☆Tadabbur Kalamullah 16 Syaaban 1446H☆
فَلَمَّا نَسُوا۟ مَا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦ فَتَحۡنَا عَلَیۡهِمۡ أَبۡوَ ٰبَ كُلِّ شَیۡءٍ حَتَّىٰۤ إِذَا فَرِحُوا۟ بِمَاۤ أُوتُوۤا۟ أَخَذۡنَـٰهُم بَغۡتَةࣰ فَإِذَا هُم مُّبۡلِسُونَ
"Ketika mereka mengabaikan apa yang telah diperingatkan kepada mereka, maka Kami bukakan ke atas mereka pintu-pintu (kenikmatan) bagi setiap sesuatu. Sehingga apabila mereka berasa gembira dengan apa yang telah dikurniakan kepada mereka, pada ketika itu Kami mengazab mereka secara mengejut, dan pada ketika itu mereka berputus asa" [Surah al-An’am 44]
#Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Uqbah bin Amir r.a, Rasulullah saw bersabda:
إذا رأيْتَ اللهَ يُعْطي العبدَ مِنَ الدُّنيا على مَعاصيه ما يُحِبُّ، فإنَّما هو استِدراجٌ
"Sekiranya kamu melihat Allah swt memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba dengan sesuatu yang dia sukai, dalam keadaan banyaknya maksiat yang dia lakukan, ketahuilah bahawa ia adalah istidraj". Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah swt diatas, Surah al-An’am 44 (HR Ahmad)
#Istidraj merupakan nikmat yang diberikan kepada pelaku maksiat, dengan tujuan untuk menambahkan lagi kesesatan dan kebinasaan buat dirinya.
#Istidraj daripada Allah swt terhadap hamba difahami sebagai ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Allah swt membiarkan seseorang dan tidak disegerakan azabnya. FirmanNya:
سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
"Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya" [Surah al-Qalam 44]
#Al-Hasan berkata: "Betapa ramai orang yang terkena fitnah dengan cara dipuji dan betapa ramai orang yang terpedaya dengan cara ditutupi aibnya" (Lihat: al-Jami’ li Ahkam al-Quran)
#Sahl bin Abdullah mentafsirkan ayat di atas dengan maksud: "Nikmat-nikmat yang diberikan akan menyebabkan mereka lupa bersyukur" (Lihat: al-Bahr al-Madid)
#Berkata Imam Abu Hazim Salamah bin Dinar rahimahullah:
كُلُّ نِعْمَةٍ لَاتُقَرِّبُ مِنَ اللهِ فَهِيَ بَلِيَّةٌ
"Setiap nikmat yang tidak mendekatkan seseorang itu kepada Allah, maka ia hakikatnya merupakan suatu bala" (Lihat: Hilyatul Awliya', Abu Nu’aim)
#Imam Ibnu ‘Athaillah as-Sakandari dalam kitab al-Hikam berkata bahawa hendaklah seseorang merasa takut jika dia selalu mendapat kurniaan dan kebaikan daripada Allah swt, sedangkan dia masih tetap melakukan maksiat kepadaNya.
♡Antara perkara yang kita perlu risaukan ialah, saat kita dikurniakan nikmat yang disangka kebaikan itu, tiba-tiba hakikatnya ia merupakan suatu istidraj yang membawa kebinasaan dan azab♡
🐊Ust Naim
*Whatsapp Channel*
Klik link untuk join :
https://bit.ly/tadabburrkalamullah
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment