☆Tadabbur Kalamullah 11 Ramadhan 1446H☆
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]
#Bulan Ramadhan jika manusia mengetahui tentang keistimewaan dan kelebihannya, nescaya mereka bercita-cita agar sepanjang tahun bulan Ramadhan.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abi Mas’ud al-Ghifari, katanya Rasulullah saw bersabda:
لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ مَا فِي شَهْرِ رَمَضَانَ لَتَمَنَّى الْعِبَادُ أَنْ يَكُونَ شَهْرُ رَمَضَانَ سَنَةً
"Kalaulah hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan, nescaya mereka bercita-cita supaya bulan Ramadhan berlaku sepanjang tahun" (Riwayat Ibn Khuzaimah, al-Tabarani dan al-Baihaqi)
#Hal ini kerana gandaan pahala yang begitu banyak untuk bulan Ramadhan dengan sebab itulah ia digelar sebagai bulan ibadah atau musim al-Khairat yang memberi maksud musim segala amal kebajikan.
#Apakah amalan yang boleh kita lakukan disepanjang Ramadhan yang menjanjikan pahala yang lumayan ini?:
1. Berusaha membaca al-Quran sehingga khatam sebanyak mungkin, sekurang-kurangnya sekali lebih daripada itu.
2. Memastikan setiap malam menunaikan solat sunat tarawih dan witir di masjid atau surau. Ini kerana, ia hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja.
3. Berusaha bangun di sepertiga malam untuk menunaikan solat tahajjud, solat witir, solat taubat, solat tasbih, solat hajat dan solat malam.
4. Setiap hari menunaikan solat sunat Dhuha, solat sunat rawatib, solat sunat wudhuk, solat sunat mutlak dengan sempurna. Sebagai nilai tambah yang terbaik bagi Ramadhan kita.
5. Membayar zakat harta sebolehnya dilakukan pada bulan ramadhan termasuklah membayar zakat fitrah dengan memilih bayaran yang afdhal iaitu yang paling mahal.
6. Memperbanyakkan wakaf, infak dan sedekah dan dilakukan disepanjang pada bulan Ramadhan ini.
7. Memperbanyakkan istighfar, zikir, selawat dan berdoa dengan penuh kesungguhan dan kekhusyukan.
8. Melazimi dan membiasakan kaki untuk ke masjid bagi melakukan solat berjemaah kerana kita ketahui pahalanya cukup besar di sisi Allah swt.
#Oleh itu, tersangat patut kita jadikan Ramadhan yang kita lalui ini berbeza dengan bulan-bulan yang lain dari sudut gandaan amalan dan ketaatan. Para ulamak menyebutkan:
ولا تجعل يوم صومك ويوم فطرك سواء
"Janganlah kamu menjadikan hari kamu berpuasa sama sahaja dengan hari kamu tidak berpuasa" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif, Ibn Rajab al-Hanbali)
♡Manfaatkanlah masa dan peluang yang ada di bulan Ramadhan ini dengan amal ketaatan yang sebanyaknya agar ianya membawa kita mencapai ketaqwaan kepada Allah swt♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment