WASPADALAH TERHADAP 4 PERKARA.
1. TIDAK SUKA TERHADAP QADA' DAN QADAR ALLAH SWT DAN TIDAK RELA MENERIMANYA.
Kalau kita tidak menerima qada' dan qadar ALLAH, memang kita merasa sempit, merasa sedih dan terasa sesak. Maka tolong pandang takdir-NYA ALLAH dan beriman kepada qada' dan qadar ALLAH. Berdamailah dengan takdir. Takdir ALLAH yang berlaku ke atas kita tidak ada satu pun yang tak baik. Percayalah dan yakinlah.
Adakah sesiapa yang sedang bersedih dan derita jiwanya ketika ini?
Marilah kita melihat Surah Fathir ayat 34.
الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْٓ اَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَۗ اِنَّ رَبَّنَا لَغَفُوْرٌ شَكُوْرٌۙ
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghilangkan kesedihan dari kami. Sungguh, Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun, Maha Mensyukuri."
Ayat ini dimulakan dengan ALHAMDULILLAH.
Orang yang hebat bilamana dia diuji dengan takdir yang bagaimana pun, dilisannya masih lagi ALHAMDULILLAH.
Apa maksud ayat 34 Surah Fathir ini?
Nanti kat Syurga, ahli Syurga baca semula ayat ini dengan lafaz permulaannya ALHAMDULILLAH.
Ahli Syurga mengucapkan syukur kerana apa?
Kerana dengan derita, sedih, tangisan, airmata yang ALLAH beri kepada dia ketika di dunia menyebabkan hari ini dia diSyurgakan oleh ALLAH.
Masya-ALLAH Tabarakallah.
Jadi sahabat-sahabat bila kita sedih, bila kita rasa derita tolonglah ingat ayat 34 Surah Fathir ini dan bisikkan kepada diri kita,
"Aku akan ulang lagi ayat ini ketika aku berada di dalam Syurga nanti. Aku akan baca ayat ni ketika aku berhadapan dengan ALLAH, ketika aku boleh bersembang-sembang dengan Rasulullah, ketika aku diSyurgakan dengan orang-orang beriman yang menjadi kekasih ALLAH. Aku akan lafaz ALHAMDULILLAH."
Betapa seksanya di atas dunia kita dalam musibah nak sebut Alhamdulillah. Orang-orang yang kematian anak disuruh sebut Alhamdulillah Innalillahi Wainna Ilaihi Roji'un. Maknanya ALLAH uji kamu wahai ayah ibu yang kematian anak dengan ujian yang begitu berat dan besar. Tapi Nabi ajar kita untuk sebut Alhamdulillah. Sedangkan ada ibu ayah yang kematian anak menyalah-nyalahkan ALLAH. Subhanallah.
Nanti kita boleh ulang semula membaca ayat 34 Surah Fathir ini ketika kita di dalam Syurga tanda terima kasih kita kepada ALLAH kerana ALLAH beri derita kepada kita dulu ketika di dunia, kerananya kita dapat merasa nikmat Syurga. Maksudnya sahabat-sahabat, derita yang kita rasai, sakit hati kita, kecewa kita, penat kita atas dunia ni dan airmata kita yang jatuh kesemuanya ada ganjaran dari ALLAH. Kalau tak di dunia kita mendapat ganjarannya, ALLAH akan beri ganjarannya ketika kita masuk ke dalam Syurga ALLAH kelak. Jadi kita bersyukur kepada ALLAH di atas derita, sedih, sakit kita ketika di dunia dulu.
Indah sangat kalau kita boleh pujuk hati kita dengan mengingatkan diri kita bahawa dunia ini hanya sementara. ALLAH ajarkan kita untuk kuat melalui ujian derita, sakit dan kecewa yang didatangkan kepada kita. ALLAH berikan kita kekuatan untuk menempuh kesemua ujian itu. Ketika kita sedang sedih, sedang kecewa, sedang derita mintalah ALLAH tolong kita supaya kita tidak meninggalkan ALLAH kerana saat kita ditimpa musibah itu ALLAH sebenarnya sangat dekat dengan kita. Minta ALLAH tolong beri kita kekuatan. Perbanyakkan zikrullah. Hiaslah diri kita dengan Istighfar dan Syahadah. ALLAH berkehendak kita diuji sebegini maka kita mohon ALLAH tolong kuatkan kita.
