Tuesday, 25 February 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 27 Syaaban 1446H☆


وَٱجۡعَلۡنِی مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِیمِ 


"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim" [Surah ash-Shuʿarāʾ 85]


#Baginda Nabi Ibrahim Alaihissalam berdoa kepada kepada Allah swt memohon syurgaNya. Baginda berharap supaya dapat mewarisi syurga iaitu dapat masuk ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan. 


إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى مَقَامٍ أَمِينٍۢ * فِى جَنَّـٰتٍۢ وَعُيُونٍۢ * يَلْبَسُونَ مِن سُندُسٍۢ وَإِسْتَبْرَقٍۢ مُّتَقَـٰبِلِينَ * كَذَٰلِكَ وَزَوَّجْنَـٰهُم بِحُورٍ عِينٍۢ * يَدْعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَـٰكِهَةٍ ءَامِنِينَ


"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. Iaitu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,  Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).  Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.  Mereka meminta di dalam Syurga itu tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa" [Surah ad-Dukhan 51-55] 


#Mewarisi dalam ayat diatas itu bermaksud mewarisi dari Nabi Adam Alaihissalam. Ini kerana Nabi Adam telah pernah duduk dan menetap di syurga.


#Syurga itu penuh dengan nikmat yang berterusan dan tidak akan habis-habis nikmatnya. Kita semua pun perlu berharap sangat-sangat supaya kita dimasukkan ke dalam syurga. Dalam syurga hanya untuk menikmati nikmat sahaja, untuk memuaskan nafsu. Sudah tidak ada kerja lagi, malah ibadat pun tidak ada. Tentu semua orang ingin masuk syurga. 


#Oleh itu, pastikan kita sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa, disamping banyakkan berdoa mohon syurga. 


#Rasulullah saw pernah bertanyakan seorang lelaki

apakah yang dibacanya di dalam solat? Jawab lelaki tersebut:


أَتَشَهَّدُ وَأَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ. أَمَا إِنِّي لاَ أُحْسِنُ دَنْدَنَتَكَ وَلاَ دَنْدَنَةَ مُعَاذٍ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: ‌‏حَوْلَهَا نُدَنْدِنُ


"Aku bertasyahhud kemudian aku katakan:" Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon syurgaMu dan aku berlindung dari nerakaMu". Adapun aku, tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang kamu ucapkan dan apa yang Mu’az ucapkan. Maka jawab Nabi saw: "Kami pun mengucapkan apa yang kamu katakan (memohon syurga Allah dan berlindung dari neraka Allah)" (HR Abu Daud) 


#Antara doa yang Rasulullah saw ajarkan untuk kita amalkan:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ،وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ وَمَا قرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَولٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا


"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa yang aku ketahui mahupun tidak aku ketahui. Aku berlindung kepadaMu dari semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang ditunda, yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu dari kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan NabiMu Muhammad SAW kepadaMu dan aku berlindung kepadaMu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabiMu. Ya Allah, aku memohon kepadaMu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan aku berlindung kepadaMu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu semua takdir yang Engkau tentukan baik untukku" (HR Ibn Majah, Ahmad, at-Tabarani dan Ibn Hibban) 


♡Moga kita dipilih oleh Allah untuk mewarisi SyurgaNya. Aamiiin♡




No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...