Sunday, 11 May 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 14 Zulkaedah 1446H☆


إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا


"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" [Surah al-Ahzab 72] 


#Perkara utama yang wajib dilakukan oleh pemimpin adalah menunaikan segala amanah yang telah diberikan. Jika khianat dan menipu, neraka menunggu. 


#Diriwayatkan daripada Sayidina Ma’qal bin Yasar r.a bahawa Baginda saw bersabda:


ما مِن عَبْدٍ اسْتَرْعاهُ اللَّهُ رَعِيَّةً، فَلَمْ يَحُطْها بنَصِيحَةٍ، إلَّا لَمْ يَجِدْ رائِحَةَ الجَنَّةِ


"Tiada seorang hamba yang telah diamanahkan oleh Allah swt untuk menguruskan hal ehwal rakyat di bawah tanggungannya lalu tidak menunaikan amanah tersebut meskipun dengan hanya menyampaikan satu nasihat melainkan tidak dapat mencium haruman syurga" (Riwayat al-Bukhari) 


#Dalam riwayat yang lain, Rasulullah saw bersabda:


مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ


"Tiada dikalangan hamba yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah pimpinanya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga" (HR al-Bukhari dan Muslim) 


#Seseorang yang bergelar pemimpin mestilah sedar bahawa keutamaannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat yang berada di bawah tanggungannya, bukannya sibuk berebut kedudukan, jatuh menjatuhkan dan mengaut kekayaan melalui jawatan yang diamanahkan kepadanya. Sabda Rasulullah saw:


أَلَا ‌كُلُّكُمْ ‌رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالإِمَامُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ


"Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya" (HR al-Bukhari) 


#Dinyatakan dalam Kitab al-Durrat al Gharra’ oleh al-Khairbaiti: "Seseorang sultan, pertamanya mestilah mengetahui kadar kekuasaannya dan memahami bahayanya. Sesungguhnya kekuasaan itu merupakan sebahagian daripada nikmat Allah swt, sesiapa yang menunaikan haknya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan abadi yang tiada tandinganya tetapi barang siapa yang gagal melaksanakan haknya, dia akan memperoleh kesengsaraan yang tiada toloknya melainkan kekufuran kepada Allah swt. Sekiranya demikian, maka tiada nikmat yang lebih tinggi daripada pemberian darjat sultan kepada seseorang hamba yang menjadikan satu saat daripada hidupnya seumpama keseluruhan hidup orang lain. Sesiapa yang tidak menyedari kebesaran nikmat tersebut akan menggunakannya dengan penuh kezaliman dan memuaskan hawa nafsunya. Mereka ini dibimbangi akan menjadi sebahagian daripada musuh Allah swt. (Lihat: al-Durrat al Gharra’) 


♡Tunaikanlah amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Jangan sesekali khianat dan menipu dalam urusan memimpin umat. Ingatlah, jawatan dan kepimpinan adalah penyesalan di akhirat kelak bagi mereka yang tidak menunaikannya♡


🐊Ust Naim

*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...