Berdamailah dengan takdir. Senyumlah walau hati kita sedang menangis. Kita akan merasa nikmat yang luar biasa, kalau tak di dunia , ALLAH pasti memberi di Syurga.
Ingatlah jika kita tidak boleh berdamai dengan takdir ALLAH, kita memang akan sakit, akan sesak, akan rasa sempit dan akan menderita.
Siapa lagi nak sayang diri kita kalau bukan kita sendiri yang sayang diri kita?
Jadi jangan biarkan diri lama-lama bersedih. Cepat-cepatlah bangkit dari kesedihan dan tolong berdamai dengan takdir ALLAH.
Kalau kita tak nak terus sakit, terus sesak, terus sempit dan terus menderita dan terus gagal bukan setakat di dunia tetapi gagal sehingga ke Akhirat maka tolong ubah cara kita berfikir. Berdamailah dengan takdir.
2. TERJERUMUS PADA KEMAKSIATAN TANPA BERTAUBAT.
Bila kita tahu benda itu maksiat, stop buat. Cepat-cepat bertaubat.
Kesiannya orang Melayu yang faham maksiat tu adalah orang yang buat maksiat dengan isteri orang lain, berpegangan tangan lelaki perempuan boyfriend girlfriend, orang berzina, pelacur-pelacur.
Kesian jika cuma nampak maksiat pada perkara-perkara seperti itu. Tapi tak sedar lisan yang kadang-kadang menipu itu juga adalah maksiat. Terlibat riba dan rasuah itu maksiat. Tidak adil dan menganiaya itu juga adalah maksiat. Tidak menafkahi isteri itu juga maksiat. Apa sahaja dosa itu adalah maksiat. Kesian orang Melayu bila nampak maksiat itu hanya pada hubungan lelaki dan perempuan yang diharamkan ALLAH. Maksiat itu adalah dosa. Tinggalkan solat adalah maksiat. Tak menutup aurat adalah maksiat. Pakai pakaian ketat membalut aurat sehingga menampakkan bentuk tubuh itu maksiat. Bertepuk bertampar, usik mengusik, geletek menggeletek, ketawa berdekah-dekah dengan suami orang dan isteri orang di pejabat itu maksiat.
Bila kita tahu itu adalah maksiat tolong stop buat dan cepat-cepat bertaubat.
"Suka hati akulah aku tak tutup aurat pun aku baik. Aku tak pernah sakitkan hati mak ayah aku. Aku tak tutup aurat pun aku solehah."
Tak sahabat.
Tak ada yang namanya solehah, tidak ada namanya taat selagimana kita bermaksiat kepada ALLAH ( tidak menutup aurat dengan sempurna ).
"Elehhh yang tutup aurat tu pun mulut longkang. Yang menutup aurat tu hutang bertahun-tahun tak bayar."
Itu dosa dia dengan ALLAH. ALLAH takkan biarkan sebesar zarah dia menyakiti orang lain, ALLAH akan balas sebab dia sedang bermaksiat. Dia sedang bermaksiat. Kita pula jaga diri kita jangan kita yang bermaksiat.
Kita penat sakit, penat kecewa, penat derita. Tolong berhenti buat maksiat.
Sebab di dalam Surah Ali Imran ayat 165 disebut,
“Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri.”
Kalau kau kecewa, sakit, sedih dan derita itu adalah akibat dari perbuatanmu sendiri. Kau bermaksiat. Maka tolonglah berhenti buat maksiat dan segera bertaubat.
