وقال : « سَيِّدُ الأَيَّامِ يَوْمُ الْجُمُعَةِ » ( أي هو من أفضل الأيام.
Sabda Rasulullah ﷺ: ((Penghulu hari-hari adalah hari Jumaat)) iaitu hari Jumaat adalah hari yang paling afdal.
Di dalam hadis الجامع الصغير disebutkan bahawa:
سَيِّدُ الأَيَّامِ عِنْدَ اللهِ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، أَعْظَمُ مِنْ يَوْمِ النَّحْرِ وَالْفِطْرِ. وَفِيهِ خَمْسُ خِلاَلٍ
Penghulu hari disisi Allah ialah hari Jumaat, ia lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Adanya terdapat 5 perkara
فِيهِ خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ، وَفِيهِ أَهْبِطَ مِنَ الْجَنَّةِ إِلَى الْأَرْضِ،
1) Padanya Allah menciptakan Nabi Adam, juga padanya Nabi Adam diturunkan dari syurga ke bumi
وَفِيهِ تُوفِيَّ،
2) Padanya baginda diwafatnan
وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ الْعَبْدُ فِيهَا اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ مَا لَمْ يَسْأَلْ إِثْمًا أَوْ قَطِيعَةَ رَحِمٍ،
3) Padanya terdapat suatu saat yang tidaklah diminta sesuatu oleh seorang hamba kepada Allah melainkan akan pasti akan diberi padanya selagi mana ia tidak meminta suatu dosa atau memutuskan silaturrahim
وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ.
4) Pada hari Jumaat akan berlaku kiamat
وَمَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ وَلَا سَمَاءٍ وَلَا أَرْضٍ وَلَا رِيحٍ وَلَا جَبَلٍ وَلَا حَجَرٍ إِلَّا وَهُوَ مُشْفِقٌ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ» أي والحال أن ذلك خائف من قيام القيامة فيه، والحشر والحساب.
5) Tidaklah dari malaikat yang dekat ,langit, bumi, angin, bukit, batu bata melainkan semuanya takut dengan hari Jumaat (kerana padanya perkumpulan di padang Mahsyar, amalan kita akan dihisab) 🥹
روى هذا الحديث الإمام الشافعي وأحمد والبخاري عن سعد بن عبادة سيد الأنصار.
---- bagaimana kita? ---
🟢kalau solat yang belum settle, aurat belum tutup, hutang belum dilunaskan, gaji atau upah belum dibayar, selesaikanlah segera, harta yang diambil secara zalim, kembalikanlah segera.
---- Pernah terfikir kenapa digalakkan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat? ---
🟢 Selain dari sebab berlaku kiamat pada hari Jumaat, ia juga asbab benteng diri dari fitnah dajjal. Kenapa disebut benteng dari fitnah dajjal?
Ini kerana setiap fitnah (ujian) kecil ataupun besar melainkan ia adalah pintu masuk ke fitnah yang lebih iaitu fitnah dajjal.
Dalam surah Al-Kahfi terdapat 4 kisah yang menggambarkan terdapat 4 fitnah:
1) Fitnah agama : Kisah Ashabul Kahfi
2) Fitnah harta: Kisah 2 pemilik kebun, seorang miskin , seorang kaya
3) Fitnah kuasa: Kisah Zulqarnain
4) Fitnah ilmu: Kisah Nabi Musa dan Sayyiduna Khidir
Semoga hari Jumaat kita tidak sia-siakan dengan membuat pengisian dan benteng diri
Barakallahufikum
Jumu'ah Mubarakah
💚
No comments:
Post a Comment