Sunday, 27 August 2023

 [Kenapa ada orang merasa sedih dan kecewa]


Mereka yang mempunyai perasaaan sedih dan kecewa adalah kerana mereka percaya mereka berhak memiliki sesuatu. 


Seorang ibu sangat kecewa dengan seorang anak yang tidak boleh diharapkan kerana percaya anak itu milik dia.


Seseorang isteri kecewa dengan suami kerana ada orang lain kerana percaya suami itu milik dia.


Seorang pemilik bisnes kecewa dengan bisnesnya yang dihancurkan oleh pihak lain kerana percaya bisnesnya itu miliknya.


Seorang majikan kecewa dengan pekerjanya kerana pekerjanya meninggalkannya kerana percaya pekerja itu miliknya.


Seorang pekerja itu kecewa dengan pangkat yang tidak diperolehi olehnya kerana percaya sepatutnya dialah yang paling layak memiliki pangkat tersebut.


.


Hakikatnya, semua perkara di atas muka bumi ini semuanya bukan milik kita. Semuanya milik Allah. Kita sebenarnya hanyalah pemegang amanah yang tidak berkuasa langsung memiliki apa apa.


Justeru itu, untuk mengelakkan kekecewaan dan rasa lapang hati adalah JANGAN PERNAH ADA RASA MEMILIKI. 


Jika kita memilih untuk mempunyai perasaan MEMILIKI sebenarnya tanpa kita sedar kita sebenarnya telah memilih pertarungan merebut sesuatu yang milik Allah. Kita berebut dengan Allah. Lalu Allah menghukum kita dengan gelisah, sakit hati dan kecewa apabila kita tidak memilikinya.


Lalu,  bagaimana mahu jadi orang paling bahagia di dunia?


Orang paling bahagian di dunia adalah mereka yang telah mendapat hidayah. Mereka tidak pernah ada merasa memiliki apa apa cukuplah Allah baginya. 


✔ Tidak ada marah

✔ Tidak ada kecewa

✔ Tidak ada kesal

✔ Tidak ada keluh kesah

✔ Tidak ada dendam


Itulah maqam diri yang disebut Nafsul Mutmainnah iaitu JIWA YANG TENANG. 


Jiwa yang tiada gelombang. Tidak ada riak gelombang. Tidak ada ombak.


Hatinya tenang.


😊 Dapat duit sikit Alhamdulillah

😊 Dapat duit banyak Alhamdulillah

😊 Tidak dapat duit Alhamdulillah

😊 Duitnya hilang Alhamdulillah


Teringin nak mencapai maqam Nafsul Mutmainnah?


👉 Belajarlah tentang HAKIKAT vs SYARIAH

👉 Belajar MengenalPencipta

👉 Belajarlah tentang SABAR, TAWAKAL

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...