Tuesday, 5 August 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 11 Safar 1447H☆


وَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲ یَتَسَاۤءَلُونَ قَالُوۤا۟ إِنَّا كُنَّا قَبۡلُ فِیۤ أَهۡلِنَا مُشۡفِقِینَ فَمَنَّ ٱللَّهُ عَلَیۡنَا وَوَقَىٰنَا عَذَابَ ٱلسَّمُومِ * إِنَّا كُنَّا مِن قَبۡلُ نَدۡعُوهُۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡبَرُّ ٱلرَّحِیمُ 


"Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bertanya-tanya. Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) berada dalam kalangan keluarga kami dalam keadaan takut (menderhaka Allah), maka Allah telah mengurniakan nikmat kepada kami, dan menyelamatkan kami daripada azab yang membakar. Sesungguhnya kami dahulu sentiasa berdoa kepada-Nya; "Sesungguhnya Dialah al-Barr (Maha Baik) lagi al-Rahim (Maha Penyayang)" [Surah at-Tur 25–28] 


#Allah swt menyatakan bahawa penghuni syurga akan mengingati kehidupan mereka semasa di dunia dahulu. Mereka akan berhimpun berbual-bual tentang hal ehwal kehidupan taqwa mereka didunia dahulu yang menjadi penyebab mereka dapat dihimpunkan bersama keluarga mereka di dalam syurga. 


#Penghuni syurga juga akan mengingati golongan jahat yang selalu berusaha meniupkan keraguan kepada orang-orang beriman dan mengajak supaya kufur kepada Allah swt. Allah berfirman dalam Surah as-Saffat:


فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٌ يَقُولُ أَإِنَّكَ لَمِنَ الْمُصَدِّقِينَ * أَإِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَدِينُونَ


"Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bertanya-tanya. Seorang di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku dahulu mempunyai seorang teman. Dia berkata: "Adakah kamu termasuk orang yang membenarkan (hari kebangkitan)?" Adakah apabila kita telah mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibalas (dihidupkan kembali)?" [Surah as-Saffat 50–53] 


#Penghuni syurga juga akan mengingati hari-hari kehidupan mereka di dunia serta ujian dan dugaan yang mereka hadapi, sama ada pada diri mereka sendiri, anak-anak, ahli keluarga dan harta benda. Semua ingatan semula ini berlaku dalam penuh kegembiraan, lalu mereka berkata, seperti yang dirakamkan oleh Allah swt dalam firmanNya:


وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ


"Dan mereka (penghuni syurga) berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita daripada kami. Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, Maha Mensyukuri" [Surah Fatir 34] 


#Apabila ahli syurga dihidangkan dengan hidangan di syurga, kenangan terhadap dunia akan kembali semula. Mereka melihat buah-buahan di syurga yang menyerupai buah-buahan dunia dari segi rupa, tetapi berbeza dari segi saiz dan rasa. Allah swt berfirman:


كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا


"Setiap kali mereka diberi rezeki daripada buah-buahan syurga, mereka berkata: Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu (di dunia). Mereka diberi (buah itu) yang serupa pada rupa sahaja" [Surah al-Baqarah 25] 


#Penghuni syurga juga akan mengingati doa-doa yang mereka panjatkan kepada Allah swt ketika ditimpa kesulitan di dunia, tangan yang diangkat ke langit memohon agar amalan mereka diterima, agar dikurniakan taufik untuk beramal soleh, dan agar menjadi ahli syurga. Firman Allah swt:


إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ


"Sesungguhnya kami (penghuni Syurga) dahulu sentiasa berdoa kepada-Nya; "Sesungguhnya Dialah al-Barr (Maha Baik) lagi al-Rahim (Maha Penyayang)" [Surah at-Tur 28]


♡Inilah secebis kisah kehidupan penghuni syurga. Moga Allah swt menjadikan kita semua dalam kalangan ahli syurga dengan kemurahan dan rahmatNya. Aamiiin♡


🐊Ust Naim

Telegram Channel

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook Page:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...