3. DENGKI KEPADA MANUSIA.
Kita kalau tak berwaspada dengan dengki pada orang lain percayalah kita akan terus sakit, terus sedih, kita akan rasa kitalah yang paling derita. Dengki kepada manusia, suka balas dendam, iri hati terhadap kurnia yang diberikan oleh ALLAH kepada seseorang. Jika kita tak buang sikap itu, kita akan menjadi orang yang sakit. Kita akan menjadi orang yang penat. Kita akan menjadi orang yang paling derita jiwa. Kita tidak akan bahagia. Kita tidak akan bahagia bila kita sakit hati tengok orang lain bahagia. Kita tidak akan bahagia. Kita tidak akan seronok dan tidak akan bahagia bila kita dendam kat orang, sakit hati kat orang, dengki dan iri hati dengan orang.
Firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nisaa' ayat 54,
اَمْ يَحْسُدُوْنَ النَّاسَ عَلٰى مَآ اٰتٰىهُمُ اللّٰهُ مِنْ فَضْلِهٖۚ
"Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) kerana kurnia yang telah diberikan ALLAH kepadanya?"
Kalau anda manusia yang ada iri hati dan dengki kepada orang yang diberikan kurnia oleh ALLAH, anda selamanya tidak akan mendapat kurnia bahagia dari ALLAH. Tolong buang sikap iri hati dan dengki.
Bila rasa dengki, benci, hasad, dendam kat orang, angkat tangan kita dan doakan dia.
"Ya ALLAH tambahkanlah nikmatnya. Tambah-tambahkanlah rezekinya. Berikanlah kejayaan kepada anak-anaknya."
Doakan dia walaupun kita geram sampai ketap-ketap gigi. Doakan orang yang kita geram, dendam, dengki. Kita doa dan terus doa. Berperang dengan nafsu yang nak dendam nak hasad dengki kat orang. Berperang sungguh-sungguh sebab kita tak nak ke Neraka kerana sikap buruk itu. Lawan dengan doa. Sehingga hati kita redho, kita seronok tengok orang lain dapat nikmat dan bersyukur dengan pembahagian rezeki yang ALLAH beri. Lalu hilanglah segala rasa dendam, benci, sakit hati, iri dan dengki itu dari hati terhadap orang yang dulunya kita dendam, benci dan dengki. Percayalah kita akan rasa lapang dada, tenang jiwa, bahagia bilamana kita ucap tahniah kat orang, tumpang gembira melihat orang dapat nikmat dan bila kita ucap takziah kat orang, kita rasa kita pun menangis sama. Jiwa yang tenang Insya-ALLAH kita balik bertemu dengan ALLAH dengan Nafsul Mutmainnah.
Rasulullah SAW bersabda,
"Tidak ada ketenangan bagi orang yang suka mendengki."
Nabi yang cakap tidak ada ketenangan bagi orang yang suka mendengki.
Hati tu jangan ada dengki pada orang.
Macam mana nak buang dengki?
Tidak ada cara lain melainkan dengan mendoakan kebaikan.
4. BERPALING DARIPADA PERINGATAN ALLAH.
وَمَنْ اَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِيْ فَاِنَّ لَهٗ مَعِيْشَةً ضَنْكًا
"Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit..."
(QS Taha 20:124)
Yang berpaling dari peringatan ALLAH akan sempit kehidupannya.
Apa sahaja yang ALLAH suruh buat, buat sahaja kerana kita hamba. Terus jadi hamba ALLAH yang taat. Selagi belum mati, tolong taat. Ketika kita mendapat nikmat atau musibah, teruskan jadi hamba yang taat. ALLAH suruh solat, maka solat. ALLAH suruh tutup aurat maka tutuplah aurat. Bukan balut aurat ikut suka-sukanya hati kita. Kita nak duduk menumpang atas muka bumi ALLAH, tak malu ke kita duduk free of charge semua ALLAH dah sediakan tapi kita bongkak sombong nak hidup suka-suka hati kita? Tolong hidup beragama.
(Nota kuliah LA TAHZAN Bab 189 Waspadalah Empat Perkara, bersama Ustazah Muzayyanah Abdullah pagi tadi. Jazakillahu Khair Ustazah ❤️)
Waspadalah terhadap 4 perkara yang mesti kita jauhi ini iaitu tidak suka dan tidak menerima qada' dan qadar ALLAH, bermaksiat tanpa taubat, dengki dan berpaling dari peringatan ALLAH.
Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
No comments:
Post a Comment