR Abu Daud) 


#Namun, terdapat pandangan yang membolehkan diniatkan terus puasa sebulan. Ini merupakan pendapat Imam Zufar dan Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat. Ia sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain. 


#Timbul persoalan, adakah diwajibkan niat berpuasa pada setiap malam atau hanya memadai dia berniat sekali sahaja pada malam pertama awal bulan Ramadan?


Mengikut Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi, wajib berniat pada setiap malam. Tetapi jika dia berniat untuk berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, maka memadai, tetapi disunatkan supaya dia berniat juga pada tiap-tiap malam.


Jika ditakdirkan dia terlupa berniat pada satu malam, maka bolehlah ditaklidkan kepada pandangan Imam Malik (mazhab Maliki) yang mengatakan memadai sekali sahaja niat iaitu pada malam pertama sahaja.


#Begitu juga berkaitan dengan tindakan bangun bersahur adakah dikira sudah berniat tanpa dia menghadirkan di dalam hati niat puasa?


Hal ini telah dijawab oleh Imam Ibn hajar al-Haithami:


"Sekiranya bersahur untuk tujuan berpuasa atau menghalang (dirinya) daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa kerana bimbang terbitnya fajar ditambah pula muncul dalam fikirannya untuk berpuasa, maka sudah cukup (dikira sebagai niat), kerana terdetiknya untuk berpuasa pada fikirannya bersama dengan perbuatan yang mendorong ke atasnya (untuk berpuasa) atau dengan meninggalkan perbuatan yang menafikan (orang tersebut berpuasa) (secara tidak langsung) telah mengandungi niat puasa" (Lihat: Tuhfah al-Muhtaj fi Syarhi al-Minhaj) 


#Berdasarkan kenyataan di atas, orang yang bersahur yang sememangnya untuk berpuasa bukan kerana sarapan pagi atau tujuan lain, maka sudah cukup baginya dikira niat menurut salah satu pendapat fuqaha’ mazhab as-Syafie. 


اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا


♡Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan). Aamiiin♡


🐊Ust Naim

*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





Thursday, 27 February 2025

 

Majlis Ugama Islam Singapura 

Khutbah Jumaat  

28 Februari 2025 / 29 Syaaban 1446H 

Adab Berpuasa di Bulan Ramadan

 

Zumratal Mukminin Rahimakumullah, 

Marilah kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar takwa. Taati segala perintah-Nya, dan jauhi segala larangan-Nya. Perbaiki adabdan tingkah laku kita dalam setiap perkara. Semoga Allah mengurniakan keredaan-Nya kepada kita semua. Amin, ya Rabbal ‘Alamin. 

Sidang Jemaah yang budiman,  

Bulan Ramadan al-Mubarak bakal menyapa kita tidak lama lagi. Kehadirannya akan menyuburkan ketandusan di dalam hati, dan meniupkan nafas iman di sanubari. Hampir setahun jenuh dinanti, bakal kembali, memujuk diri agar senantiasa diperbaiki

Andainya Ramadan sering dikaitkan dengan rasa lapar dan dahaga, usahlah ia dijadikan satu-satunya perkara yang kita perolehi pada bulan Ramadan kali ini. 

Saudaraku, perhatikan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Barangkali, orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya,melainkan rasa lapar. Dan barangkali, orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-

apa      daripada      qiyamnya,      melainkan      hanya       berjaga 

malam.” (Riwayat Ibn Majah) 

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, 

Mungkin kita menganggap puasa kita terlaksana, apabila berjaya menahan diri daripada perbuatan yang membatalkan puasa, seperti makan dan minum, selama hampir 13 jam sehari.  

Namun, secara sedar atau tidak, andai kita masih melakukan perkara-perkara yang merosakkan pahalapuasa, meskipun ia tidak membatalkannya, maka tergolonglah kita dalam kalangan mereka yang digambarkan dalam hadis tadi, yakni yang tidak mendapatkan apa-apa daripada ibadah puasa kita, melainkan rasa lapar dan dahaga.  

Di sinilah terletaknya keutamaan adab dalam beribadah, khususnya dalam ibadah puasa, yang kita lakukan demi mendapatkan keredaan Allah. 

Imam Ibn Al-Qayyim r.h. pernah membahaskan bahawa adab kepada Allah merangkumi tiga perkara: 

  1. Memelihara muamalat (ibadah) terhadap Allah agar ia tidak dicemari dengan kekurangan. 
  2. Memelihara hati agar ia tidak berpaling kepada selain Allah. 
  3. Memelihara kehendak (keinginan) agar ia tidak terikat dengan perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah. 

