Sunday, 6 April 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 8 Syawwal 1446H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Āli-ʿImrān 200]

#Perjuangan memerlukan pengorbanan tinggi untuk menjamin kejayaan. Di samping keyakinan bahawa kemenangan adalah milik setiap perjuangan yang dilakukan kerana Allah swt. Apatah lagi apabila perjuangan itu kerana mempertahankan agama Allah dan maruah serta hak orang Islam sebagaimana di bumi Palestin. Mereka bukan sahaja berjuang kerana mempertahankan tanah air tetapi lebih penting daripada itu mempertahankan tanah suci umat Islam dan menentang kezaliman rejim Zionis Israel. Setiap orang Islam sangat yakin bahawa kemenangan adalah bersama mereka. InsyaAllah!! 

#Saat ini kekejaman rejim Zionis di bumi Palestin semakin di luar pemikiran manusia yang waras. Setiap hari terdapat pelbagai laporan tidak berperikemanusiaan tentera Israel terhadap rakyat Palestin termasuk mereka membunuh kanak-kanak, ibu mengandung, warga emas, para petugas dan penyelamat kecemasan di Gaza.

#Dalam laporan Unicef menyebut:

1- Lebih daripada satu juta kanak-kanak di Gaza telah dinafikan bantuan yang menyelamatkan nyawa mereka selama lebih dari sebulan.

2- Sekatan berterusan terhadap kemasukan bantuan ke Gaza adalah satu pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa dan memberi kesan buruk kepada kanak-kanak.

3- Kami mempunyai ribuan bungkusan bantuan yang menunggu untuk masuk ke Gaza dan harus dibenarkan segera. (Sumber: Al-Jazeera) 

#Dalam kenyataan terbaru Al-Azhar Al-Sharif: "Ribuan kanak-kanak Gaza telah merasai penderitaan menjadi yatim di tangan musuh yang kejam dan dahagakan darah serta membunuh kanak-kanak. Kami menyeru kepada kerajaan-kerajaan yang bebas di dunia, organisasi, dan badan-badan mereka untuk mempertingkatkan usaha bagi menghentikan serangan keganasan ini dengan segera demi menyelamatkan apa yang tersisa daripada zaman kanak-kanak di kalangan anak-anak Gaza. (Sumber: Al-Jazeera) 

#Namun demikian, umat Islam dan para pejuang Islam yakin dan percaya bahawa kesabaran dan ketekunan dalam menghadapi musuh Allah adalah cara untuk mendapatkan kemenangan. 

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ 

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Surah Muḥammad 7]

#Jom banyakkan berdoa memohon bantuan Allah untuk saudara kita di Palestin:

اللهم لا تُغلَب السواعد التي تذودُ عن الحق وأنت المولى والنصير، ولا تُهزم الكتائب وهي في سبيلك ولإعلاء كلمتك!

"Ya Allah, jangan biarkan tangan yang berjuang untuk kebenaran kalah, Engkaulah yang Maha Memimpin dan Penolong. Jangan biarkan pasukan-pasukan yang berjuang di jalanMu dan untuk meninggikan kalimahMu ditundukkan!

اللهم ثبِّت أقدام عبادك المجاهدين، وكن لأهلنا المستضعفين وانصرنا على القوم 

المجرمين.

"Ya Allah, teguhkan langkah hamba-hambaMu yang berjihad, dan jadilah penolong bagi orang-orang yang lemah di kalangan kami, serta berikan kemenangan kepada kami atas kaum yang zalim.

♡Pejuang-pejuang Islam pasti menang dan berjaya mengalahkan musuh-musuh Allah. Yakinlah... InsyaAllah, Aamiiin♡

🐊Ust Naim

Telegram Channel

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook Page:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah



No comments:

Post a Comment

  PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Ketika Ziarah Pesakit عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَس...