☆Tadabbur Kalamullah 20 Syawwal 1446H☆
ٱسۡتَحۡوَذَ عَلَیۡهِمُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ فَأَنسَىٰهُمۡ ذِكۡرَ ٱللَّهِۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ حِزۡبُ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ أَلَاۤ إِنَّ حِزۡبَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ
"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi" [Surah al-Mujādilah 19]
#Syaitan menghalang manusia daripada mengingati Allah swt dengan membuatnya lalai dengan kesenangan (kehidupan) dunia, samada cepat atau lambat manusia akan melupakan Allah swt. Dan jika seseorang telah melupakan Allah swt, maka bererti dia telah dikuasai oleh syaitan.
#Terdapat hadis Nabi saw menyebut tentang manusia yang terlalu leka dan lalai dengan hobinya hingga melupakan Allah, bahawa dia telah dikuasai syaitan.
#Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
أن رسول ا لله صلى الله عليه وسلم رأى رجلاً يتبع حمامة فقال: شيطان يتبع شيطانة
"Bahawa Rasulullah saw pernah melihat seorang lelaki mengikuti burung merpati. Lalu baginda bersabda: "Syaitan sedang mengikuti syaitan" (HR Ahmad, Abu Daud dan selainnya daripada Sayidina Abu Hurairah r.a)
#Di dalam kitab 'Aun al-Ma'bud dinyatakan:
إنما سماه شيطاناً لمباعدته عن الحق واشتغاله بما لا يعنيه، وسماها شيطانة لأنها أورثته الغفلة عن ذكر الله، قال النووي: اتخاذ الحمام للفرخ والبيض أو الأنس أو حمل الكتب جائز بلا كراهة، وأما اللعب بها للتطير فالصحيح أنه مكروه، فإن انضم إليه قمار ونحوه ردت الشهادة، كذا في المرقاة
"Baginda menamakan lelaki itu sebagai syaitan kerana saling berjauhannya dia dari kebenaran dan kesibukannya dengan sesuatu yang tiada faedah. Baginda menamakan burung itu sebagai syaitan kerana burung itu mewariskan kelalaian kepada lelaki itu dari mengingati Allah swt".
#Firman Allah swt:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقࣱّۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا وَلَا یَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ
"Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka)" [Surah Faṭir 5]
♡Pastikan diri kita tidak dilalaikan oleh syaitan. Jangan kerana hobi, permainan, sukan dan seumpamanya melalaikan kita daripada mengingati Allah swt dan ditipu daya oleh syaitan♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment