Monday, 11 August 2025

 ☆Tadabbur Kalamullah 17 Safar 1447H☆


وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِیۤ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِی سَیَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِینَ 


Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina" [Surah Ghāfir 60]


#Kita dituntut untuk sentiasa berdoa pada setiap masa dan keadaan. Allah swt memerintahkan agar kita berdoa dan Allah akan memakbulkan. 


#Baginda saw dan para sahabat ada mengajar kita beberapa doa tatkala kita  berhadapan dengan orang zalim dan jahat. Antara doanya ialah:


1. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Musa Al-Asyari r.a, bahawa Nabi saw apabila takut kepada sesuatu kaum, Baginda berdoa:


اللَّهُمَّ إنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِهِمْ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ


"Ya Allah, sesungguhnya kami menjadikan Engkau di leher-leher mereka  dan kami berlindung kepada-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka" 

(HR Abu Daud dan an-Nasa’ie. Sahih)


2. Diriwayatkan daripada Sayidina Anas r.a, beliau berkata: "Kami bersama Nabi saw dalam satu peperangan lalu bertempur dengan musuh, maka aku mendengar Baginda berdoa:


يَا مَالِكَ يَوْمِ الدِّينِ، إيَّاكَ أَعْبُدُ، وَإِيَّاكَ أَسْتَعِينُ


"Wahai Pemilik Hari Pembalasan, hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadaMu aku memohon pertolongan. Maka aku benar-benar melihat musuh-musuh itu jatuh tersungkur, dipenggal oleh para malaikat dari hadapan dan belakang mereka" (Riwayat Ibnu al-Sunni. Dhaif)


3. Sayidina Abdullah bin Masud r.a berkata: "Apabila seseorang di antara kamu berada di bawah pemerintah yang dia takut akan kesombongan dan kezalimannya, maka hendaklah dia mengucapkan:


اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، كُنْ لِي جَارًا مِنْ فُلَانٍ وَأَحْزَابِهِ وَأَشْيَاعِهِ، أَنْ يَفْرُطُوا عَلَيَّ، وَأَنْ يَطْغَوْا، عَزَّ جَارُكَ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ


"Ya Allah, Tuhan langit dan Tuhan Arasy yang Agung, jadilah Engkau pelindungku daripada si fulan dan pengikut-pengikutnya serta penyokong-penyokong nya, daripada mereka melampaui batas dan berlaku zalim terhadapku. Maha Mulia perlindunganMu, Maha Agung pujian kepadaMu, dan tiada Tuhan selain Engkau" (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf)


4. Daripada Abu Mijlaz (seorang tabi’in) berkata: "Sesiapa yang takut akan kezaliman daripada seorang pemimpin, lalu dia mengucapkan:


رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا، وَبِالْقُرْآنِ حَكَمًا وَإِمَامًا


"Aku redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, Muhammad sebagai Nabi, dan Al-Quran sebagai hakim dan pemimpin. Allah akan menyelamatkannya daripada pemimpin tersebut" (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf)


5. Diriwayatkan daripada 'Alqamah bin Marthad, beliau berkata: "Apabila seseorang itu termasuk dalam kalangan orang terdekat dengan al-Sha'bi (seorang tabi’in), beliau akan memberitahu orang itu doa ini:


اللَّهُمَّ إِلَهَ جِبْرِيلَ، وَمِيكَائِيلَ، وَإِسْرَافِيلَ، وَإِلَهَ إِبْرَاهِيمَ، وَإِسْمَاعِيلَ، وَإِسْحَاقَ، عَافِنِي وَلَا تُسَلِّطَنَّ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ عَلَيَّ بِشَيْءٍ لَا طَاقَةَ لِي بِهِ


"Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil, dan Tuhan Ibrahim, Ismail, dan Ishak, berilah kesejahteraan kepadaku dan janganlah Engkau biarkan sesiapa pun dari makhluk-Mu menguasai diriku dengan sesuatu yang aku tidak mampu menahannya"


Diceritakan bahawa ada seorang lelaki datang kepada seorang pemimpin, lalu dia membaca doa ini, maka pemimpin itu membebaskannya. (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf)


♡Sama-samalah kita mengamalkan doa-doa ini ketika berdepan orang zalim dan jahat, moga Allah swt menyelamatkan kita daripada kezaliman dan kejahatan mereka♡


🐊Ust Naim

Telegram Channel

Klik link ini untuk join:

http://bit.ly/tadabburkalamullah


Facebook Page:

https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...