Sunday, 27 August 2023

 *Kaedah Penyerahan diri dari sudut Penghalusan tasawuf/sufi pada Tauhid usuluddin didalam jalan zikirullah anNafs dan Ruh*


Antara kedudukan Diri dari Sifat Iftikar yang terdiri dari 9 Sifat iaitu: Hayyat,ilmu,iradat,qudrat,Hayyun,alimun,muridun,

qadirun,wadaniyah.


Sifat Wadaniayah duduknya di alkum

 (makam Mahmudah)


Didalam jantung pula duduknya sifat manawiyah

Yang empunya sifat:Hayyun,alimun,muridun,qadirun.


Dan dibahgian yg terendah sekali duduknya sifat ma'ani yang berkehendak.:Hayyat,ilmu iradat qudrat.


Disinilah mulanya seorang hamba diuji Allah swt.

Antara kehendak dirinya sendiri.

Jika masih ragu2,was2 seseorang itu mudah tewas dlm segala cubaan ujian atas dirinya,jika dibiarkan maka dirinya yg lemah sentiasa tunduk dgn kemahuan Nafsunya apalagi dgn bisikan iblis,akhirnya hati menjadi kotor,dibiarkan lama maka bersaranglah dgn kegelapan lidah zulumat,(terbina istana iblis didalamnya)


Tiada jalan lain untuk menundukkan hawa nafsu dan memecahkan ketolan hitam itu kecuali dgn jalan zikirullah anNafas dan Ruh yg mampu memecahkan ketolan hitam,kotoran dan sehingga mampu merobohkan istana iblis didalmnya.


Dgn Hentakan zikirullah Nafas bagaikan Senjata tajam,dan Ruh mengunakan Nafas sebagai alat yg tajam memahat di tempat ketolan yg keras sehingga retak dan pecah sehingga merobohkan istana iblis.


Justeru itu Zikirullah Al ikhlas yg di ajar adalah jalan guna memecahkan segala kotoran ketulan hitam dan merobohkan Istana iblis didalam nya sambil mengEsakan Allah swt.


Dengan Kaedah pernafasan zikirullah,dimana  

*Naikkan Nafas dari Arah perut ke dada,dan di kempiskan perut,*


*tahan seketika dan turunkan semula ke arah dada dan keraskan perut 'isi' tahan setakan mana yg mampu* 


ertinya:

Serahkan 4 sifat ma'ani kepada 4 sifat manawiyah,

Kehendak kita di serahkan kepada kehendak Nya dan dari pada kehendak Nya diserahkan kepada sifat salbiah,Hanya Sifat dzat sahaja yg mampu capai ke arah Cahaya Dzat.


Dengan kaedah itu,maka hadirlah pertolongan Dari yang Empunya Segala kekuasaan,Dzat wajibal wujud,dikurniakan cahaya illahi kepada sifat Nya wadaniayah,dan dari sifat itu dilimpahkan kepada Kehendak Nya sendiri yg akan memecahkan ketolan hitam,membersihkan kawasan kotor dan memecahkan istana iblis.

Kerana kita hamba tiada daya upaya,makaxserahkan diri kita kepadaNya dgn sebenar2 penyerahan diri,maka Allah yg Maha kasih Sayanglah yg selayaknya menmbersihkan dan menyucikan hati kita.

Semoga Faham hendaknya,kenapa kita perlu berzikir....

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...