Sidang jemaah yang dirahmati Allah, 

Di ambang bulan Ramadan ini, sebelum kita mula bermujahadah melawan nafsu menerusi ibadah puasa, izinkan mimbar menyampaikan dua peringatan mesra berikut: 

Pertama: Tinggalkan Tabiat Buruk 

Ramadan adalah masa terbaik untuk membuang tabiat buruk, seperti mengumpat, menyebarkan fitnah dan berita yang tidak sahih, bertengkar, bermusuhan dan sebagainya. 

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang di antara kalian sedang berpuasa, maka janganlah dia berkata kotor atau berkelakuan buruk. Jika ada seseorang yang mencaci maki atau mengajaknya bertengkar, maka hendaklah dia berkata: ‘إِ  نيِ صِاِ ئم  - Aku sedang berpuasa.’”(Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 

Selari dengan firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Isra’, ayat 53: 

 

Yang bermaksud: “Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku, agar mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya, syaitan menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh nyata bagi manusia.” 

Selain itu, adab berpuasa juga menuntut kita menjaga anggota tubuh yang lain. Mata perlu dijaga daripada melihat perkara yang haram atau tidak wajar, termasuklah di wadah media sosial yang sering menjadi tatapan. Telinga perlu dijaga daripada mendengar perkara-perkara yang melalaikan. Tangan perlu dijaga daripada menyebabkan kerosakan dan kesakitan. 

Kedua: Mengatur Masa dan Memperbanyakkan Amal Soleh 

Ramadan al-Mubarak adalah bulan yang penuh dengan peluang melipatgandakan pahala amalan soleh. Kebiasaannya, badan kita memerlukan masauntuk menyesuaikan diri dengan rutin baharu, seperti bangun awal untuk bersahur dan beribadah di malam hari. Yang demikian, kita mesti bijak mengatur masadan menyesuaikan diri. Sekiranya gagal, dikhuatiri kita terjebak pula dalam perangkap bermalas-malasan. 

Terdapat anjuran daripada sunnah, agar kita mengorbankan sedikit masa tidur dan rehat untuk tujuan beribadah. Dalam sepotong hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba-Ku pada hari Kiamat. Puasa berkata: ‘Wahai Tuhanku, aku telah menahannya dari makan dan syahwat di siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.’ Al-Quran pula berkata: ‘Aku telah menahannya dari tidur di malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.’ Lalu keduanya diizinkan memberi syafaat.” (Riwayat Ahmad) 

Oleh itu, marilah kita mengatur masa dengan bijak. Gunakan waktu siang untuk bekerja dan beribadah mengikut kemampuan, manakala malamnya untuk mendirikan solat tarawih, bertadarus, dan mendirikan qiyamullail. Jadikanlah Ramadan kali ini pemangkin yang menghidupkan jiwa dan nurani yang mendambakan keakraban kepada Allah.  

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, 

Marilah kita mengharungi bulan Ramadan dengan penuh keinsafan dan persiapan. Jangan biarkan puasa kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi jadikanlah ia medan latihan untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ketakwaan. 

Dengan menjaga adab-adab berpuasa, mudah-mudahan, Ramadan kali ini menjadi titik perubahan buat kita semua. Semoga Allah s.w.t. memberikan kita kekuatan jasmani dan rohani, serta menerima segala amal ibadah yang bakal kita lakukan. Amin ya Rabbal ‘Alamin. 

أقُ وْلُ قَ وْيلِ هَذَا وَأسْتَ غيفرُ اللهَ العَ يظيْمَ يلِ وَلكُمْ، فاسْتَ غيفرُوهُ إينهُ هُوَ الغفُوْرُ 

الريحيْم 

KHUTBAH KEDUA

الحمْدُ يلله حََدًا كَثييرا كَمَا أمَرَ، وَأشْهَدُ أن لََ إيلهَ إيلََّ اللهُ وَحْدَهُ لََ شَيريكَ لهُ، وَأشْهَدُ أنَّ سَيي دَنََ مَُُمَّدًا عَبْدُهُ وَرسُولهُ. اللهُمَّ صَي ل وَسَلي مْ عَلى سَيي يدنََ مَُُمَّدٍ وَعَلى آلييه وَأصْحَابييه أجْْيعينَ. أمَّا بَ عْدُ، فَ يا يعبادَ الله، ايتَّ قُوا اللهَ تَ عَالََ يفيمَا أمَرَ، وَانتَ هُوا عَمَّا نََاكُم عَنْهُ وَزجَرَ .

