Sunday, 27 August 2023

 Dahulu aku berasa bangga bila diberi peluang solat disaf hadapan.. Kata mereka, org yg solat saf hadapan beruntung dapat solat dgn imam.. Utk beberapa waktu, walau hadir ku lewat, dicelah2 saf terkehadapan dan terus kehadapan meninggalkan saf2 lainnya.. Dalam sujudku aku menangis.. Kerana diberi ruang dan peluang menjadi jemaah antara saf terhadapan.. 


Rupanya aku tertipu dengan diri sendiri.. Ruang dan peluang Allah tidak begitu.. Sebaliknya zahir seperti istimewa, rupanya bathin yg terhina.. 


Tanpa sedar aku berasa bongkak.. Tanpa sedar aku berasa beruntung.. Tanpa sedar aku berasa lebih dr org lain.. Sehingga tangisan palsu yg menitis.. Dan paling aku rasa berdosa dan bersalah, tanpa sedar aku telah me'limit'kan keupayaan Yg Maha Menghakimi Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dalam urusannya mengatur alam... merendahkan keupayaan Allah dalam menentukan siapa kekasihNya.. Dan tanpa sedar, aku telah bertuhankan "KESOMBONGAN".. 


Katanya lihatlah org gila yg bersama jemaah kamu diluar masjid sana.. Dia juga adalah kekasihku.. Kalau kau sudah berasa kau adalah kekasihku dengan ruang dan peluang yg kau rasa kami berikan kepadamu, lihatlah berapa ramai Imam2 yg dicelupkan ke neraka kerana kesombongan dan kejelekan mereka melalui kepimpinan mereka.. Rasa mereka sama seperti kamu.. Rasa dimuliakan oleh kami dgn ilmu dan kepimpinan yg telah kami berikan kepada mereka.. Sedang mereka tidak sedar mereka sedang menghina diri mereka sendiri dgn kesombongan yg ada pada diri mereka..


Aku semakin keliru dengan kenyataan.. Bagaimana mereka yg di saf hadapan boleh menghadapi hukuman sedemikian?? Wajah mereka bersih.. Bicara mereka sopan.. Mereka menyampaikan kebenaran.. Katanya: hati mereka penuh kesombongan.. Pandang Dengar dan bacalah dengan hati, lalu diam.. "Aku: tidak tahu".. Lalu  Al-Fatihah dibacakan atas diriku oleh diriku sendiri.. 


#Rukukygdigelak

#Takbirygditampar

#Pengetahuanmilikkami

#Allahsayangsemua

#Bicarahatilagho

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...