Thursday, 22 May 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 25 Zulkaedah 1446H☆


وَلَا تَسۡتَوِی ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّیِّئَةُۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِی بَیۡنَكَ وَبَیۡنَهُۥ عَدَ ٰ⁠وَةࣱ كَأَنَّهُۥ وَلِیٌّ حَمِیمࣱ 


"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" [Surah Fuṣṣilat 34]


#Dalam ayat ini, Allah swt menyebut kesan kebaikan kalau kita berbaik dengan orang lain. Kita membalas kejahatan dengan kebaikan. Keadaan ini akan menyebabkan seorang musuh berubah menjadi sahabat atau pengikut setia. 


#Dikisahkan ketika berlaku penaklukan semula Palestin oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi, dicatatkan seramai lebih daripada 100,000 orang Kristian termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah ditawan oleh tentera Islam. (Lihat: Kitab al-Fath al-Qussi fi al-Fath al-Qudsi, Imaduddin al-Isfahani) 


#Santunan atau layanan yang ditunjukkan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi sangat berbeza berbanding apa yang telah dilakukan oleh tentera Salib terhadap umat Islam sebelum ini yang telah dikenakan hukuman bunuh. Sultan Salahuddin sebaliknya mengambil sikap memaafkan kepada masyarakat Kristian. Malah, kesemua mereka dibebaskan setelah membayar wang tebusan diri iaitu bagi lelaki 10 dinar, perempuan sebanyak 5 dinar dan kanak-kanak dikenakan 2 dinar. (Lihat: al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah, Abdullah Nasih ‘Ulwan)


#Orang-orang miskin seramai 7000 orang juga telah dibebaskan dengan jumlah pembayaran sebanyak 30,000 dinar secara sekaligus. Walaubagaimanapun, sekiranya wang tebusan diri tersebut tidak mampu dibayar oleh sebahagian mereka, maka secara automatik mereka akan terus berada dalam tahanan.


#Hal ini mencerminkan kebaikan, keselamatan dan keamanan Islam itu sendiri kerana pendekatan yang diambil oleh Sultan Salahuddin tersebut menjadikan pertempuran dan pertentangan dapat dielakkan. Ini sekaligus menatijahkan tragedi kehilangan nyawa dan pertumpahan darah yang dahsyat dapat dielakkan.


#Dicatatkan juga dalam sejarah bahawa Sultan Salahuddin turut membekalkan sejumlah wang dan haiwan tunggangan apabila beliau melihat ada para tebusan yang membawa ibu bapa dan saudara tetangga yang telah berumur. Ini berlaku dalam kalangan mereka yang telah membayar wang tebusan diri untuk bebas. (Lihat: al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah) 


#Bahkan, bagi memastikan mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju, Salahuddin turut mengarahkan tenteranya agar mengiringi para tebusan tersebut. (Lihat: Saladin and the Fall of Jerusalem, Geoffrey Regan)


#Hal ini jelas menggambarkan bagaimana sikap Islam yang penuh dengan keramahan, kemaafan, keamanan, keharmonian, toleransi dan keadilan dalam membentuk satu sistem kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan damai. 


♡Memaafkan adalah sifat dan sikap yang terpuji dan mulia. Selagi ada jalan untuk memaafkan, maka carilah ruang untuk memaafkan. Itulah kemurnian ajaran Islam. Islamlah nescaya selamat dan damai!!♡


🐊Ust Naim

*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah




No comments:

Post a Comment

 [26/7/25, 21:35:14] KSC Hamidi: (A'uzubi izzatillah wakudratihi min syarrima Ajidu waa u'haadzir) [26/7/25, 21:35:47] KSC Hamidi: (...