IKHLAS DALAM BERAMAL ❤️🌿
Ikhlas adalah beramal semata-mata mengharapkan redha ALLAH SWT tanpa mengharapkan manfaat (keuntungan) dan tanpa rasa takut terhadap bahaya apa pun.
Khalis adalah orang yang berakidah Ahlussunah wal Jamaah dan bersih dari penyakit-penyakit hati, seperti sifat syirik dan munafik.
Mukhlis adalah orang yang ikhlas dalam beramal dan menghambakan dirinya dengan setulus hati.
Rasulullah SAW bersabda, “Setelah Allah SWT menciptakan Syurga ‘Adn, Dia juga menciptakan di dalamnya keindahan-keindahan dan nikmat-nikmat yang tidak pernah terbayang oleh akal manusia, tidak pernah terdengar oleh telinga sesiapa pun, dan tidak pernah terlihat oleh mata sesiapa pun, Dia berkata kepada Syurga ‘Adn, “Bicaralah!” Lalu, Syurga Adn pun berkata, “Aku telah di-haramkan untuk orang-orang yang bakhil dan mura’i (riya dalam beramal).”
Ketika di-tanyakan kepada Yahya bin Muaz RA, “Bilakah seseorang menjadi mukhlis?” Yahya bin Muadz RA menjawab, “Ketika akhlaknya menjadi seperti akhlak seorang bayi, yakni tidak peduli ketika ia di-puji atau di-ejek oleh orang lain.”
Abu Abdullah Al-Antaqi RH berkata, “Ketika seseorang yang riya meminta pahala atas amalan-amalannya pada hari Kiamat, di-katakanlah kepadanya, “Mintalah pahala amal-amalmu dari orang-orang yang engkau harapkan pujiannya! Bukankah orang-orang memberikan tempat (makam) kepada kamu di majlis-majlis kerana ilmu dan amalan kamu? Bukankah di dunia kamu memiliki jabatan? Bukankah orang-orang memberikan harga murah kepada kamu dalam kegiatan jual beli mereka? Bukankah mereka telah memuliakan kamu? Bukankah itu ini telah terjadi?”
Suatu hari ketika seekor rusa mendengar nama Nabi Adam AS, dia pun pergi mengunjunginya. Nabi Adam AS sangat gembira dan meletakkan tangan kanannya di belakang rusa lalu membelainya. Kerana sentuhan itu, muncul keharuman kasturi dari bahagian ekor rusa tersebut. Ketika ia kembali kepada kawan-kawannya, rusa-rusa yang lain berkata, “Dari manakah kamu dapat keharuman ini?” Ia pun menjelaskan semua yang terjadi. Oleh sebab itu, rusa-rusa yang lain pun mengunjungi Nabi Adam AS. Akan tetapi, tidak muncul keharuman apa pun pada tubuh mereka. Sebab, terdapat keikhlasan pada niat rusa yang pertama dan ia pergi dengan hati yang tulus. Sementara itu, keikhlasan tersebut tidak terdapat pada rusa-rusa yang lain (mereka hanya ingin tubuhnya mendapatkan keharuman yang sama).
No comments:
Post a Comment