☆Tadabbur Kalamullah 1 Zulhijjah 1446H☆
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" [Surah al-Baqarah 155]
#Setiap daripada kita pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Apa yang kita hadapi, mungkin orang lain tidak pernah dan tidak akan hadapi. Dan apa yang orang lain hadapi, mungkin kita tidak pernah dan tidak akan hadapi. Kenapa begitu?
#Sebabnya ialah Allah swt sudah memaklumkan bahawa kita semua pasti akan diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Allah swt berfirman:
لَا یُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehNya" [Surah al-Baqarah 286]
#Allah swt memaklumkan bahawa kita semua diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Dalam hidup ini, Allah swt akan datangkan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya pasti dan pasti kita kuat dan mampu untuk hadapinya.
#Oleh itu, kita kena berfikiran bahawa kita mampu untuk menghadapi setiap ujian daripada Allah swt dan berdoa memohon kekuatan dariNya. InsyaAllah Allah akan jadikan kita sabar dan tabah menghadapi setiap ujian. Ini janji Allah swt. Jika kita fikir kita tidak mampu untuk berhadapan ujian tersebut, selamanya kita tidak akan mampu dan tidak akan boleh hadapinya. Hal ini kerana Allah swt pernah menyebut dalam satu hadis Qudsi:
يقولُ اللَّهُ تَعالَى: أنا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بي، وأنا معهُ إذا ذَكَرَنِي، فإنْ ذَكَرَنِي في نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ في نَفْسِي، وإنْ ذَكَرَنِي في مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ في مَلَإٍ خَيْرٍ منهمْ، وإنْ تَقَرَّبَ إلَيَّ بشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إلَيْهِ ذِراعًا، وإنْ تَقَرَّبَ إلَيَّ ذِراعًا تَقَرَّبْتُ إلَيْهِ باعًا، وإنْ أتانِي يَمْشِي أتَيْتُهُ هَرْوَلَةً
Allah Ta'ala berfirman: "Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam diriKu, dan jika dia mengingatiKu dalam satu kumpulan, Aku akan menyebutnya di hadapan kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika dia mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta; jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa, dan jika dia datang kepadaKu berjalan, Aku akan datang kepadanya berlari kecil" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Ini bermaksud, jika hamba itu bersangka baik kepada Allah, maka dia akan dapati Allah seperti sangkaannya itu. Jika dia berburuk sangka, maka dia juga akan mendapati apa yang disangkakannya itu.
#Allah adalah seperti apa yang kita sangkakan. Maksudnya, apa yang kita sangkakan itu secara tidak langsung akan menjadi doa kepada Allah swt. Kalau kita sangka tidak mampu, seolah kita sedang berdoa kepada Allah supaya bagi kita untuk tidak mampu, dan paling kritikal adalah, jika Allah tunaikan ‘permintaan’ kita. Lalu selamanya kita tidak akan mampu. Naudzubillah!
♡Oleh itu, penting untuk kita bersangka baik kepada Allah swt dan diri sendiri. Kita semua mampu hadapi setiap ujian yang Allah berikan, cuma tinggal lagi pada diri kita untuk uruskan pergantungan dan pemikiran baik kita kepada Allah swt. Sangka yang baik, hasilnya InsyaAllah juga baik♡
🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Facebook Page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
No comments:
Post a Comment