Thursday, 10 April 2025

“Kalau benci pun janganlah sampai menghina, dan kalau suka jangan sampai memuja”


Islam mengajarkan agar kita sederhana dalam cinta dan benci, menjaga adab, tidak menghina, dan tidak memuja.


Allah ta’ala mengharamkan secara tegas dan terang amalan menghina dan memperendahkan orang lain.


‌‎ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ…

‌‎(سورة الحجرات: ١١)


“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olok).”


( Al Hujurat: 11)


Ayat ini melarang penghinaan atau merendahkan orang lain, meskipun tidak menyukainya.


Berlaku adillah walaupun terhadap orang yang dibenci:


‌‎ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ…

‌‎(سورة المائدة: ٨)


“Janganlah kebencianmu kepada sesuatu kaum mendorongmu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana itu lebih dekat kepada takwa.”


(Al Maidah: 8)


Bersederhanalah dalam cinta dan benci.


Nabi ‎ﷺ bersabda,

أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا، عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا، وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا، عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا

‌‎(رواه الترمذي: ١٩٩٧)


‏Cintailah orang yang engkau cintai secara sederhana saja, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang engkau benci. Dan bencilah orang yang engkau benci secara sederhana saja, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang engkau cintai


Rasulullah ‎ﷺ sendiri melarang ummatnya memuji-muji dirinya berlebihan.


‌‎ لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدٌ، فَقُولُوا: عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

‌‎(رواه البخاري: ٣٤٤٥)


‏Janganlah kalian memuji aku secara berlebihan sebagaimana kaum Nasrani memuji Isa bin Maryam secara berlebihan. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah, Hamba Allah dan RasulNya


‏Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin menyebut


‌‎ “الإفراط في الحب أو الكره يؤدي إلى نسيان الآداب والإنصاف، وهذه علامة ضعف النفس.”


‏“Berlebihan dalam mencintai atau membenci sering kali menyebabkan seseorang lupa menjaga adab dan keadilan, dan ini adalah tanda kelemahan jiwa.”


Justeru, berpadalah dalam cinta dan benci. Jadikanlah ukuran cinta dan benci itu kerana Allah ta’ala iaitu mendapat keredhaanNya.


مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ وَأَبْغَضَ لِلَّهِ وَأَعْطَى لِلَّهِ وَمَنَعَ لِلَّهِ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ


Sesiapa yang mencintai, membenci, memberi, dan menahan (tidak memberi) kerana Allah, maka dia telah menyempurnakan imannya.

(HR TIrmizi dan Abu Daud)




ABi



Barangsiapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal), ia akan tetap memperoleh pahala", (HR. Al Bukhari)


No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...