ألََ صَلوا وَسَلي مُوا عَلى النيي ب المُصْطفَى، فَ قَدْ أمَرَنََ اللهُ بيذَليكَ حَيْثُ قال يفِ كيتابييه العَيزييز: إينَّ اللهَ وَمَلََئيكَتهُ يصَلونَ عَلى النيي ب يَ ا أيُّ هَا اليذينَ ءَامَنوا صَلوا عَلييه وَسَلي مُوا تَسْلييمًا. اللهُمَّ صَي ل وَسَلي مْ وَبََيركْ عَلى سَيي يدنََ مُُمَّدٍ وَعَلى آيل سَيي يدنََ مُُمَّدٍ.  

وَارْضَ اللهُمَّ عَ ين الخلفَايء الرايشيدينَ المهْيديي ينَ سَادَاتينا أيبِ بكْرٍ وَعمَرَ وَعثمَانَ وَعَلي ي ي، وَعَن بيقيية الصَّحَابية وَالقَرابية وَالتابييعينَ، وَتََبييعي التابييعينَ، وَعَنا مَعَهُم وَيفييهم بيرَحَْتيكَ يََ أرحَمَ الراييحَينَ.  

اللَّهُمَّ اغْيفرْ ليلمُؤْيمنيينَ وَالمؤْيمنا يت، وَالمسْلييمينَ وَالمسْليمَا يت، الأحْيايء يمنهُم وَالأمْوَا يت. اللهُمَّ ارحََنا وَارحَمْ وَالييدينَ ا وَارحَمْ أمَّ ةَ نبييي نا مُُمَّدٍ أجْْيع ينَ. اَللهُمَّ أصْليحْ ولََةَ أمُوْيرنََ،  وََويف قْهُمْ ليمَا يفيْيه  صَلََحُ الأُ مَّية أجْْيع ينَ. اللهُمَّ وَي ل أمُوْرنََ يخيارنََ، وَلََ تُ وَي ل أمُوْرنََ يشرَارنََ، وَارفعْ مَقْتكَ وَغضَبكَ عَنا، وَلََ تسَلي طْ عَليْ نا بيذُنوبينا مَنْ لََ يََافكَ وَلََ يَ رْحََُنا، وَحَ  يولْ حَالنا إيلََ أحْسَ ين الْأحْوَايل، وَفَ  يرجْ مَا نَ زَلَ بينا يمنَ الْأهْوَايل، بيرَحَْتيكَ يََ أرحَمَ الراييحَينَ . اللهُمَّ اجْ عَ لْ  هَ  ذَ ا البَ   لَدَ   وَسَ ا ئيرَ  ا ل بيلََ يد  عَامَّ ةً آيم ناً مُ  طْمَ  ئينا  سَ خَ اءً  رَ خَاءً بيقُدْرتيكَ يََ ربَّ العَاليمينَ . اللهُمَّ انصُرْ إيخْوَانَ نا المسْتضْعَيفيْنَ يفِ غز ةَ وَيفِ يفيلسْ يطينَ، وَيفِْ كُي ل مَكَانٍ يََ أرحَمَ الراييحَينَ. اللهُمَّ ب يدلْ خَوْفَ هُمْ أمْنا، وَحُزْنََمْ فَ رحًا، وَهََهُمْ فَ رجًا، يََ ربَّ العَاليمينَ. رََّب نا آتينا يفِ الدُّنيا حَسَنةً، وَيفِ الآيخرَية حَسَنةً، وَيقنا عَذَابَ الناير.  

يعبادَ يالله، إينَّ اللهَ يََمُرُ يبَلعَدْيل وَا يلإحْسَاين وَإييتايء يذي القُرْبََ، وَيَ نْ هَى عَ ين الفَحْشَايء وَالمنكَير وَالبَ غ يي، ييعظكُمْ لعَلكُمْ تذكَّرُونَ، فاذكُرُوا اللهَ العَ يظيمَ يذكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلى نيعَيميه ييزدكُمْ، وَاسْألوهُ يمن فضْلييه يُ عْ يطكُم، وَلَيذكْرُ يالله أكْبََُ، وَاللهُ يَ عْلمُ مَا تَصْنَ عونَ.  




Islamic Religious Council of Singapore 

Friday Sermon 

28 February 2025 / 29 Syaaban 1446H 

Etiquettes of Fasting in the Month of Ramadan 

 

Dear blessed congregation, 

Let us increase our taqwa to Allah s.w.t. with true piety. Obey all His commands and refrain from all His prohibitions. Let us improve our etiquette and actions in all matters. May Allah s.w.t. grant us His pleasure. Amin, ya Rabbal ‘Alamin. 

Honourable Congregation, 

Ramadan al-Mubarak will greet us soon. Its arrival will nourish our barren hearts and breathe the spirit of iman into our souls. 

After nearly a year, it will return once again, encouraging us to continuously improve ourselves. 

If the month of Ramadan is usually associated with hunger and thirst, let us not make that the only thing we gain from it this time. 

My dear brothers and sisters, pay close attention to the words of Prophet Muhammad s.a.w., which means: "Perhaps, a fasting person gains nothing from his fast except hunger, and perhaps, one who stands (at night) in prayer gains nothing from his prayer except sleeplessness." (Narrated by Ibn Majah) 

Beloved Congregation, 

We may think our fast is complete simply because we have refrained from acts that invalidate it, such as eating and drinking, for nearly 13 hours a day. 

However, whether we realise it or not, if we continue to engage in actions that nullify the rewards of fasting – even though they do not invalidate the fastitself, we may fall into the category mentioned in the hadith, that is, those who gain nothing from their fastexcept hunger and thirst. 

This highlights the importance of etiquette or adab in worship, especially in fasting, which we perform solely to seek the pleasure of Allah. 

Imam Ibn al-Qayyim r.h. discussed that adab towards Allah consists of three aspects: 

  1. Preserving our worship so that it is not tainted with shortcomings. 
  2. Guarding our hearts so that they do not turn away from Allah. 
  3. Controlling our will (desire) so that they are not attached to things which incur Allah’s displeasure. 

Blessed Congregation, 

As we approach the month of Ramadan, and before we strive against our desires through fasting, allow the sermon to convey two friendly reminders: 

First: Leave our bad habits behind 

Ramadan is the best time to overcome our bad habits, such as backbiting, spreading falsehoods, arguing, and harbouring animosity. 

The Prophet Muhammad s.a.w. said in a hadith which means: "If one of you is fasting, let him not engage in foul speech or actions. If someone insults or argues with him, let him say: ‘إِ  نييِ صِا ئم  – Indeed, I am fasting.'” (Narrated by Al-Bukhari & Muslim) This aligns with Allah’s word in Surah Al-Isra’, verse 53: 

 

Which means: "And tell My servants to say what is best. Indeed, Satan sows discord among them. Indeed, Satan is a clear enemy to mankind."

Furthermore, the adab of fasting also requires us to guard our other senses. Our eyes must be guarded from looking at unlawful or inappropriate things, including those on social media which we frequently use. Our ears must be guarded from hearing things that cause heedlessness. Our hands must be restrained from causing damage or harm. 

Second: Manage our time and increase our good deeds 

Ramadan al-Mubarak is a month full of opportunities to multiply our rewards. Our bodies usually need time to adjust to new routines, such as waking up early for suhur and engaging in night prayers. Thus, we must manage our time wisely and adapt ourselves accordingly. Otherwise, we may fall into the trap of laziness and neglect. 

There is an encouragement in the sunnah, for us to sacrifice some of our rest for the sake of worship. In a hadith, the Prophet s.a.w. said: "Fasting and the Quran will intercede for a servant on the Day of Judgment. The fast will say: ‘O my Lord, I kept him from food and desires during the day, so allow me to intercede for him.’ The Quran will say: ‘I kept him from sleeping at night, so allow me to intercede for him.’ Thus, both will be allowed to intercede.”(Narrated by Ahmad) 

Therefore, let us manage our time wisely. Use the daytime to carry out our duties and perform worship according to our ability, and dedicate our nights to performing Tarawih prayers, reciting the Quran, and engaging in qiyamullail. Let this Ramadan be the spark that revives our hearts and souls, drawing us closer to Allah. 

Beloved Congregation, 

Let us welcome Ramadan with full awareness and preparation. Do not let our fasts be merely about hunger and thirst, but rather make them a means of self-improvement and spiritual growth. 

By upholding the adab of fasting, may this Ramadan become a turning point for us all. May Allah s.w.t. grant us physical and spiritual strength, and accept all our forthcoming acts of worship. 

Amin, ya Rabbal ‘Alamin. 

أقُ وْلُ قَ وْيلِ هَذَا وَأسْتَ غيفرُ اللهَ العَ يظيْمَ يلِ وَلكُمْ، فاسْتَ غيفروهُ إينهُ هُوَ  الغفُوْرُ الريحيْم.

          

Second Sermon 

الحمْدُ يلله حََدًا كَثييرا كَمَا أمَرَ، وَأشْهَدُ أن لََ إيلهَ إيلََّ اللهُ وَحْدَهُ لََ شَيريكَ لهُ، وَأَشْهَدُ أنَّ سَيي دَنََ مَُُمَّدًا عَبْدُهُ وَرسُولهُ. اللهُمَّ صَي ل وَسَلي مْ عَلى سَيي يدنََ مَُُمَّدٍ وَعَلى آلييه وََأصْحَابييه أجْْيعينَ. أمَّا بَ عْدُ، فَ يا يعبادَ الله، ايتَّ قُوا اللهَ تَ عَالََ يفيمَا أمَرَ، وَانتَ هُوا عَمَّا نََاكُم عَنْهُ وَزجَرَ.

ألََ صَلوا وَسَلي مُوا عَلى النيي ب المُصْطفَى، فَ قَدْ أمَرَنََ اللهُ بيذَليكَ حَيْثُ قال يفِ كيتَابييه العَيزييز: إينَّ اللهَ وَمَلََئيكَتهُ يصَلونَ عَلى النَّيي ب يَ ا أيُّ هَا الَّيذينَ ءَامَنوا صَلوا عَلَييه وَسَلي مُوا تسْلييمًا. اللهُمَّ صَي ل وَسَلي مْ وَبََيركْ عَلى سَيي يدنََ مُُمَّدٍ وَعَلى آيل سَيي يدنََ مُُمَّدٍ.  

وَارْضَ اللهُمَّ عَ ين الخلفَايء الرايشيدينَ المهْيديي ينَ سَادَاتينا أيبِ بكْرٍ وَعمَرَ وَعثمَانَ وَعَلي ي ي، وَعَن بيقيية الصَّحَابية وَالقَرابية وَالتابييعينَ، وَتََبييعي التابييعينَ، وَعَنا مَعَهُم وَيفييهم بيرَحَْتيكَ يََ أَرحَ مَ الراييحَينَ.   

اللهُمَّ اغْيفرْ ليلمُؤْيمنيينَ وَالمؤْيمنا يت، وَالمسْلييمينَ وَالمسْليمَا يت، الأحْيَايء يمنهُم وَالأمْوَا يت. اللهُمَّ ارحََنا وَارحَمْ وَالييدينَ ا وَارحَمْ أمَّةَ  نبييي نا مُُمَّدٍ أجْْيع ينَ. اللهُمَّ أصْليحْ ولََةَ أمُوْيرنََ،  وََويف قْهُمْ ليمَا يفيْيه  صَلََحُ الأُ مَّية أجْْيع ينَ. اللهُمَّ وَي ل أمُوْرنََ يخيَارنََ، وَلََ تُ وَي ل أمُوْرنََ يشرارََنَ، وَارفعْ مَقْتكَ وَغضَبكَ عَنا، وَلََ تسَلي طْ عَليْ نا بيذُنوبينا مَنْ لََ يََافكَ وَلََ يَ رْحََُنا، وَحَ يولْ حَالنا إيلََ أحْسَ ين الْأحْوَايل، وَفَ  يرجْ مَا نَ زَلَ بينا يمنَ الْأهْوَايل، بيرَحَْتيكَ يََ أرحَمَ الراييحَينَ . اللهُمَّ اجْ عَ  لْ هَ  ذَ ا البَ   لَدَ   وَسَ ا ئيرَ  ا ل بيلََ يد  عَامَّ ةً آيم ناً مُ  طْمَ  ئينا  سَ خَ ا ءً  رَ خَاءً بيقُدْرتيكَ يََ ربَّ العَاليمينَ . اللهُمَّ انصُرْ إيخْوَانَ نا المسْتضْعَيفيْنَ يفِ غز ةَ وَيفِ يفيلسْ يطينَ، وَيفِْ كُي ل مَكَانٍ يََ أرحَمَ الراييحَينَ. اللهُمَّ ب يدلْ خَوْفَ هُمْ أمْنا، وَحُزْنََمْ فَ رحًا، وَهََهُمْ فَ رجًا، يََ ربَّ العَاليمينَ. رََّب نا آتينا يفِ الدُّنيا حَسَنةً، وَيفِ الآيخرَية حَسَنةً، وَيقنا عَذَابَ الناير.  

يعبادَ يالله، إينَّ اللهَ يََمُرُ يبَلعَدْيل وَا يلإحْسَاين وَإييتايء يذي القُرْبََ، وَيَ نْ هَى عَ ين الفَحْشَايء وَالمنكَير وَالبَ غ يي، ييعظكُمْ لعَلكُمْ تذكَّرُونَ، فاذكُرُوا اللهَ العَ يظيمَ يذكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلى نيعَيميه ييزدكُمْ، وَاسْألوهُ يمن فضْلييه يُ عْ يطكُم، وَليذكْرُ يالله أكْبََُ، وَاللهُ يَ عْلمُ مَا تَصْنَ عونَ.  

 

  PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Apabila Sakit  عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَنَّهُ...