Tuesday, 18 February 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 20 Syaaban 1446H☆


وَٱلضُّحَىٰ * وَٱلَّیۡلِ إِذَا سَجَىٰ 


"Demi waktu dhuha (siang). Dan malam apabila ia sunyi sepi" [Surah aḍ-Ḍuḥa 1-2]


#Ayat ini menyentuh tentang kepentingan waktu siang dan waktu malam. Siang digunakan untuk bekerja, mencari rezeki. Manakala malam pula untuk berehat dan bermunajat. 


وَجَعَلۡنَا ٱلَّیۡلَ لِبَاسࣰا 


"Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?"


وَجَعَلۡنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشࣰا 


"Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?" [Surah an-Nabaʾ 10-11]


#Penciptaan malam dan siang merupakan nikmat yang dikurniakan Allah swt ke atas manusia dan menjadikan malam untuk berehat dan siang untuk bekerja. Allah swt juga menjadikan matahari tanda adanya siang dan bulan tanda malam, kedua-duanya untuk mengetahui bulan, tahun dan membuat perhitungan. Setiap dari matahari, bulan, bintang, planet, malam dan siang kesemuanya bergerak dan beredar mengikut edarannya yang tersendiri, sebagaimana firman Allah swt:

 

 وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ  

 

"Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)" [Surah al-Anbiyak 33]


#Terdapat perbahasan berkaitan siang hari yang terbaik dan malam yang terbaik. 


وأفضل أيامِ السَّنةِ عند الشافعية يوم عرفة، ثم يوم الجمعة، ثم يوم عيدِ الأضحى، ثم يوم عيد الفطر


"Di sisi as-Syafi’eyyah, siang hari yang terbaik dalam setahun ialah: Siang hari ‘Arafah, kemudian siang hari Jumaat, seterusnya siang hari raya korban, dan seterusnya siang hari raya puasa".


وأفضل الليالي عندهم : ليلة المولد الشريف، ثم ليلة القدر، ثم ليلة الجمعة، ثم ليلة الإسراء، هذا بالنسبة لأمته صلى الله عليه وسلم ، وأما بالنسبة للنبي صلى الله عليه وسلم فإن ليلة الإسراءِ أفضل الليالي لإنه صلى الله عليه وسلم رأى فيها ربه


"Manakala malam hari yang paling afdal dalam setahun di sisi mereka ialah: Malam kelahiran Rasulullah saw, kemudian malam Al-Qadr, kemudian malam Jumaat dan seterusnya malam Isra’ dan Mikraj. Ini merujuk kepada umat Nabi saw. Adapun di sisi Rasulullah saw, malam terbaik merupakan malam Isra’ dan Mi’raj, kerana baginda saw melihat Tuhannya pada malam tersebut" (Lihat: Al-Budur Al-Tali’ah- Syarh Al-Risalah Al-Jami’ah)


♡Penuhilah waktu siang dan malam dengan amal soleh dan perkara-perkara yang mendatangkan keuntungan dunia dan akhirat♡


🐊Ust Naim

*Whatsapp Channel*

Klik link untuk join :

https://bit.ly/tadabburrkalamullah


*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...