Sunday, 27 August 2023

 SEMOGA ALLAH SWT MENGEKALKAN NIKMAT DAN RAHMAT KEATAS DIRI KITA DAN SELURUH UMAT ISLAM...


Jika engkau tidak tahu alamat Rezekimu, 


Janganlah takut !


Kerana Rezekimu tahu dimana alamatmu...

 

Jika engkau tidak boleh sampai kepada Rezekimu, 


Nescaya Rezekimu pasti akan sampai padamu...


Jika kita membalas Keburukan dengan Keburukan, maka sampai bila Keburukan ini akan berakhir...?


Allah swt berfirman;


"Dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki, maka pahalanya ada di sisi Allah."


Ketika kita terlambat masuk kerja, kita masuk dengan kepala tertunduk dan suara yang lesu, kerana malu kepada boss kita...


Namun apakah engkau merasakan hal yang sama disaat engkau terlambat dalam Solat...?


Janganlah engkau iri kepada siapapun kerana sebuah Nikmat, 


Kerana engkau tidak tahu apa yang telah Allah swt ambil daripadanya...


Dan janganlah bersedih kerana sebuah Musibah, 


Kerana engkau tidak tahu apa yang akan Allah swt hadiahkan untukmu...


Allah swt berfirman;


"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira."


Dahulu aku menangis kerana aku berjalan tanpa alas kaki, 


Namun akhirnya aku berhenti menangis disaat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya...

 

Maka selalu ucapkanlah Alhamdulillah... "Segala Puji Bagi Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, pada setiap keadaan...


Jika engkau tidak boleh Bersedekah dengan hartamu, 


Maka Bersedekahlah dengan gigimu, yakni "TERSENYUMLAH".


Diantara Keajaiban manusia itu adalah dia merasa TERGANGGU mendengarkan Nasihat dan TERDIAM disaat mendengarkan Keburukan...


Maka ubahlah dirimu kearah Cahaya Kebenaran yang Dimuliakan oleh Allah swt, 


Kerana hidup adalah hanya menunggu waktunya Bersolat, kerana disetiap waktu Solat itu adanya 'Perjalanan Terakhirmu' untuk kembali kepada Allah swt...

No comments:

Post a Comment

  ☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1447H☆ هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ حَـٰجَجۡتُمۡ فِیمَا لَكُم بِهِۦ عِلۡمࣱ فَلِمَ تُحَاۤجُّونَ فِیمَا...