Thursday, 1 May 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 4 Zulkaedah 1446H☆


سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ


"Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaanKu" [Surah al-A’raf 146]


#Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam.


#Berkata Imam as-Syaukani rahimahullah: Firman Allah, ‘سَأَصْرِفُ عَنْ ءَايٰتِىَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ’ (Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan diri daripada ayat-ayatKu) Yakni, Aku akan menghalang mereka daripada memahami kitabKu. Pendapat lain mengatakan, yakni Aku akan memalingkan mereka daripada keimanan kepada ayat-ayatKu. (Lihat: Fath al-Qadir)


#Orang yang sombong dengan kebenaran akan jauh dengan rahmat Allah swt bahkan akan hidup dalam kesesatan dan kebodohan. Mereka jauh daripada petunjuk Allah dan hidup dalam kehinaan serta bakal menjadi bahan bakaran api neraka.


#Firman Allah swt:.


فَمَا كَانَ لَهُ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنتَصِرِينَ


"Maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri" [Surah al-Qasas 81]


#Sabda Rasulullah saw:


 لاَ يَدْخُلُ الْْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْْرٍ


"Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi" (HR Muslim)


#Para ahli tafsir menyebut kisah tentang Qarun yang telah dilantik oleh Firaun sebagai ketua bagi Bani Israel di Mesir, dan melalui jawatan itulah dia mengumpul kekayaan yang melimpah-ruah. Selain itu, dia juga berlaku zalim terhadap kaumnya disebabkan oleh kekayaannya, di mana setelah berada di puncak kekayaan, orang miskin dipandang rendah dan hina, sehinggakan upah yang diberikan kepada pekerja adalah dengan nilai yang teramat kecil. Apabila orang ramai datang meminta bantuan, dia menjadi marah dan tidak mahu diganggu. Semua ini termasuk daripada perangai kesombongan orang yang telah mabuk dengan kekayaannya. Pengakhiran Qarun dengan dia ditenggelamkan bumi, dibenamkan ke dalamnya di mana sebelumnya dia meninggi diri di atasnya. Ini adalah sebagai hukuman dan pembalasan yang setimpal. Qarun meninggalkan kehidupan dunia dalam keadaan lemah, sedangkan kemuliaan dan kekayaannya ketika di dunia dahulu tidak mampu menolongnya sedikitpun di akhirat kelak.


#Antara kisah-kisah kontemporari berkaitan kesombongan yang agak masyhur dalam kalangan umat Islam zaman kini ialah tentang kisah perdebatan antara Thanaullah al-Amritsari dengan Ghulam Ahmad al-Qadiani. Dalam perdebatan tersebut, kemenangan telah berpihak kepada Thanaullah. Namun Ghulam Ahmad tetap sombong dan tidak mahu menerima kebenaran tersebut, malah berani mencabar untuk saling bermubahalah. Usul atau cabaran tersebut dipersetujui oleh Thanaullah. Akhirnya, akhbar-akhbar India pada masa itu, telah menyiarkan bahawa Ghulam Ahmad al-Qadiani sebelum dia meninggal dunia, dia telah ditimpa penyakit kolera, hingga menyebabkan najis telah keluar daripada mulutnya sebelum dia meninggal dunia. Dia telah meninggal dunia ketika sedang duduk membuang air (menunaikan hajat) di dalam tandas. (Lihat: al-Qadianiyyah Dirasat wa Tahlil)


♡Setelah kita melihat kepada akibat-akibat yang menimpa orang yang sombong ini, maka kita hendaklah berusaha keras untuk menjauhi sifat tersebut daripada mendiami atau bertapak di dalam diri kita♡


🐊Ust Naim

*Telegram Channel*

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


*Facebook Page:*

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah





No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...