Sunday, 27 August 2023

 ASAL ROH


"Aku" adalah roh yang datang dari Allah.


"Aku" adalah roh yang dijadikan & dihidupkan oleh Allah.


"Aku" sentiasa digerakkan & sentiasa berada di dalam pentadbiran Allah.


"Aku" berasal dari tempat yang mulia iaitu Hadrat Allah.


"Aku" datang sebentar ke bumi & diperbadankan dengan jasad untuk tempoh yang ditentukan seolah-olah merantau sebentar di bumi ini.


Kemudian "aku" akan kembali semula kepada Allah untuk diperhitungkan & dipertanggungjawabkan atas segala yang dilakukan di atas muka bumi ini.


'Aku" dalam peringkat yang paling tinggi itu bersifat kerohanian.


▪️PERINGKAT BAWAHAN NAMANYA ORANG AWAM.

▪️PERINGKAT PERTENGAHAN NAMANYA ORANG KHAWAS.

▪️PERINGKAT TERTINGGI NAMANYA ORANG KHAWASUL KHAWAS.


Ini peringkat secara ringkas. Namun Martabat manusia disisi Allah ada 7 MARTABAT.


"Aku" tetap "aku" juga. Bersama Allah sentiasa. Hanya Alam-Alam yang ditempuh sahaja yang berbeza iaitu dari 1 Alam ke 1 Alam yang lain.


Roh mengembara dari 1 Alam ke 1 Alam iaitu 7 Alam yang didaki & dikembarai oleh orang-orang salik.


Asalnya roh di negeri Lahut itu sudah Makrifatullah. Kemudian diturunkan roh ke Alam Jabarut & dibalut dengan 2 lapisan Jabarut. Hikmahnya agar tidak terbakar jasad apabila dimasukkan roh yang penuh dengan cahaya yang dinamakan dengan CAHAYA QUDDUS.


Diturunkan lagi ke Alam Malakut, dibalut pula dengan 2 lapisan cahaya Malakut. Sudah jadi 4 lapis. Hikmahnya agar tidak terbakar jasad oleh roh yang begitu bercahaya dengan cahaya yang amat terang yang boleh membakar jasad.


Kemudian barulah diturunkan ke Alam Mulki, menunggu masa untuk disatukan oleh Allah dengan jasad di dalam perut ibu. Apabila sudah bersatu roh dengan janin, takdir Allah ia terlupa akan perjanjian dengan Tuhannya. Terlupa kerana terlalu seronok dengan pasangannya seperti seorang anak yang seronok dengan pasangannya hingga terlupa ibu & ayahnya.


"SESUNGGUHNYA INSAN ITU TERLUPA KEPADA ALLAH"


Semasa di Alam Arwah, sekalian roh telah ditanya oleh Allah,


اَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ

"Adakah Aku ini Tuhan kamu?" 


Maka jawab sekalian roh,


قَلُوۡا بَلیٰ شَهِدۡنَا

"Bahkan (yakni) kami mengaku"


Maka itu hikmahnya didatangkan Nabi & Rasul untuk mengembalikan peringatan itu. Allah memberikan kefahaman Agama untuk menjalani perjalanan untuk kembali kepada Makrifatullah.


Mendaki semula daripada Alam Insan ke Alam Ajsam. 

Dari Alam Ajsam naik ke Alam Mithsal. Mendaki lagi ke Alam Arwah, Alam Malakut, Alam Jabarut & terus sampai ke Alam Lahut. Maka ia syuhudkan Allah, jadi kembali seperti asal. Ini namanya orang yang MUSYAHADAHKAN ALLAH.


Itu dinamakan Alam-Alam yang dikembarai oleh roh kepada Makrifatullah. Maka setiap Alam-Alam itu ada Martabat-Martabatnya. Yang mengembara sekali bersama dengan roh itu adalah NAFSU. Nafsu juga turut mengembara. Roh itu apabila sudah baik, ia turut mengecapi nikmat-nikmat yang dikembarai tadi..

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...